Assalamualaikum dan selamat pagi...
Hari ini saya ingin berkongsi resepi @cara membuat pizza yang paling ringkas/pizza segera...Caranya simple sangat2 dan tidak memerlukan kita menguli doh bagai...Lebih kurang 15 minit dah boleh dimakan pun...Ini adalah salah satu makanan kegemaran Miqdad dan Mujahid. Senang nak masak dan anak2 pun suka sangat makan...mak ayah lagilah suka kan :)
Terliur tak tengok pizza yang melimpah ruah dengan cheese, lepas tu boleh letak topping ikut sukahati kita kan :) Bila dah dapat resepi ni kami sudah jarang2 order pizza dah sekarang ni.. hihi ;)
Pizza yang ini menggunakan lebihan isi ayam goreng...yum yum
Version ini pulak menggunakan sosej/cocktail
Bahan-bahan yang diperlukan :
1. Apa-apa jenis@brands wraps
2. Sos spaghetti
3. Mozarella Cheese
4. Cocktail/sosej
5. Lebihan ayam goreng
6. Nenas dalam tin
7. Apa2 jenis sayur yang anda suka :)
Cara-cara:
*panaskan oven dulu 20 minit suhu 180 C
*panaskan oven dulu 20 minit suhu 180 C
1. Ambil sekeping wraps, sapukan dengan sos spaghetti di atasnya.
2. Potong sosej dan lebihan ayam goreng, taburkan di atas wraps yang telah bersos tadi.
3. Potong nenas tin @ sayur yang anda suka dan tabur lagi.
4. Akhir sekali taburkan mozarella cheese.
5. Bakar dalam oven selama 10 minit pada suhu 180 C.
tingggggggggggggggggggg...............(oven dah bunyi)
keluarkan daripada oven boleh la dimakan panas2 dengan cheese yang meleleh2 tu...nyummmm
Selamat Mencuba
3 comments:
Thanks for sharing, nanti nak cuba juga lah. Tak pernah pakai roti tu lagi buat pizza
wah sedapnya...tq 4 sharing, sy pun nak cuba la...hehehe
Hi guys ! Ingin jadi havoc?
Hanya dengan bermodal RM55 , awak boleh dapat lebih RM700 hanya dalam seminggu. Tidak mustahil !!
Ini memang BENAR ye , buktinya adalah saya.
Kalau setakat nak tipu RM55 awak tu , apa sangat lah yang saya dapat kan? [Smile]
Saya tak paksa , hanya nak share income saya [Smile]
Tunggu apa lagi , ASK ME NOW!
at whatapps 0174741807 or wechat :_mimy12
Post a Comment