Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam semua...
Umi dan Abi sekarang ni dalam dilema...tengah berkira-kira nak membina rumah impian la kononnya...tapi banyak benar masalah yang timbul...leceh jugak rupanya proses nak membuat rumah ni...patutlah ramai orang yang give up dan beli rumah siap ajer...takpela yang tu nanti kita cerita kemudian nanti...
Antara rumah setingkat dengan rumah dua tingkat yang mana lagi best? Ikutkan hati Umi minat sangat dengan rumah dua tingkat...nampak cantik dan lebih privacy kan...tapi bila bersembang dengan kawan-kawan dan arkitek dah mula berbelah bahagi pulak...arkitek cadangkan rumah setingkat ajer, katanya ramai orang bila masa dah tua nanti tak larat nak berulang alik naik turun tangga...masa muda ok la masih sihat tak sakit lutut lagi :) . Kawan-kawan ada macam-macam pendapat la pulak, ada suka setingkat ada dua tingkat...Hishhh pening nak buat pilihan yang nampak mudah jer ni kan...
2 bulan lepas ada la sembang-sembang dengan sorang arkitek ni..lepas tu dia tanya la minat design rumah macam mana? Tradisional, moden, english, country, bali, moden tropika....hahahhaa tak tau nak jawab apa...kampung betul Umi ni kan...yang Umi tau cantik dimata sahaja...dibaginya pinjam 2 buah buku design rumah untuk dipilih, belek-belek seminggu masih tak dapat kata putus lagi...payah betul macam ni :( Kalau citer pasal layout bilik dan ruang dalam rumah umi tau la macam mana...memang dah ada dalam kepala...tapi design luar tak tau ni yang agak susah jugak kan...tolonggggggg.
Belum lagi masuk bab ID (interior design) lagi la Umi pening...semua nampak macam cantik pulak...last-last satu pun belum confirm lagi...Apa taknya kos ciput nak macam-macam tamak haloba...huargggghhhhh tension. Akhirnya selepas 4 kali pertemuan dengan kawan suami sorang arkitek sorang lagi pelukis pelan, maka dapat la design yang diimpikan..hehe. Kalau ikutkan perjanjian semua proses daripada lukis pelan, kelulusan majlis hingga membina rumah mereka yang akan uruskan mengikut Konsep Reka dan Bina...Bayaran pulak termasuk dalam pinjaman yang akan dibuat kelak...jadi kami pun bersetuju la dengan syarat tak perlu menggunakan duit tunai walaupun sedikit mahal kosnya.
Namun ada perkara yang tak dijangka berlaku pulak...bila sudah settle pasal design rumah timbul masalah lain pulak...kos lukis pelan dan kelulusan majlis sahaja dicaj rm15K dan perlu dibayar tunai, nampak sangat kami macam tertipu dah kan...tapi kami tetap berpegang dengan perjanjian tersebut. Kalau bayar tunai tetapi lebih mahal daripada harga upah semasa tak best la kan...baik kami cari pelukis pelan lain dengan kos sekitar 3-5K sahaja. Lagi untung kan...akhirnya kami terpaksa membatalkan perjanjian tersebut. Sekarang tengah mencari pelukis pelan baru, tak payah la guna Konsep Reka dan Bina bayar tunai jerla...sedihnya :(
Abi pun pujuklah Umi dengan kata-kata InshaAllah akan dapat yang lebih baik, yakinlah dengan perancangan Allah. mood happy balik :)
No comments:
Post a Comment