Assalamualaikum dan salam semua...

Apa itu Bismillah 
5? 
1. Bismillahir Rahmanir 
Rahiim 
2. Bismillahish 
Shaafii 
3. Bismillahil 
Kaafii 
4. Bismillahil 
Mu’aafii 
5. Bismillahi
l ladzhi laa ya 
dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa 
huwas samii’un ‘alim 
Maksudnya: 
1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha 
Penyayang. 
2) Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan. 
3) Dengan nama Allah Yang Mencukupkan. 
4) Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang 
baik. 
5) Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan 
dengan namanya 
akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar 
lagi Maha 
Mengetahui. 
Antara fadhilat Bismillah 5 ialah:
 * Penawar bisa diri. 
* Penawar kepada penyakit bisa-bisa 
tulang. 
* Penawar bisa-bisa badan. 
* Penawar sakit perut. 
* Boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak 
diketahui puncanya. 
Cara Merawat: 
Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, 
kemudian bacalah 
Bismillah 5 ini sebanyak tujuh kali. Kemudian tiupkan di tempat 
yang sakit
itu. Selepas itu tiup pula ke atas air. Kalau anggota yang sakit itu 
tidak 
boleh disentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar disentuh, bolehlah
letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan i’tikad bahawa anggota 
tersebut 
adalah anggota yang sakit. Dengan izin Allah, mudah-mudahan 
sembuh penyakit yang 
dihidapi. Kita hanya mampu berdoa dan berikhtiar 
serta bertawakal, Allah jua 
Yang Maha Penyembuh.
*copy paste dari sini
 
 
1 comment:
Tq share info ni...bole jdikan panduan....
Post a Comment