Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Thursday, March 24, 2011

Kali Pertama Aku Melanggar Kereta Orang...Oh Tidakkkkk!!!

Hari ni hari yang agak malang bagi umi...malang tak berbau kan...kalau boleh bau gerenti la tak jadi camni ye tak? tengok tajuk pun dah bleh tau apa citernya kan...

Citernya begini...tengahari tadi umi bertugas jaga pintu pagar sekolah...masa tu dah pukul 1.30 t/hari...budak2 dah start turun dari kelas masing2...umi pun apa lagi kelam kabut la capai beg nak kena turun bertugas...jalan pun laju2 je sambil mata pandang bawah pulak...takde toleh kiri kanan tengok keliling macam selalu...pastu sampai keta kelam kabut cepat2 start enjin terus undur belakang...sekali dah bunyi "bamm"...baru tersedar dari lamunan...ya Allah apa dah jadi ni.

rupanya umi dah terlanggar keta cikgu aini yg parking tepi makmal tu...umi memang selalu parking belakang makmal ict pasal dekat ngan kelas...aduh keluar tengok hhmmmm ini lah akibat orang yg kelam kabut...cuai...hasilnya pecah cover lampu belakang keta ku...keta cikgu aini pulak kemek skit lebih kurang sebesar tapak tangan...apa nak kata dah jadi...

ni la dia rupa pemangsa yg ganas tu...huwaaaaa

pastu cepat2 la call nak discuss ngan pemilik keta harrier tu...minta maaf banyak2 ye kak...nak settle mcm mana lepas ni la kira...tergamam la umi pasal ni la first time terlanggar keta orang.bertugas lepas kemana umi lepas kemana...tension2...doa2 tak lah teruk kena bayar repair ngan ketuk nanti...

ni pulak mangsa yg tak berdosa tu...isk3

astaghfirullahhalazim...

p/s: pengajarannya sila cool wlw pun dah lambat...tak guna dok kelam kabut

Tuesday, March 22, 2011

Keputusan SPM 2010

Hari ni kami semua dok  berdebar-debar tunggu keputusan SPM 2010 yang akan diumumkan esok...betul tak? tak sabar ok...mengalahkan anak muridku pulak, hehehe...yang mak bapak mesti dok berdoa siang malam nak anaknya cemerlang, cikgu-cikgi apa kurangnya...tapi budak2 ni tak taulah apa perasaan diorang yek...ada yang semangat juga, tapi tak kurang yang tak amik kesah pun...macam mana lah keputusan anak2 muridku kali ni ye...doa2 bertambah cemerlang  dan pecah rekod sekolah pulak tahun ni...

Suasana macam biasalah...mesti kelam kabut lah kakitangan pendidikan esok hari yek...kena serbu dengan budak2 nak tengok result SPM diorang...nanti bolehlah kita ramai2 saksikan ada pelajar yang melompat gumbira, menangis, tersenyum, masam mencuka, kelat pahit suma ada.pendek kata macam2 ragam diorang la...apa yang penting jangan ada yang menyesal sebab result teruk pasal tak study dulu2 sudahlah...tapi kan part menyesal2 gerenti ada punya...tak percaya? esok boleh tungguuuuu...

Keputusan SPM juga boleh disemak menggunakan perkhidmatan sms. Senang gitu...tapi confirm servis mesti lambat macam siput...sila taipkan SPM SEMAK [no KP] [angka giliran] dan hantarkan ke 15888.. Contoh : SPM SEMAK 900104086077 BC001A040 dan hantarkan ke 15888.. Sumber : Laman Web Rasmi Lembaga Peperiksaan..

Wednesday, February 23, 2011

Ponteng Kerja

hari ni tak pi kerja pun...rasa tak sihat badan,lenguh sendi2,macam demam pulak.bila check suhu badan memang demam pun...huhuhu

Wednesday, May 26, 2010

Kek Coklat Moist Chef Diva

Hari guru baru-baru ni Umi dapat la tempahan 4 biji kek...cupcakes adalah dalam 100 + biji. Nak buat sorang tak larat pasal nak kena hias-hias sikit...Jadi minta lah bantuan chef diva dua orang ni..."chef Meme" dan "chef Cik Ra"...Nasib baik diorang sudi menolong...kalau tidak jenuh Umi nak bersilat dengan Miqdad kat dapur...Cik Ra tolong bakar kek, Meme pulak tolong menghias dengan aising...Umi pun tolong hias jugak...tapi cupcakes jer lah...Tak berapa berani lagi nak hias kek sendiri...Lepas tu bagilah upah kat chef-chef tu kan...Semua tempahan nak kek coklat moist...Jadi inilah hasilnya...taraaaa...
Comel tak hiasan Meme buat ni? kat tepi-tepi tu letak kepingan coklat corak-corak...sebenarnya nak buat kepingan besar, tapi coklat tu patah2 pulak...tempek lah apa yang jadi jer...

Kek ni tema biru sempena sambutan hari guru kat sekolah Umi...Rupa dan hiasan kek ok dah tapi tulisan jer masih perlu diperbaiki lagi...Mengeletar gitu kalau tak biasa menulis pakai aising...

 
Kek yang ni sedap pasal toping dengan aising coklat... tapi macam biasa kena baiki lagi tulisannya...

Kek ni pulak yang terakhir dihias...sudah kehabisan aising  masa ni...tu yang takde tulis apa2 pun ...heheh...comel tak siap tempek dengan biskut oreo lagi...

Kesian kek ni tulisannya senget sikit...nampak tak?? maklumlah ni kek yang pertama dihias oleh Meme...trial n error...haruslah jadi macam ni...walau apa pun rasanya tetap meletop...sedap gitu...

Terima kasih pada yang sudi order...lain kali boleh order lagi...terima kasih pada chef diva dua orang tu...

Sunday, April 4, 2010

Jari Jemariku Sakit Semua

Seminggu dua ni Umi sibuk sangat kat sekolah...sampai terbawa balik sibuknye kat umah pulak...Kisahnya Umi dah seminggu dok pulun buat "Headcount SPM 2010" untuk sekolah...warghhhhhh penatnya dah tension gilos...elok nak siap, ada student baru masuk pulak....buat lagi..naik lenguh jari jemariku ini...kerjanya copy paste edit pastu save....copy paste edit pastu save...apa lagi copy paste edit senarai nama pelajar beratus-ratus orang, 23 matapelajaran dengan 9 kelas tingkatan 5...ya ampun....pastu edit formula yg terdelete, tersalah masuk, tak masuk bagai....habis jari jemariku sakit semua...Tapi takpe...lepas ni Umi akan jadi pakar headcount...hahahah...sila jangan ketawa....sewel skit ni...baru lepas edit headcount tadi....Rileks jap....kita minum dulu....

*
*
*
*....ehhhh lamanya dia minum ni.....?????
*
*
*

Burppppp....Alhamdulillah...dah kenyang pun...ehhh silap, bukan minum aje siap makan2 sekali....Baru bertenaga nak taip entry ni kan....kan...sambil2 tu blog hopping jugak ler....dah banyak hari tak dan nak merayau-rayau di alam cyber...asyik dok berheadcount jek...Setakat ni ok lah dah 80% siap....jeng jeng jeng tunggulah kemunculan ku nanti....headcount daaaaaaaaa.....

Ok lah ini jek yang mampu ditulis hari ni...Sori Miqdad dah lama tak update citer2 terkini lagi sensasi...Nanti kita bercerita bila Umi dah free....mmmuahhhh

Sunday, March 14, 2010

Result SPM Meningkat! Syukur Alhamdulillah

Result SPM dah keluar pagi Khamis baru ni...Syukur Alhamdulillah keputusan SPM sekolah Umi meningkat lagi...Lega sangat-sangat...terasa penat lelah berbaloi bila dapat tahu keputusan anak-anak didik membanggakan...Tapi sedih tetap ada bila ada seorang dua dapat result yang cukup makan atau gagal terus...huhuhu..kena perbaiki diri lagi nampaknya...Berita gembiranya subjek ICT meningkat kepada lulus 100% tahun ni... :) Alhamdulillah hepi sangat Umi,senyum sampai ke telinga ni ha...hihihi.

Keseluruhan sekolah Umi tempat kelima di daerah Kubang Pasu tahun ni...Membanggakan bagi sebuah sekolah harian biasa...tapi tak bolehlah nak dibandingkan dengan sekolah berasrama penuh atau sekolah terpilih...memang kalah wehhhh...Tapi Umi tetap bangga tau...Pelajar  terbaik sekolah skor 12A tau..hihihi...BANGGA LAGI NI...Lepas ni kena kerja keras lagi untuk mencapai target cemerlang SPM 2010 pula...Terima kasih untuk kita semua..(guru-guru dan para pelajar)

Tuesday, January 5, 2010

Selamat Bertemu Kembali di Tahun Baru 2010


Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua...dah agak terlewat tapi biarlah lewat daripada tak wish langsung ok...Lama sangat tak update blog ni...gara2 keyboard rosak...rasa banyak benda sangat nak diceritakan tapi step by step la kan...Blog ni pun dah naik kulat dan sawang kot rasanya...hihihi...Macam2 perkembangan Miqdad yg Umi nak citer nanti...

Umi dah start bekerja semula 3/1/2010-Ahad setelah bercuti panjanggggg sangat... awal2 ni rasa tak bersemangat la pulak...maklumlah dah syok cuti lama2....hahahah sian kat Umi :(  lepas ni kena "cari dan paksa" mood utk bekerja tu datang semula nampaknya....Rupanya seronok jugak jadi SAHM-Stay At Home Mother ni yek...tapi tak bestnya bile time org dpt gaji kita dpt apa ye??? Ada gaji gak ke??

Sudah lama Miqdad tak berenggang daripada Umi...bila mula2 nak ke sekolah susah ler skit...masa cuti haritu Abi ngan Miqdad hantar Umi ke mesyuarat guru kat Dewan Ilmu Ishaqiah, Pulau Pisang pada28/12/09....Sian sangat tengok Miqdad menangis nak ikut....sambil dok lambai2 dia panggil "mama mama"....pastu nangis skit dalam kereta...

First day Umi drive sendiri ke sekolah...waktu rehat minta balik jap...biasala...ada budak tecit nak nenen...sampai je umah terus hug Umi kuat2...waktu tu rasa macam nak jadi SAHM je tau...itulah dugaan ibu-ibu yang bekerjaya...Pastu Abi pun citer lah...tadi sebelum Umi balik Miqdad dah "mama mama mama emmiiiiiii" tu maknanya dia dah lapar sangat dan nak Uminya la.....cedihnya...huhuhu....

Hari ni dah 3rd day Umi kesekolah...Miqdad pun dah makin ok tak cry2 lagi...tak bikin Umi cedih lagi lah budak ni...siap bleh lambai2 senyum2 gitu...Umi pun dah hepi :)  Tak sabar nak balik umah jumpa dia tau...mmuarghhhh....cayang Miqdad sangat...

Sunday, November 22, 2009

Good Luck and All The Best

Good Luck and All The Best for my ICT students....Esok SPM paper ICT pukul 2.00-4.30ptg...Teacher doakan semua dapat menjawab dengan cemerlang yer....Sila ingat semua nota, latihan, discussion, teknik menjawab dan segalanya....keluarkan semua senjata tau...maklumlah nak bertempur di medan perang nih...SPM kan macam nak pi berperang...Jangan keluar awal sudah ler....hehehe...Tak sabar teacher nak tunggu esok...

Thursday, November 19, 2009

Happy Holiday

Horeyy!!! Cuti sekolah dah bermula. Hari ini hari terakhir persekolahan bagi sesi 2009. Kat sekolah pagi tadi semua guru sibuk yang teramat sangat. Maklumlah menguruskan pelbagai kerja terakhir sebelum tutup buku...buku rekod mengajar, rekod kedatangan pelajar, buku resit yuran2 dan macam2 lagi lah. Pendek kata clear semua atas meja sebelum mula bercuti esok (bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu ler...).

Secara rasminya sekolah bercuti, guru tidak mengajar...tetapi hakikat sebenarnya guru tetap bekerja sewaktu bercuti. Ada pelbagai aktiviti lain semasa cuti seperti mengawas peperiksaan SPM/STPM, mesyuarat guru, kursus dalam perkhidmatan, memeriksa kertas  peperiksaan pelajar, mengadakan kelas tambahan, bertugas di sekolah dan macam2 lagilah. Walau bagaimanapun bukan semua guru terlibat dengan keseluruhan aktiviti tersebut...mungkin satu dua aktiviti sahaja..bergantung kepada pentadbiran sekolah.Yang pentingnya perlu diingat "guru sentiasa on call sewaktu cuti penggal". Jika ada sebarang keperluan anda akan dipanggil semula ke sekolah...heheh. Doanya janganlah dipanggil sewaktu Umi tengah bercuti nun di selatan sana..

Ok semua kawan-kawan guru dan anak-anak murid...Selamat Bercuti dan jumpa lagi di tahun hadapan.."Jaga diri dan hiasi peribadi"

p/s: kepada semua kawan2 guru, staff sokongan, pihak pentadbiran dan murid2 mohon maaf dan halalkan terlebih kurang tu ye...

Wednesday, November 18, 2009

Peperiksaan SPM Bermula Hari Ini


Selamat menjawab peperiksaan SPM pelajar sekalian!Buat yang terbaik dan termampu...Good Luck semua...Cikgu doakan kamu semua berjaya dengan cemerlang...Amin

Wednesday, November 4, 2009

Program RIMUP & Jamuan Perdana 1 Malaysia 2009

Hari nie Umi nak cerita sikit tentang aktiviti sekolah....Sebenarnya dah basi tapi takpelah kan...buat tambah ilmu...Ini cuma C&P dari laman blog sekolah je...Bleh rujuk sini http://smk-pulaunyior.blogspot.com/

Program RIMUP & Jamuan 1Malaysia 2009 SMKPN telah diadakan pada 2 November 2009 di Dewan Darul Qiyam SMKPN. Program dimulai dengan acara permainan sukan tradisional antara kaum pada pukul 11.30 pagi sehingga 1.00 tengahari. Acara diteruskan dengan solat zohor berjemaah dan program penyampaian hadiah disampaikan jam 1.30 tengahari selepas ucapan ringkas berkaitan dengan RIMUP yang disampaikan oleh Hjh Pn Latipah Kassim, Pengetua SMKPN.













Selepas berkemas dan solat 'asar diadakan sesi ceramah motivasi yang bertajuk "Sukan Membentuk Perpaduan Kaum" yang disampaikan oleh penceramah khas dari Pejabat Belia & Sukan Kubang Pasu. Program diakhiri dengan sesi soalan-soalan kuiz berkisar pengetahuan 1Malaysia dan majlis bersurai jam 6.20 petang.

Tuesday, October 20, 2009

serba baru

Alhamdulillah...
sampai2 je kat makmal ari ni tengok ada meja kerusi baru. wah!wah!wah! seronoknya umi ngalahkan budak dapat mainan baru gitu... tak lama lagi lengkaplah makmal ni ngan komputer baru lak.ishhhh...bila komputer nak mai lak ni? tak sabarnye rasa...

bersyukur sangat2 sebenarnya..
apa taknye dah 2 tahun tunggu peralatan dalam makmal ni ditukar baru. dah uzur bebenor..korang bayangkan dalam 40 pc 5 je bleh guna.tu pun idup segan mati tak mau...punyalah out of date pc ni 64mb ram ngan takde usb port, pendek kata dah uzur sangat la . pc baru nanti best ler skit pentium dual core 1gb ram ngan 80gb hd.
kepada sesape yang guna makmal ni nanti tolonggggggg lah jaga bebaik peralatan ni semua tau.bukan senang nak dapat tu...pepandai lah kita bersyukur dengan nikmat Nya.