Saturday, March 26, 2011

Cream of Mushroom Soup

Semalam umi masak Sup Cendawan Berkrim ikut resepi di sini. Sedap sangat tau ala2 kat pizza hut tu...miqdad makan sampai 2 mangkuk...Utk rujukan umi letak resepinya tapi c&p saje..malas nak taip pasal keyboard rosak.

sangat sedaplah  Sup Cendawan Berkrim ni....yummy2...umi cicah ngan roti jer

Bahan2 :

½ biji bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, dimayang
1 mangkuk cendawan butang putih, segar & bukan dalam tin!, dihiris -takde umi ganti cendawan tiram je
½ biji ubi kentang, didadu
½ sudu besar lada hitam, ditumbuk
4 cawan air rebusan ayam/sayuran atau 1 kiub stok ayam + 4 cawan air
1/3 cawan krim atau susu sejat
Daun parsley, dicincang halus - untuk hiasan.

Garam, secukup rasa

Cara2:

1.Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau, tapi jangan sampai garing!


2.Masukkan cendawan dan tutup periuk. Biarkan hingga naik aroma cendawan dan airnya mula keluar (lebih kurang 4-5 minit). Kacau sekali-sekala.


3.Tuang air rebusan ayam atau stok ayam ke dalam periuk dan masukkan ubi kentang. Biarkan hingga ubi kentang benar-benar empuk.


4.Bila semuanya sudah serasi, masukkan sup ke dalam pengisar. Kisar HANYA selama 2 saat dan berhenti; ini diulangi beberapa kali sehingga sup mulai nampak pekat tetapi isi cendawan tidak hancur.


5.Masukkan semula sup ke dalam periuk. Tuang krim atau susu sejat, lada hitam dan garam secukup rasa, dan biarkan mendidih seketika. Angkat dan hidangkan dengan hiasan daun parsley.


yang ni pula rebus spagheti pastu campur ngan sup bg miqdad mkn...
pun sedap jugak kalah beli punya tau...lepas ni tak payah beli instant punya dah

2 comments:

anis.farhana said...

ummi, bawang putih dimayang tu apa? tumbuk? ketuk? cincang? konpius pula..hehe

umimiqdad said...

hahaha..kelakar la anis ni...dimayang tu dihiris la..