Thursday, November 19, 2009

Happy Holiday

Horeyy!!! Cuti sekolah dah bermula. Hari ini hari terakhir persekolahan bagi sesi 2009. Kat sekolah pagi tadi semua guru sibuk yang teramat sangat. Maklumlah menguruskan pelbagai kerja terakhir sebelum tutup buku...buku rekod mengajar, rekod kedatangan pelajar, buku resit yuran2 dan macam2 lagi lah. Pendek kata clear semua atas meja sebelum mula bercuti esok (bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu ler...).

Secara rasminya sekolah bercuti, guru tidak mengajar...tetapi hakikat sebenarnya guru tetap bekerja sewaktu bercuti. Ada pelbagai aktiviti lain semasa cuti seperti mengawas peperiksaan SPM/STPM, mesyuarat guru, kursus dalam perkhidmatan, memeriksa kertas  peperiksaan pelajar, mengadakan kelas tambahan, bertugas di sekolah dan macam2 lagilah. Walau bagaimanapun bukan semua guru terlibat dengan keseluruhan aktiviti tersebut...mungkin satu dua aktiviti sahaja..bergantung kepada pentadbiran sekolah.Yang pentingnya perlu diingat "guru sentiasa on call sewaktu cuti penggal". Jika ada sebarang keperluan anda akan dipanggil semula ke sekolah...heheh. Doanya janganlah dipanggil sewaktu Umi tengah bercuti nun di selatan sana..

Ok semua kawan-kawan guru dan anak-anak murid...Selamat Bercuti dan jumpa lagi di tahun hadapan.."Jaga diri dan hiasi peribadi"

p/s: kepada semua kawan2 guru, staff sokongan, pihak pentadbiran dan murid2 mohon maaf dan halalkan terlebih kurang tu ye...

No comments: