Wednesday, November 4, 2009

Program RIMUP & Jamuan Perdana 1 Malaysia 2009

Hari nie Umi nak cerita sikit tentang aktiviti sekolah....Sebenarnya dah basi tapi takpelah kan...buat tambah ilmu...Ini cuma C&P dari laman blog sekolah je...Bleh rujuk sini http://smk-pulaunyior.blogspot.com/

Program RIMUP & Jamuan 1Malaysia 2009 SMKPN telah diadakan pada 2 November 2009 di Dewan Darul Qiyam SMKPN. Program dimulai dengan acara permainan sukan tradisional antara kaum pada pukul 11.30 pagi sehingga 1.00 tengahari. Acara diteruskan dengan solat zohor berjemaah dan program penyampaian hadiah disampaikan jam 1.30 tengahari selepas ucapan ringkas berkaitan dengan RIMUP yang disampaikan oleh Hjh Pn Latipah Kassim, Pengetua SMKPN.













Selepas berkemas dan solat 'asar diadakan sesi ceramah motivasi yang bertajuk "Sukan Membentuk Perpaduan Kaum" yang disampaikan oleh penceramah khas dari Pejabat Belia & Sukan Kubang Pasu. Program diakhiri dengan sesi soalan-soalan kuiz berkisar pengetahuan 1Malaysia dan majlis bersurai jam 6.20 petang.

No comments: