Thursday, March 31, 2011

Tersingkir Di Tempat Sendiri

Apsal la baby Miqdam ni tidur berkerut muka ye? Dok fikir masalah negara ke sayang?



-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-

Rupa-rupanya inilah puncanya...

Buaiku sudah diambil orang...huwaaa...Abang Miqdad sedang tidur dengan syok sekali...

Makanan Kegemaran Miqdad

Miqdad ni susah sikit nak disuruh makan...memilih agaknya bila dah besar ni...nasi paling last la dalam senarai dia...kalau bubur nasi tu tengok la pulak sedap ke tak...kalau sedap baru dia nak makan...dia makan ikut musim tau...musim ni dia suka makan cheese dengan kerepek kentang pulak...kadang2 dia suka chicken...nanti dia cakap " umi adik nak chicken" lepas tu abi la yg kena jd chef...kalau angin nak makan mai, 2 ketul pun dia bleh abiskan sekali hadap je tau...bila angin tak mau makan dia akan kata "uwekkk..." tak kira la apa jenis makanan tu...belum tengok dah tolak...hishhhh payah jugak la ak jaga anak teruna umi ni kan...memilih sangat...


masa ni saya suka makan cheese...satu hari 4 keping pun bleh dia habiskan...
bukan sekali makan...ulang2 la kan...


ni pulak feberet dia yang terkini...umi kena la hadkan pasal tak baik sangat utk budak2...
processed food memang la macam tu kan...kena makan sikit2 jer...tapi yg tak baik tu la yg sedapkan...heheh

p/s: miqdad kata nenen yg paling  best...tak payah makan benda lain dah...nak nenen saje

Tuesday, March 29, 2011

Usaha Tangga Kejayaan

Saya dengan gembiranya nak bagitau pada semua tau yg saya sudah berjaya meniarap akhirnya...itu pun setelah bertungkus lumus selama beberapa hari...mula2 tu asyik tak lepas kat bahu jer...lama2 saya dah tau trick nye...lepas ni kacang jer la...pantang letak mesti saya terus meniarap...hihi seronoknya :)

percubaan pertama saya tak larat nak angkat kepala...asyik tersembam ajer...
air liur meleleh-leleh sampai basah cadar tau

fuhhh...nasib baik tak lemas dalam air liur sendiri tadi...
berjaya jugak saya mengangkat kepala

Yeayyyy!!! saya berjaya meniarap akhirnya...
gembira sungguh sampai tersengih-sengih tau bila umi suruh posing...

Akhir kata pesanan penaja...usaha tangga kejayaan...jangan mudah berputus asa...cuba lagi hingga berjaya...hihihi

Saturday, March 26, 2011

Cream of Mushroom Soup

Semalam umi masak Sup Cendawan Berkrim ikut resepi di sini. Sedap sangat tau ala2 kat pizza hut tu...miqdad makan sampai 2 mangkuk...Utk rujukan umi letak resepinya tapi c&p saje..malas nak taip pasal keyboard rosak.

sangat sedaplah  Sup Cendawan Berkrim ni....yummy2...umi cicah ngan roti jer

Bahan2 :

½ biji bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, dimayang
1 mangkuk cendawan butang putih, segar & bukan dalam tin!, dihiris -takde umi ganti cendawan tiram je
½ biji ubi kentang, didadu
½ sudu besar lada hitam, ditumbuk
4 cawan air rebusan ayam/sayuran atau 1 kiub stok ayam + 4 cawan air
1/3 cawan krim atau susu sejat
Daun parsley, dicincang halus - untuk hiasan.

Garam, secukup rasa

Cara2:

1.Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau, tapi jangan sampai garing!


2.Masukkan cendawan dan tutup periuk. Biarkan hingga naik aroma cendawan dan airnya mula keluar (lebih kurang 4-5 minit). Kacau sekali-sekala.


3.Tuang air rebusan ayam atau stok ayam ke dalam periuk dan masukkan ubi kentang. Biarkan hingga ubi kentang benar-benar empuk.


4.Bila semuanya sudah serasi, masukkan sup ke dalam pengisar. Kisar HANYA selama 2 saat dan berhenti; ini diulangi beberapa kali sehingga sup mulai nampak pekat tetapi isi cendawan tidak hancur.


5.Masukkan semula sup ke dalam periuk. Tuang krim atau susu sejat, lada hitam dan garam secukup rasa, dan biarkan mendidih seketika. Angkat dan hidangkan dengan hiasan daun parsley.


yang ni pula rebus spagheti pastu campur ngan sup bg miqdad mkn...
pun sedap jugak kalah beli punya tau...lepas ni tak payah beli instant punya dah

Thursday, March 24, 2011

Kali Pertama Aku Melanggar Kereta Orang...Oh Tidakkkkk!!!

Hari ni hari yang agak malang bagi umi...malang tak berbau kan...kalau boleh bau gerenti la tak jadi camni ye tak? tengok tajuk pun dah bleh tau apa citernya kan...

Citernya begini...tengahari tadi umi bertugas jaga pintu pagar sekolah...masa tu dah pukul 1.30 t/hari...budak2 dah start turun dari kelas masing2...umi pun apa lagi kelam kabut la capai beg nak kena turun bertugas...jalan pun laju2 je sambil mata pandang bawah pulak...takde toleh kiri kanan tengok keliling macam selalu...pastu sampai keta kelam kabut cepat2 start enjin terus undur belakang...sekali dah bunyi "bamm"...baru tersedar dari lamunan...ya Allah apa dah jadi ni.

rupanya umi dah terlanggar keta cikgu aini yg parking tepi makmal tu...umi memang selalu parking belakang makmal ict pasal dekat ngan kelas...aduh keluar tengok hhmmmm ini lah akibat orang yg kelam kabut...cuai...hasilnya pecah cover lampu belakang keta ku...keta cikgu aini pulak kemek skit lebih kurang sebesar tapak tangan...apa nak kata dah jadi...

ni la dia rupa pemangsa yg ganas tu...huwaaaaa

pastu cepat2 la call nak discuss ngan pemilik keta harrier tu...minta maaf banyak2 ye kak...nak settle mcm mana lepas ni la kira...tergamam la umi pasal ni la first time terlanggar keta orang.bertugas lepas kemana umi lepas kemana...tension2...doa2 tak lah teruk kena bayar repair ngan ketuk nanti...

ni pulak mangsa yg tak berdosa tu...isk3

astaghfirullahhalazim...

p/s: pengajarannya sila cool wlw pun dah lambat...tak guna dok kelam kabut

Kebun Sayur Sekangkang Kera - part1

Orang ada kitchen garden umi pun nak ada jugak...orang rajin menanam dan menjaga pokok2 umi tak berapa rajin pulak...hehehe..hangat2 tahi ayam umi ni kan..Sebelum tu Umi nak buat check list pokok2 apa yang dah ada dan yang perlu ditanam :

serai - ada 5 rumpun
kunyit - ada 3 pasu kecik
halia - ada sepasu
lengkuas - ada sepasu...better pindah atas tanah
daun kesum - ada sepasu tapi tak berapa nak hidup la
daun kari - ada sepasu je
cili api - ada la 3 pasu...dah start berbuah pun
kucai - ada la secoet je

Pokok apa lagi yang perlu ada ye untuk melengkapkan kitchen gardenku ini ?

daun pandan - belum ada

Ini antara pokok sayur yang sempat umi snap gambarnya...yang lain akan menyusul nanti (tu pun kalau ada masa dan rajin skit).

pokok cili masa baru tanam dulu...la ni dah gemuk subur sikit..dah mula berbuah pun..

mula2 tanam pokok kacang botor/kelisa ni banyak gak dekat 10 pokok...last2 tinggal separuh je yang berjaya survive masa cuaca panas baru ni...tak sabar tgk dia berbuah...sedapnya dibuat ulam kan..

pokok kucai ku yang secoet itu...hehehe ini pun angkut daripada kampung nenek bedah...nak kena tunggu lama lah baru tergamak dimasak...kalau amik semua kontotlah nanti...nampak tak kaki kecik ditepi tu..dia pun sibuk nak bergambar...kalau jadi model pokok kucai ok tak?

Pokok bendi ni abi yang tanam...banyak gak, nanti umi upload gambar terkini...pokok kecik2 dah berbuah...tak best la pasal nanti buahnya bantut tak jadi besar...bila rajin habis umi potong bunganya supaya tak dan jadi buah...nak tunggu pokok ni tinggi skit baru kasi berbuah...tinggi tak sampai semeter dah galak berbuah...isk3

Pokok kangkung tengah berbaris...dah 3 kali merasa hasil tangan abi ni...pastu buat masak kangkung belacan sedap...ni kena tunggu besar skit la kan...

Sebenarnya seronok sangat bila tengok keliling rumah ada macam2 pokok / sayur ni...rasa tenang je...pastu yang penting bleh la jimat skit..ye lah...cuba bayangkan nak masak kari skit beli daun kari seikat...sapa nak jual 2 tangkai woooiiii...nak guna daun kunyit sehelai tapi kena beli seikat jugak...last2 yang balance dok kering dalam fridge je kan...jadi mari la kita pakat2 menanam sayur @ buat kitchen garden kat belakang umah beramai2...


Jom Manjakan Diri

Can't fit ALL THE relaxation details in here! RM49 for 150mins spa session at #SSpa ! Only at #MilkADeal

Tuesday, March 22, 2011

Holiday With MAS!

Holiday to me means going for a long getaway with no stress throwing themselves at me. I want to travel. Travel right with #MASTraveller. Participate & be the lucky winner today!

Keputusan SPM 2010

Hari ni kami semua dok  berdebar-debar tunggu keputusan SPM 2010 yang akan diumumkan esok...betul tak? tak sabar ok...mengalahkan anak muridku pulak, hehehe...yang mak bapak mesti dok berdoa siang malam nak anaknya cemerlang, cikgu-cikgi apa kurangnya...tapi budak2 ni tak taulah apa perasaan diorang yek...ada yang semangat juga, tapi tak kurang yang tak amik kesah pun...macam mana lah keputusan anak2 muridku kali ni ye...doa2 bertambah cemerlang  dan pecah rekod sekolah pulak tahun ni...

Suasana macam biasalah...mesti kelam kabut lah kakitangan pendidikan esok hari yek...kena serbu dengan budak2 nak tengok result SPM diorang...nanti bolehlah kita ramai2 saksikan ada pelajar yang melompat gumbira, menangis, tersenyum, masam mencuka, kelat pahit suma ada.pendek kata macam2 ragam diorang la...apa yang penting jangan ada yang menyesal sebab result teruk pasal tak study dulu2 sudahlah...tapi kan part menyesal2 gerenti ada punya...tak percaya? esok boleh tungguuuuu...

Keputusan SPM juga boleh disemak menggunakan perkhidmatan sms. Senang gitu...tapi confirm servis mesti lambat macam siput...sila taipkan SPM SEMAK [no KP] [angka giliran] dan hantarkan ke 15888.. Contoh : SPM SEMAK 900104086077 BC001A040 dan hantarkan ke 15888.. Sumber : Laman Web Rasmi Lembaga Peperiksaan..

Monday, March 21, 2011

Susu ibu ada nutrien amat kritikal

Kebaikan penyusuan badan untuk bayi:

● Susu ibu membekalkan nutrien terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi nutrien dalam kadar mencukupi.

● Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.

● Susu ibu, terutamanya kolostrum, menguatkan sistem imuniti bayi. Ia melindungi bayi daripada jangkitan seperti cirit-birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.

● Susu ibu mencegah pelbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.

● Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak.

● Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.

● Susu ibu mudah diperoleh pada suhu yang betul setiap masa oleh itu ia tidak susah disediakan.

● Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.

● Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Kebaikan penyusuan badan untuk ibu :

● Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

● Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat.

● Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

● Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya.

Kebaikan lain:

● Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.

● Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak.

Sumber: Info Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia

Sunday, March 20, 2011

Keistimewaan Seorang Wanita Di sisi Allah

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik". Ibnu - Majah.

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan habarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

p/s: terima kasih kepada sumber di sini

Friday, March 18, 2011

Pilih Salah Tak Pilih Pun Salah

Hidup ini penuh dengan pilihan...nak a ke nak b,nak makan ke nak posa,nak tidur ke nak jaga,nak lulus ke nak gagal,nak kerja ke nak menganggur,nak bahagia ke nak derita,nak yg tu ke nak yg ni...berjuta2 perkara yg kita kena buat pilihan.pastu setiap pilihan tu ada risikonye pulak...tu yg payah kan

bila banyak sangat kekadang sampai tak tahu nak buat keputusan pilih yg mana satu.diluah mati emak ditelan mati bapa.dua2 kusayang (takde kena mengena ngan ibubapa pun) hanya pepatah semata-mata.payah sangat takyah buat apa2 terima jer la apa yg datang...yg datang pulak mcm2 ragam

sudahnya asyik dok pening kepala otak pulak pasal yg dapat (tanpa dipilih) tak menepati citarasa tak ikut piawaian kita.susah sungguh kan...kadang2 tu kita pulak kena buat pilihan utk org lain...pasal org tak nak amik risiko kan...tak pilih salah bila dah pilih punnnn salah juga...

p/s: huhuhu...entry luahan perasaan

Thursday, March 17, 2011

Selamat Hari Jadi Abi

Umi, Miqdad Mukhlisin dan Miqdam Mujahid nak ucapkan selamat hari lahir istimewa buat abi tersayang...dengan ucapan semoga bertambah ilmu dan amal.

Kami sayang abi....muah muah

Wednesday, March 16, 2011

Tuesday, March 15, 2011

Minda: Derita rakyat negara termaju

JUTAAN rakyat Jepun semalam menjalani kehidupan tanpa makanan, air atau bekalan elektrik dan ratusan ribu lagi penduduk tiada tempat tinggal ketika negara kuasa besar ekonomi itu berhadapan dengan keadaan yang selalu dihadapi negara dunia ketiga.

Pasukan penyelamat dari seluruh dunia kini berada di negara matahari terbit itu, menyertai 100,000 anggota tentera Jepun dalam operasi bantuan ketika negara itu mengalami gegaran demi gegaran selepas gempa dan ancaman baru tsunami sementara suhu berada di paras sejuk.

Kedai dan stesen minyak di seluruh negara kehabisan bekalan apabila orang ramai bergegas berbelanja untuk memenuhi stok bekalan berikutan gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang menyebabkan tsunami.

Dalam pada itu, stesen tenaga nuklear yang rosak mencetuskan kebimbangan ancaman radiasi.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 2.6 juta rumah tidak mempunyai bekalan elektrik dan 3.2 juta orang tidak memperoleh bekalan gas.

Barisan panjang dapat dilihat di Sendai di pantai timur laut Jepun, bandar paling teruk terjejas. Orang ramai begitu sabar menanti giliran untuk membeli barangan keperluan. Di sebuah pasar raya yang sudah dibuka semuka, kakitangan yang ceria menguruskan gerai di tempat letak kereta dan berhati-hati menyusun barang makanan. Pelanggan hanya dibenarkan membeli dua gugus anggur, dua oren, coklat, lima beg keropok dan dua tin sardin saja.

Bandar Ishinomaki yang mempunyai 165,000 penduduk dan teruk terjejas, tidak mempunyai bekalan tenaga atau komunikasi sementara bekalan makanan juga semakin kritikal kerana kerosakan sistem pengangkutan. Separuh daripada bandar raya itu musnah akibat dibadai tsunami.

“Pertama, kami tidak mempunyai air untuk diminum,” kata Datuk Bandar, Hiroshi Kameyama kepada stesen penyiar NHK. “Kami juga tidak mempunyai makanan dan maklumat.” Jurucakap Jawatankuasa Palang Merah Asia Pasifik, Patrick Fuller yang berada di Ishinomaki berkata: “Ia satu cabaran terdesak untuk bersaing dengan masa bagi menyelamat mereka yang mungkin terperangkap di bawah runtuhan. Di Hospital Palang Merah, tidak ada ruang yang tidak digunakan. Petugas Palang Merah yang keletihan tidur bersebelahan dengan mangsa yang cedera.

“Malah, ramai lagi mangsa memerlukan bantuan perubatan tiba. Mereka yang cedera datang berjalan kaki, ada yang tiba dengan helikopter atau dipapah anggota keluarga.” Sekurang-kurangnya 1.4 juta warga Jepun tidak mendapat bekalan air dan lebih 500,000 lagi berlindung di pusat pemindahan, kata Pejabat Penyelarasan hal Ehwal kemanusiaan PBB (OCHA).

“Keperluan utama yang diperlukan ialah makanan, air minuman, selimut, bahan bakar dan ubat-ubatan. Kerajaan dan sektor swasta tidak berlengah dalam menyediakan keperluan itu dan bertindak serta-merta menghantarnya ke kawasan yang teruk terjejas,” kata OCHA.

Sementara itu, sebahagian besar kawasan di seluruh Jepun berdepan masalah bekalan elektrik apabila kerajaan bertindak mencatunya dalam usaha menjimatkan tenaga selepas loji nuklear yang menjadi pembekal utama meletup hingga mencetuskan kebimbangan terhadap kemungkinan berlaku peleburan di loji tenaga Fukushima. Memburukkan lagi keadaan, sebuah pusat penapisan minyak terbakar.

PBB berkata, bekalan tenaga dan gas amat penting, lebih-lebih lagi dengan musim sejuk yang melanda negara itu, menyebabkan suhu berada di paras kosong pada sebelah malam. Jabatan Kaji Cuaca negara itu meramalkan salji dan hujan pada beberapa hari akan datang.

“Operasi menyelamat dan menghantar bantuan terjejas akibat gegaran selepas gempa yang berlaku berterusan, amaran tsunami dan kebakaran,” kata OCHA.

Kebanyakan kawasan di sepanjang pantai timur laut negara itu masih sukar dijejaki pekerja bantuan dan penyelamat.” Tentera mengagihkan alat pemanas, bantuan kecemasan, selimut dan air dan berkata, kira-kira 10,000 orang berjaya diselamatkan.

Tanah runtuh di puluhan tempat dan jalan raya, jambatan serta landasan kereta api dihanyutkan air sementara lebuh raya utama ke timur laut yang rosak teruk ditutup kepada semua kecuali untuk kenderaan membawa bantuan, kata Jawatankuasa Palang Merah Jepun.

Bot, pesawat dan helikopter digunakan untuk menyelamat dan menghantar bekalan bantuan, tetapi usaha itu berdepan masalah logistik yang amat ketara.

Pertubuhan bantuan kemanusiaan, Medecins Sans Frontieres berkata, air, makanan dan selimut adalah barangan keutamaan di darat sementara keperluan perubatan semakin diperlukan di semua 2,000 pusat pemindahan di seluruh negara itu.

“Jelas tahap kemusnahan begitu besar. Dalam pada itu, pihak berkuasa Jepun melancarkan gerakan besar-besaran untuk operasi bantuan dan menyelamat,” kata Pengarah MSF Jepun, Eric Quannes. - AFP

Monday, March 14, 2011

Saturday, March 12, 2011

Gigitan Cinta Miqdad

Semenjak lepas demam miqdad kuat mengigit...rasanya nak tumbuh geraham pulak kot.4 gigi geraham dah lama tumbuh...tinggal lagi 4 batang dlm proses...insyaallah.

cepat2 lah keluar gigi tu ye...tak larat dah jadi mangsa gigitan cinta miqdad...abis kat tangan,kat belakang badan,kat kaki, baju,tuala,mainan...paling bahaya dia geram kat baby mujahid...pantang lepa siap la nak gomol mujahid...nak cium katanya,tapi amik kesempatan nak gigit...hehehe

setakat ni baby mujahid masih selamat...miqdad tak sempat la nak gigit cuma gomol baby sampai merah jer...keadaan masih terkawal..tapi letih la kena berkejar ke sana ke sini perhatikan miqdad main...

kadang2 dia gigit2 jari sendiri pasal tak selesa kot...gusinya bengkak sikit..bila rasa sakit terpaksa la dia berenti gigit dengan sendiri...tak payah suruh pun...hihi

p/s: nasib baik dia tak gigit bila menyusu...hehe

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Wednesday, March 9, 2011

Tanggungjawab Seorang Ibu

Salam semua. hari ni umi bercuti lagi...bukan pi jalan2 pun cuma mc jaga anak manjaku yg demam.miqdad demam,panas sangat suhu badan dia mencecah 39 celcius. tu yg umi risau nak tinggalkan dia kat umah. dia pulak jenis tak mau makan...asyik nenen jer macam baby.

tetiba hari ni miqdad takmo makan ubat pulak...selalu tu kena berebut2 sorok ubat supaya dia tak nampak. pantang nampak keje nak makan je ubat tu..last2 sumbat ubat demam ikut "bawah" sambil dia nangis2 takmo. kesian memanglah kesian tapi ubat tetap kena beri makan,kita kena usaha allah yg bagi sembuh.

sekali sekala umi jelum kepala dengan air supaya keluar sikit panasnya...kesian tengok bila anak demam kan...melepek ajer sambil buat perangai macam2. jadi ibu terpaksalah sabar kan...dugaan

Tanggunjawab seorang ibu tak pernah habis kan..siapa2 yg nak jd ibu sila bersedia ok..

Tuesday, March 8, 2011

JELAJAH BLOG KATEGORI IBU

Hari ni nak join segmen Ben Ashaari jelajah blog..Inilah syarat2nya

BANNER BEN ASHAARI

1.Sila letak BANNER ini
- dah letak

2.Tajuk JELAJAH BLOG KATEGORI IBU dan linkkan ke entri ini
- dah link

3.Siapa yang layak masuk ? Blogger blogger yang sudah bergelar ibu
- ibu + blogger ..ok cukup syarat ni

4.Ceritakan secara ringkas mengenai diri anda
- seorang ibu bekerja sepenuh masa. mempunyai 4 orang anak, 2 lelaki 2 perempuan. sangat menyokong penyusuan susu ibu ok

5.Apakah kenangan manis anda sewaktu bergelar ibu
- ketika melihat anak2 membesar dengan sihat dan gembira. paling manis bila anak2 minta hug n kiss (tak boleh lupa ok)

6.Kenangan pahit anda ?
- 2 anak perempuanku sudah dijemput Ilahi...redha tapi sedih sebab dah tak boleh nak hug n kiss mereka seperti dulu2

7.Kata kata khas buat si suami
- semoga kita sekeluarga akan dipertemukan semula dan menjadi keluarga bahagia disyurga kelak..we are happy family...amin

8.Jika ada anak , apakah nasihat anda kepadanya dan juga buat anak anak yang berada di luar sana
taat  perintah Allah, ikut sunnah Rasul dan hormati ibu bapa...InsyaAllah bahagia dunia akhirat

9.Apakah harapan anda kepada anak anda
- mereka menjadi anak2 yang soleh dan solehah

10.Nasihat buat si gadis di luar sana
- pengalaman menjadi ibu sangat bestttttt...tidak terungkap dengan kata2. jom beramai2 jadi ibu yang solehah

Selamat Pengantin Baru

First of all, kami sekeluarga nak ucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baru Shiela dan Ilmi. Ini adalah antara gambar-gambar sepanjang majlis perkahwinan adik iparku itu...tak sempat nak citer panjang2 penat travel tak abis lagi...lagipun sekeping gambar memberi seribu pengertian kan...nikmati..

Pasangan pengantin Shiela dan Ilmi yang sama cantik sama padan

pelamin di dewan terbuka

pelamin di dewan terbuka..sooo cuteeeee kann

pelamin untuk majlis berinai kecil di rumah..kakak ipar dan mak mertua punya idea

cantik kan hasil kerja tangan mak mertuaku yang sangat kreatif itu..

Friday, March 4, 2011

Rancangan Tergendala Sebentar

Tajuk tak bleh blah kan...sebenarnya nak inform sehari dua ni mungkin tak sempat nak update blog...kami sekeluarga sudah bertolak balik kampung utk menghadiri majlis perkahwinan adik iparku...gambar2 dan cerita2 tentang majlis insyaallah akan diupload selepas itu (kecoh jer mcm ada org heran nak baca blog umi...hehehe)..Sampai jumpa lagi...doakan kami selamat pergi dan balik ok..

Tataaaaaaa...titiiiiiiiiiiii...tutuuuuuuuuuu..


Thursday, March 3, 2011

Puding Jagung Strawberi

Hari ni nak kongsi satu resepi pencuci mulut @ dessert yang senang dimasak tapi sedap dimakan. Makan masa cuaca tengah panas macam sekarang lagi best tau...sedar2 dah abis semangkuk...hehehe

lupa nak amik gambar sebelum makan...bila dah makan tinggal suku baru teringat...
inilah hasilnya...tgk gambar ni tak menarik nak makan, tapi cubalah rasanya...woww sedappppp

Puding Jagung Strawberi
Sumber resepi: Kak Hanieliza Fotopages

Bahan Puding
1 cawan susu cair
1 cawan jagung cream
1 cawan gula
1 cawan tepung kastad
1 cawan tepung jagung (ganti tpg kastard)
5 cawan air

Bahan Agar2
1 kotak agar2 Lady's Choice perisa Rasberi/Srawberry (ganti agar2 strawberry NONA)
buah2 koktel dalam tin (ganti mangga segar didadu)

Cara
1. Masukkan semua bahan puding dan kacau dalam kuali diatas api sehingga nampak masak.
2. Masukkan dalam cawan berkaki atau acuan puding kaca.
3. Masakkan adunan agar2 mengikut arahan di kotak dan tuangkan atas puding.
4. Masukkan buah2 koktel dalam tin dan sejukkan.
5. Hidangkan sejuk.

Wednesday, March 2, 2011

Keyboardku Rosak Lagi

Keyboardku rosak lagi...gara2 dikerjakan miqdad. Dulu dah penah rosak,pastu guna external keyboard. La ni yg ni pun rosak jugak..Laptop umi dah jd mcm toy dia pulak...on sendiri,pasang cd kartun pun sendiri...yg paling worst bila dia nak off terus je tekan button shutdown...bukan reti ikut step properly..huhu...jahanam lappyku sayang.


p/s:gigih umi dok menaip ni guna virtual keyboard pulak tau

Wordless Wednesday - Cheeky Little Boy





Tuesday, March 1, 2011

Sama Tapi Tak Serupa

Anak-anak Umi yang tersayang tengah tidur...happy jer tengok diorang tidur dengan nyenyak sekali...

Abg Miqdad kepenatan bermain...

Adik Miqdam pun penat jugak...

Abg suka tidur mengiring...

Adik tidur terlentang...

Posisi tidur dan memek muka yang sama tapi bila tengok betul-betul tak serupa sangat pun kan...

p/s: Mcm ni pun bleh umi buat entry..heheheh

Inilah wajah-wajah kesayanganku

 
Widad n Wirdani

Miqdad n Miqdam