Showing posts with label Wirdani. Show all posts
Showing posts with label Wirdani. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

Al-Fatihah...Genap 5 Tahun Pemergian Anak-anakku

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Al-Fatihah
19 Julai 2007 - 19 Julai 2012
Genap 5 tahun pemergian anak-anakku Nur El-Widad Ikrami dan Nur Wirdani Solehah...
Semoga kau berbahagia di sana wahai anak-anakku...
Sesungguhnya kami amat merinduimu sayang...
InsyaAllah kita akan bertemu kembali...

Tuesday, January 31, 2012

Januari Bulan Cinta

Kenapa agaknya tajuk kali ni "Januari Bulan Cinta?"
jiwang tak hingat kan...hihi ;)
ala sebabnya...ramai orang tersayang dalam keluarga Umi dilahirkan dalam bulan ini...
termasuklah 3 drpd  4 anak2 umi dilahirkan dalam bulan Januari...

Nur El Widad Ikrami
19/1/2004 - 19/7/2007

Nur Wirdani Solehah
24/1/2007 - 19/7/2007

Miqdam Mukhlisin
25/1/2010

****************************************************************
Ucapan Edisi Tertunda
****************************************************************
al-Fatihah dan Selamat Hari Lahir yang ke-5
khas buat arwah anak keduaku tersayang...
Nur Wirdani Solehah


Semoga kau bahagia disana anakku...love u muahhh..
Kasih Umi Abi tak pernah padam buatmu sayang...

****************************************************************

Selamat Hari Lahir yang ke-3
Miqdad Mukhlisin


ini lah buah hati pengarang jantung yang sangat cheeky
Umi Abi doakan Miqdad menjadi anak yang soleh, taat perintah Allah dan Rasul...
semoga berjaya dunia dan akhirat ye sayang...

********************************************************************

Selamat Hari Lahir kepada orang2 tersayang ini...

Cik N - 23/1/1980
Nenek - 20/1/1945
Maklong - 28/1/1959
Kak Anis - 30/1/1991

Dengan ucapan semoga bahagia di dunia akhirat...
doakan kita dapat bertemu di Syurga Firdaus nanti bersama-sama...InsyaAllah
Amin...

Tuesday, July 19, 2011

Genap 4 Tahun Puteri-puteriku Kembali Ke Sisi-Nya

Hari ni genap 4 tahun puteri-puteriku kembali ke sisi-Nya. Perasaan hari ni bercampur baur...entahlah tak tau nak tulis apa...Tarikh yang tak mungkin ku lupa selamanya 19 Julai 2007...Ya Allah Kau kuatkan kanlah iman kami untuk menghadapi perpisahan ini...

Widad dan Wirdani...Umi dan Abi rindu sangat-sangat.

Tuesday, March 1, 2011

Inilah wajah-wajah kesayanganku

 
Widad n Wirdani

Miqdad n Miqdam

Saturday, February 26, 2011

Bidadari Syurga

Inilah 2 orang puteri umi yang telah menjadi bidadari syurga. Mereka berdua dipinjamkan sekejap kepada umi. Tapi kini sudah pulang kepada Pemiliknya. Mereka sedang bermain2 dengan gembiranya di taman2 syurga dengan segala kebahagiaan dan keindahan yang abadi...Sayang dan rindu sangat pada puteri umi Widad dan Wirdani. Jaga diri sayang...

Nur El Widad Ikrami
19.01.2004  - 19.07.2007

Nur Wirdani Solehah
24.01.2007 - 19.07.2007

Friday, February 25, 2011

Rinduku Padamu Tak Pernah Padam

Entah kenapa mata umi tak boleh terpejam lena lagi sedangkan sudah lewat malam ni. tiba-tiba terasa sayu sangat di hati...teringat orang yang jauh dimata tapi sentiasa dekat di hati umi.

umi rindukan anak2 umi yang jauh di "sana"...apa khabarlah kakak widad dan kakak wirdani sekarang ye? tentu riang gembira di syurga bersama kawan2 bermain sepanjang masa...masih ingat lagikah pada umi, abi dan adik2 yg tak pernah bertemu di dunia ini. masih ada rasa rindu pada umi tak sayang?

umi dan abi rindu sangat2 tak terucap rasanya...

rindu pada senyumanmu
rindu pada pelukanmu
rindu pada keletah manjamu
rindu pada gelak tawamu
rindu pada suara merdumu
rindu pada tangisanmu

rindu nak gomol2
rindu nak peluk sepuasnya
rindu nak bersamamu semula
rindu nak seperti dulu2
rindu suatu masa yg lalu

Ya Allah kau temukanlah kami disyurgamu kelak...amin

Monday, July 19, 2010

Al-Fatihah Buat Arwah Anak-anakku

Hari ini genap 3 tahun pemergian Widad dan Wirdani ke hadrat Ilahi....Terasa sebak, sedih, pilu di dalam hati...namun begitu kami kena tabah menghadapinya...kerana itu yang terbaik telah dijanjikan oleh-Nya...Dalam kesedihan kami tetap bersyukur sangat-sangat kerana mereka pasti sedang menikmati keindahan syurga yang tiada tolok bandingnya...yang pasti kami hanya mampu mendoakan agar dapat ditemukan di sana kelak bersama-sama selamanya...Amin


Semoga berbahagialah Widad dan Wirdani di syurga Allah buat selamanya...Umi, Abi, Miqdad dan semua rindu sangattttttt...

Sunday, January 24, 2010

Yang Indah Itu Sekejap Cuma....Namun Kau Abadi DiHati...

Kau datang sekejap cuma
Bawa bersama sinar bahagia
Senyum tawamu pengubat rindu
Buat teman penghibur kalbu
Walau kini jasad terpisah
Rindu dan cinta takkan punah
Tetap mekar segenap jiwa
Bahagialah dikau di sana
 Abadi bersama Pencipta Yang Esa







Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke-3 anakku sayang Nur Wirdani Solehah
Walau kini kita tak bersama namun kenangan indah itu tetap abadi di hati Umi dan Abi
SAYANG WIRDANI SELAMANYA