Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam semua...
Miqdad dan Mujahid sangat susah nak dipotong rambutnya...masuk keluar kedai 3-4 kali pun tak tentu berjaya potong rambut mereka lagi...fobia gamaknya bila tengok barber pegang gunting terus meraung...siap haribulan Mujahid boleh buat aksi bergolek berguling nak balik...Miqdad pulak pandai cakap nanti kita potong yer...berapa kali nanti tak tau lah, asal sampai kedai nantilah Umi nantilah Umi...lain kali kita potong yer...kiranya setahun sekali jer Umi mampu menahan kerenah mereka di kedai gunting rambut...lagi best Umi lah kena bermandikan rambut sekali pasal nak kena pegang/dukung hero2 ni...kalau dengan Abi jangan harap lah...Abi kata takpe lah biar ajer rambut panjang comel jugak...heheee
Tapi cuti sekolah baru2 ni Umi berjaya jugak bawak diaorang potong rambut kat kedai...dengan bantuan CikRa dan Memek...Nampak banyak betul beza bila budak2 dah berambut pendek ni kan...dulu lebih kepada comel sekarang kena jadi encem la pulak kan..hehe
Miqdad dan Mujahid berambut panjang muka comel ala2 budak pompuan lak kan...
bila dah berambut pendek bleh la memanjat macam hero skit..hihi
masa ni panjang betul rambut Miqdad dan Mujahid
gambar ni sehari selepas potong rambut...masa melawat atuk kat hospital
Mujahid buat muka comel dengan rambut gini macam nak gigit jer Umi tengok :)
masih buat muka geram nak gigit tapi rambut dah kontot
masa ni Miqdad dah pandai malu bila orang tegur girl @boy, yerlah kan muka sebijik macam arwah kakaknya...lepas tu terus ajak Umi pi kedai potong rambut...
saya nak potong rambut macam abang katanya...terus tukar jadi muka abang kan... :))
Masa kat kedai tu macam2 la drama yang berlaku...Miqdad potong rambut sambil pejam mata, malu katanya bila suruh buka mata...dia nampak mukanya dalam cermin besar kedai tu terus tersipu2 pejam mata balik, takpelah nak janji kau nak potong rambut...Mujahid pulak puas la nak memujuknya kejap2 pusing kiri kanan atas bawah sampai last sekali pakcik barber tu kena stop kejap pasal takut terkena matanya..huisssshhh tak reti diam sungguh anak umi ni...tak sempat siap pun dia dah mengelupur nak turun tak mau potong dah, senget2 tak sempat nak trim rambut Mujahid hingga ke hari ni..hahahaha sian dia...