Sunday, December 15, 2013

Rumah Oh Rumah - part1

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam semua...

Umi dan Abi sekarang ni dalam dilema...tengah berkira-kira nak membina rumah impian la kononnya...tapi banyak benar masalah yang timbul...leceh jugak rupanya proses nak membuat rumah ni...patutlah ramai orang yang give up dan beli rumah siap ajer...takpela yang tu nanti kita cerita kemudian nanti...

Antara rumah setingkat dengan rumah dua tingkat yang mana lagi best? Ikutkan hati Umi minat sangat dengan rumah dua tingkat...nampak cantik dan lebih privacy kan...tapi bila bersembang dengan kawan-kawan dan arkitek dah mula berbelah bahagi pulak...arkitek cadangkan rumah setingkat ajer, katanya ramai orang bila masa dah tua nanti tak larat nak berulang alik naik turun tangga...masa muda ok la masih sihat tak sakit lutut lagi :) . Kawan-kawan ada macam-macam pendapat la pulak, ada suka setingkat ada dua tingkat...Hishhh pening nak buat pilihan yang nampak mudah jer ni kan...

2 bulan lepas ada la sembang-sembang dengan sorang arkitek ni..lepas tu dia tanya la minat design rumah macam mana? Tradisional, moden, english, country, bali, moden tropika....hahahhaa tak tau nak jawab apa...kampung betul Umi ni kan...yang Umi tau cantik dimata sahaja...dibaginya pinjam 2 buah buku design rumah untuk dipilih, belek-belek seminggu masih tak dapat kata putus lagi...payah betul macam ni :(   Kalau citer pasal layout bilik dan ruang dalam rumah umi tau la macam mana...memang dah ada dalam kepala...tapi design luar tak tau ni yang agak susah jugak kan...tolonggggggg.

Belum lagi masuk bab ID (interior design) lagi la Umi pening...semua nampak macam cantik pulak...last-last satu pun belum confirm lagi...Apa taknya kos ciput nak macam-macam tamak haloba...huargggghhhhh tension. Akhirnya selepas 4 kali pertemuan dengan kawan suami sorang arkitek sorang lagi pelukis pelan, maka dapat la design yang diimpikan..hehe. Kalau ikutkan perjanjian semua proses daripada lukis pelan, kelulusan majlis hingga membina rumah mereka yang akan uruskan mengikut Konsep Reka dan Bina...Bayaran pulak termasuk dalam pinjaman yang akan dibuat kelak...jadi kami pun bersetuju la dengan syarat tak perlu menggunakan duit tunai walaupun sedikit mahal kosnya.

Namun ada perkara yang tak dijangka berlaku pulak...bila sudah settle pasal design rumah timbul masalah lain pulak...kos lukis pelan dan kelulusan majlis sahaja dicaj rm15K dan perlu dibayar tunai, nampak sangat kami macam tertipu dah kan...tapi kami tetap berpegang dengan perjanjian tersebut. Kalau bayar tunai tetapi lebih mahal daripada harga upah semasa tak best la kan...baik kami cari pelukis pelan lain dengan  kos sekitar 3-5K sahaja. Lagi  untung kan...akhirnya kami terpaksa membatalkan perjanjian tersebut. Sekarang tengah mencari pelukis pelan baru, tak payah la guna Konsep Reka dan Bina bayar tunai jerla...sedihnya :(

Abi pun pujuklah Umi dengan kata-kata InshaAllah akan dapat yang lebih baik, yakinlah dengan perancangan Allah. mood happy balik :)

Friday, December 13, 2013

Kerenah Anak-anakku

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam semua...

Malam ni nak bercerita pasal hero umi Miqdad dan Miqdam...Budak berdua ni kalau masa main tak ingat dunia...tengok cd kartun sama-sama, berebut laptop nak tengok you tube , bercerita berdua nak tergelak pun ada bila umi curi2 dengar perbualan mereka...pastu bergomol peluk sakan main  tergolek habis atas katil pulak tu...geram betul bila katil bersepah dengan mainan, cadar tercabut, bantal selimut berterabur...tapi dengar gelak tawa rasa  kurang sikit marahnya...

Paling umi tak tahan bila dituang semua mainan dalam kotak berlonggok atas lantai...katanya nak pilih mainan yang sesuai...yang selebihnya tinggal lah bersepah merata...tak lama lepas tu terdengarlah abi atau umi menjerit kesakitan terpijak mainan diaorang pulak...kekadang berdarah kaki dibuatnya...huhu
Bila suruh kemas nak tau apa jawabnya...saya penatlah, saya nak rehatlah, saya nak tengok kartun lah...macam2 alasan diberi...pastu siap boleh suruh umi tolonglah kemas, tidak pun abi kemas sendirilah...hehehe...kalau ajak kemas sama2 diaorang tolonglah kutip 2-3 jer selebihnya umi ngan abi jugak...

Bukannya merungut cuma nak berkongsi cerita sahaja. Umi Abi sangat bersyukur dengan kurnia ini...penat pun masih boleh peluk2 manja2 kan anak kita kan...Alhamdulillah terima kasih Allah.





Sarapan Nostalgia Lempeng@Peknga

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam semua...

Sarapan penuh nostalgia lempeng@peknga dicicah kuah kari semalam. Teringat zaman kanak-kanak dulu...mak selalu buatkan sarapan sebelum ke sekolah.

Monday, October 28, 2013

Testing

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saja nak test blogging guna hp. Sebelum ni dah pernah guna tapi tak boleh attach gambar. Kita tengok kali ini macam mana pula...berjaya ke tak...

Wednesday, October 23, 2013

Malaikat Maut

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Allah swt. bertanya kepada malaikat maut: "Apakah kamu pernah menangis ketika kamu mencabut nyawa anak cucu Adam?"

Maka Malaikat pun menjawab: "Aku pernah tertawa, pernah juga menangis, dan pernah juga terkejut dan kaget."

"Apa yang membuatmu tertawa?"

"Ketika aku bersiap-siap untuk mencabut nyawa seseorang, aku melihatnya berkata kepada pembuat kasut, 'Buatlah kasut sebaik mungkin supaya boleh dipakai selama setahun',".

"Aku tertawa kerana belum sempat orang tersebut memakai kasut dia sudah kucabut nyawanya."


Allah swt. lalu bertanya: "Apa yang membuatmu menangis?"

Maka malaikat menjawab: "Aku menangis ketika hendak mencabut nyawa seorang wanita hamil di tengah padang pasir yang tandus, dan hendak melahirkan. Maka aku menunggunya sampai bayinya lahir di padang pasir tersebut. Lantas kucabut nyawa wanita itu sambil menangis kerana mendengar tangisan bayi tersebut kerana tidak ada seorang pun yang mengetahui hal itu. "

"Lalu apa yang membuatmu terkejut dan kaget?"

Malaikat menjawab: "Aku terkejut dan kaget ketika hendak mencabut nyawa salah seorang ulama Engkau. Aku melihat cahaya terang benderang keluar dari kamarnya, setiap kali aku mendekatinya cahaya itu semakin menyilaukanku seolah ingin mengusirku, lalu kucabut nyawanya disertai cahaya tersebut. "

Allah swt bertanya lagi: "Apakah kamu tahu siapa lelaki itu?

"Tidak tahu, ya Allah."

"Sesungguhnya lelaki itu adalah bayi dari ibu yang kaucabut nyawanya di padang pasir gersang itu, Akulah yang menjaganya dan tidak membiarkannya."

*Sumber dari islampos.com [Dedih mulyadi / islampos / kitab Tadzkirah karangan imam Qurthubi]

Tuesday, October 22, 2013

Bismillah Lima

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam semua...



Apa itu Bismillah 5?
1. Bismillahir Rahmanir Rahiim
2. Bismillahish Shaafii
3. Bismillahil Kaafii
4. Bismillahil Mu’aafii
5. Bismillahi
l ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim

Maksudnya:
1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2) Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan.
3) Dengan nama Allah Yang Mencukupkan.
4) Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik.
5) Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya 
akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha 
Mengetahui.

Antara fadhilat Bismillah 5 ialah:
* Penawar bisa diri.
* Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang.
* Penawar bisa-bisa badan.
* Penawar sakit perut.
* Boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya.

Cara Merawat:

Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah 
Bismillah 5 ini sebanyak tujuh kali. Kemudian tiupkan di tempat yang sakit
itu. Selepas itu tiup pula ke atas air. Kalau anggota yang sakit itu tidak 
boleh disentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar disentuh, bolehlah
letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan i’tikad bahawa anggota 
tersebut adalah anggota yang sakit. Dengan izin Allah, mudah-mudahan 
sembuh penyakit yang dihidapi. Kita hanya mampu berdoa dan berikhtiar 
serta bertawakal, Allah jua Yang Maha Penyembuh.

*copy paste dari sini

Thursday, August 1, 2013

Pahala Berterusan Selepas Mati

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...


Sunday, July 14, 2013

Ganjaran Puasa Ramadhan

Assalamualaikum...
Bismillahhirrahmanirrahim...

Saturday, July 13, 2013

Sekilas Mengenai Puasa Ramadhan

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum....

Friday, July 12, 2013

Ramadhan Code

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Thursday, July 11, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Semoga ramadhan ini menjadi ramadhan terbaik buat kita semua

Tuesday, June 25, 2013

Sekadar Renungan Bersama

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Wednesday, May 22, 2013

You jump I jump!

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam semua...

Hari ini cuma nak kongsi gambar hero Umi saja...hobi budak berdua ni suka melompat dan terjun ...pendek kata tak kira tempat la, sofa, kerusi, meja, kepala katil dll...nak larang pun buat penat ajer sampai habis air liur...doakan takde jatuh patah riuk sudah :)



p/s: abaikan baju bergantungan itu, bisnes online mcm ni la, rumah jadi tempat display baju lak...

Sunday, April 21, 2013

Penyakit Hati

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan selamat pagi semua... 

Thursday, April 18, 2013

Resepi Pizza Yang Paling Simple

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan selamat pagi...

Hari ini saya ingin berkongsi resepi @cara membuat pizza yang paling ringkas/pizza segera...Caranya simple sangat2 dan tidak memerlukan kita menguli doh bagai...Lebih kurang 15 minit dah boleh dimakan pun...Ini adalah salah satu makanan kegemaran Miqdad dan Mujahid. Senang nak masak dan anak2 pun suka sangat makan...mak ayah lagilah suka kan :)

Terliur tak tengok pizza yang melimpah ruah dengan cheese, lepas tu boleh letak topping ikut sukahati kita kan :) Bila dah dapat resepi ni kami sudah jarang2 order pizza dah sekarang ni.. hihi ;)


Pizza yang ini menggunakan lebihan isi ayam goreng...yum yum


Version ini pulak menggunakan sosej/cocktail

Ini pulak bahan2 yang diperlukan...tak banyak dan sangat mudah cara penyediaannya...lupa nak snap gambar bahan2 nya jadi kita gunakan gambar di google daripada internet jer lah yer... Ini antara brands yang saya selalu gunakan, bukan nak promote mana2 brands tau :)


                                                  Bahan-bahan yang diperlukan :



1. Apa-apa jenis@brands wraps

2. Sos spaghetti

3. Mozarella Cheese

4. Cocktail/sosej


5. Lebihan ayam goreng


6. Nenas dalam tin

7. Apa2 jenis sayur yang anda suka :)


Cara-cara:

*panaskan oven dulu 20 minit suhu 180 C

1. Ambil sekeping wraps, sapukan dengan sos spaghetti di atasnya.

2. Potong sosej dan lebihan ayam goreng, taburkan di atas wraps yang telah bersos tadi.

3. Potong nenas tin @ sayur yang anda suka dan tabur lagi.

4. Akhir sekali taburkan mozarella cheese.

5. Bakar dalam oven selama 10 minit pada suhu 180 C.

tingggggggggggggggggggg...............(oven dah bunyi)

keluarkan daripada oven boleh la dimakan panas2 dengan cheese yang meleleh2 tu...nyummmm

Selamat Mencuba




Monday, April 15, 2013

Favorite Spot

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

Inilah favorite spot Miqdad dan Mujahid sekarang...lepak2 sambil tengok kartun...





Monday, April 1, 2013

Stop Worrying!

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Wednesday, March 13, 2013

Tips Menghalang Kecurian


Bismillahhirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Tips menghalang kecurian seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk
melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation.

14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan
pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran. 18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua. 

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
22. Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11 malam).

Sumber : Bukit Aman PDRM

Wednesday, February 27, 2013

Tips Murah Rezeki

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam semua...

Hari ini Umi cuma nak kongsikan 15 tips murah rezeki daripada ustazah Siti Nor Bahyah. Semoga kita semua dapat mengamalkan dengan istiqamah...In Sha Allah selepas ini semua akan dapat rezeki yang melimpah ruah...Amin

terimakasih ustazah kerana sudi berkongsi tips

Tuesday, February 19, 2013

Gambaran Hari Kiamat

Bismillahhirrahmanirrahim...
ASSALAMUALAIKUM...Buat renungan kita semua

!!! Gambaran Hari Kiamat!!!




- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


SALAM UKHWAH FILLAH..Sebarkan Cinta Sebarkan Doa....


p/s: copy paste dari facebook

Sunday, February 10, 2013

Selamat Pagi Semua...

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam semua...



Aksi budak2 tidur di pagi hari...selalu orang kata kuak lentang tapi ini gaya bebas ni..
dah la berbaju sama gaya tidur pun sama...macam anak kembar gitu...

Tuesday, January 22, 2013

Shepherd Pie

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

Gambar Shepherd Pie ni dah lama, buat bulan November haritu...dah asyik tengok blogger dok tayang macam sedap jer kan...teringin nak try pulak, ingatkan susah sangat sekali bila dah buat rasa senang pulak...hehe, rasa pun sedap la menepati citarasa kami...resepi amik kat internet pastu ejas ikut kesesuaian bahan yg ada kat umah ler... menjadik la walaupun first time buat...lain kali boleh buat lagi Miqdad kata...


bakar dalam acuan muffin ajer...


tada...dah siap masak pun, bau wangi jer keluar oven...


yummy...jemputlah makan, memang sedap tau... :) 
tak sempat sejuk Miqdad dah makan hehe...

Thursday, January 10, 2013

Sebelum dan Selepas

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam semua...

Miqdad dan Mujahid sangat susah nak dipotong rambutnya...masuk keluar kedai 3-4 kali pun tak tentu berjaya potong rambut mereka lagi...fobia gamaknya bila tengok barber pegang gunting terus meraung...siap haribulan Mujahid boleh buat aksi bergolek berguling nak balik...Miqdad pulak pandai cakap nanti kita potong yer...berapa kali nanti tak tau lah, asal sampai kedai nantilah Umi nantilah Umi...lain kali kita potong yer...kiranya setahun sekali jer Umi mampu menahan kerenah mereka di kedai gunting rambut...lagi best Umi lah kena bermandikan rambut sekali pasal nak kena pegang/dukung hero2 ni...kalau dengan Abi jangan harap lah...Abi kata takpe lah biar ajer rambut panjang comel jugak...heheee

Tapi cuti sekolah baru2 ni Umi berjaya jugak bawak diaorang potong rambut kat kedai...dengan bantuan CikRa dan Memek...Nampak banyak betul beza bila budak2 dah berambut pendek ni kan...dulu lebih kepada comel sekarang kena jadi encem la pulak kan..hehe



Miqdad dan Mujahid berambut panjang muka comel ala2 budak pompuan lak kan...


bila dah berambut pendek bleh la memanjat macam hero skit..hihi


masa ni panjang betul rambut Miqdad dan Mujahid


gambar ni sehari selepas potong rambut...masa melawat atuk kat hospital


Mujahid buat muka comel dengan rambut gini macam nak gigit jer Umi tengok :)


masih buat muka geram nak gigit tapi rambut dah kontot 



masa ni Miqdad dah pandai malu bila orang tegur girl @boy, yerlah kan muka sebijik macam arwah kakaknya...lepas tu terus ajak Umi pi kedai potong rambut...



saya nak potong rambut macam abang katanya...terus tukar jadi muka abang kan... :))

Masa kat kedai tu macam2 la drama yang berlaku...Miqdad potong rambut sambil pejam mata, malu katanya bila suruh buka mata...dia nampak mukanya dalam cermin besar kedai tu terus tersipu2 pejam mata balik, takpelah nak janji kau nak potong rambut...Mujahid pulak puas la nak memujuknya kejap2 pusing kiri kanan atas bawah sampai last sekali pakcik barber tu kena stop kejap pasal takut terkena matanya..huisssshhh tak reti diam sungguh anak umi ni...tak sempat siap pun dia dah mengelupur nak turun tak mau potong dah, senget2 tak sempat nak trim rambut Mujahid hingga ke hari ni..hahahaha sian dia...

Tuesday, January 1, 2013

Kemas rumah, sapu sawang, mop lantai

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam semua...

Mood hari ni adalah rajin...ini kerana tuan rumah baru ada masa nak kemas rumah...banyak nak kena buat ni... sapu sawang mop lantai cuci tingkap bersih2...penat2,lama dah terbiar mcm rumah tinggal ...tu jer nak citer hari ni..till then hugs dari 2 hero Umi yang wangi2 baru lepas mandi...jumpa lagi...bye :)