Friday, March 26, 2010

Siapakah Kita???

Untuk renungan semua,
Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata
"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia

p/s: c/p dari email

Thursday, March 25, 2010

Lasagna Tuna dan Char Kuew Teow Untuk Abi Tersayang

Baru-baru ni Umi buatkan Lasagna Tuna dengan Char Kuew Teow khas untuk Birthday Abi  tersayang...Kata Abi dia tak mau special celebration macam biasa tiap-tiap tahun buat...jemu dah asyik kek kek kek...lagipun Abi pun pandai masak kek coklat sedap...Jadinye kita buat biasa-biasa jer lah...

Char Kuew Teow yang sedap sangat...hahaha...sendiri masak sendiri puji...tak percaya tanya Abi...sampai menjilat sudu garpu..lepas ni tak payah pi makan kat kedai lagi...sedap sangat kot sampai Abi suruh ulang masak 3 kali lagi seminggu lepas tu...hihihi

Lasagna adalah feberet Umi, Lamb Chop feberet Abi..tapi kali ni kita masak lasagna dulu yek..Inilah rupa lasagna yang baru siap masak...hot from the oven...tapi tak tau apasal la lasagna sheet tu berkerekot skit...yang penting sedap kan..kan..

Lazatnyer melimpah ruah dengan cheese yang meleleh-leleh...tu la pasal Umi suka makan panas-panas syok dapat makan cheese yg sticky tu bleh tarik-tarik skit ...;-) 

Laaa dah abis?? ni mesti sedap sangat kan Abi...miqdad pun makan sikit2 pasal dia tak pedas...Umi pula makan banyak-banyak kan...rasa macam tak cukup pula...nanti kita masak lagi lah ye...

p/s: Luv U Abi n Miqdad..mmuahhh

Wednesday, March 24, 2010

Fadhilat Membaca Yassin

BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud :
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu :
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada tiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Tuesday, March 23, 2010

12 BARISAN MANUSIA MENUJU KE AKHIRAT

12 BARISAN MANUSIA MENUJU KE AKHIRAT:-

Barisan pertama:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan dan berkaki.

Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt : "mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu
hidup mereka, mereka yg sombong dan tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat
kehinaan di dunia maupun di akhirat".

Firman Allah "aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku (yg menunjukkan kekuasaan ku), itulah balasan dan tempat kembali mereka adalah neraka"

Barisan ke-2:
Diiringi dari kubur dlm bentuk babi hutan.

Datang seruan Allah
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup, sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk".

Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat, maka diletakkan semua dosanya di atas kepala dan kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai dan perut penuh ular serta kala jengking.

"Mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. Inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka"

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut

"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta
amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal".

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai

Ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang
mahsyar "mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh
manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. Inilah balasannya dan tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6 :
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan

Mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah dan nanah dari mulut

Mereka-mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala ke bawah dan kaki ke atas

Mereka adalah orang yg melakukan zina. Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah
"tiada bersunyi2an antara seorang lelaki dan wanita, melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga
antara mereka"

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam dan bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh.

Mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak dan dipenuhi kusta

Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta, gigi panjang seperti tanduk lembu jantan bibir terjuih hingga ke dada dan lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.

Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama, mereka melalui titian siratulmustakim seperti kilat.

Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih dan melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu, dan meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.. Inilah balasan mereka dan tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan,kasih sayang dan keredhaan Allah swt."

Semoga kita semua mendapat manfaatnya...Amin

p/s: c/p dari email

Monday, March 22, 2010

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."



5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca.(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."




7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.



"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"


Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"



8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"


9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak.' "



10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."



11. Orang yang sedang menjenguk (ziarah) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."




Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah

 * Mohon ditegur atau dikomen oleh ustaz-ustaz atau yang arif sekiranya saya salah memberikan info
~ Ilmu hak bersama.. ~

p/s: info ini saya c/p dari forwarded email (TQ zaini)

Sunday, March 21, 2010

Trettt...trettt

Sekarang ni Miqdad dah makin banyak keletah...macam-macam dia nak ikut dan ajuk apa kita buat tau...jalan pun dah makin laju jer..gigi pulak baru 4 batang...nasib baik tumbuh lambat, dia kuat menggigit bila nenen..hehehe..Inilah antara keletah dia seharian la ni...

Pantang ada orang pegang penyapu dengan vakum...dia mesti nak sibuk sekali...konon2 tengah tolong sapu umah nenek la tu...kalau tengok orang menyapu boleh terleka dia tak sedar sekeliling tau...huishh

Bila masa dia belajar masuk duduk dalam laci "kerusi bas kakak"...tengok tu gembira sampai meleleh-leleh air liurnya...Umi tangkap masa dia tengah main dengan Abi...Runtuh la laci tu nak oiiiii...

Makan tidak tapi sibuk juga nak pilih menu apa nak order kat Pizza Hut...Umi satu Abi satu dia pun nak pegang satu...sabar jer la...kalau tak dibagi satu restoran boleh dengar suara dia menjerit...

Trett...trett...Lagi satu favourite dia...main dengan vakum...konon2 tengah dok vakum laci Umi berabuk tu....mulut siap buat bunyi trett...trettt...kelakar la anak Umi ni... ;-)

Ni pula "anak ayah" sama jer dengan Abi nya...tengok bola terus diam..asalnya tengah nangis tadi,pastu Abi layan tengok bola dia pun tumpang join sekali...kusyuk anak beranak ni...

Grill pantang dibuka mesti dia nak keluar rumah...gate pun sama...lepa sikit dia keluar sampai jalan...kena tutup sentiasa jawabnya...ni dok berkemas kerusi pula...ala rajin nyer lah..

Umi suruh posing smile...dia ala-ala malu gitu...ni tengah angin baik...kalau tidak mau dijeritnya nak camera Umi pula...tidak pun gambar asyik blur jer pasal dia tak reti nak duduk diam...bergerak3

Walaupun penat melayan keletah Miqdad tapi Umi dan Abi gembira sangat tau...ni lah buah hati penghibur duka Umi...Semoga menjadi anak yang soleh...Amin

Sunday, March 14, 2010

Result SPM Meningkat! Syukur Alhamdulillah

Result SPM dah keluar pagi Khamis baru ni...Syukur Alhamdulillah keputusan SPM sekolah Umi meningkat lagi...Lega sangat-sangat...terasa penat lelah berbaloi bila dapat tahu keputusan anak-anak didik membanggakan...Tapi sedih tetap ada bila ada seorang dua dapat result yang cukup makan atau gagal terus...huhuhu..kena perbaiki diri lagi nampaknya...Berita gembiranya subjek ICT meningkat kepada lulus 100% tahun ni... :) Alhamdulillah hepi sangat Umi,senyum sampai ke telinga ni ha...hihihi.

Keseluruhan sekolah Umi tempat kelima di daerah Kubang Pasu tahun ni...Membanggakan bagi sebuah sekolah harian biasa...tapi tak bolehlah nak dibandingkan dengan sekolah berasrama penuh atau sekolah terpilih...memang kalah wehhhh...Tapi Umi tetap bangga tau...Pelajar  terbaik sekolah skor 12A tau..hihihi...BANGGA LAGI NI...Lepas ni kena kerja keras lagi untuk mencapai target cemerlang SPM 2010 pula...Terima kasih untuk kita semua..(guru-guru dan para pelajar)

Thursday, March 11, 2010

Anak Manja Abi!

Sekarang ni saya dah pandai cakap sikit2 tau...perkataan yang saya suka sebut ialah BABAH!BABAH! Sepanjang masa asyik sebut BABAH!BABAH! Nak tidur sebut BABAH! Bangun tidur pun panggil BABAH!BABAH! Sampai mimpi pun panggil BABAH! (ni Umi yg bagitau). Akhirnya Umi kata saya Anak manja Abi...Kesian Umi pasal saya tak mau sebut UMI..Kalau emergency atau tetiba saya sedar Umi kat bilik air, barulah saya panggil "MAMA!MAMA!"...Bila Umi pergi kerja pulak, saya nak nenen baru saya akan cari "MAMA!MAMA! nak nenen" (rahsia ni Abi yg bagitau kat Umi..hihi)...ohhhh camtu yer...

Lagi satu saya suka sebut lizard...sikit2 "BAB LIZARD"...konon2 nya pukul cicak ler tu...Bila malam pula saya "BAB!BAB" keliling tilam...saya tengah halau nyamuk lah.. :)  Saya dah pandai sebut nenek tau...nampak hphone jer mesti saya cakap "NENEK"...lepas tu Umi pun view gambar nenek tengah riba saya...manja ler konon2 tu..

Saya pandai juga buat bunyi "TRETT!TRETT!" ala-ala bunyi vakum dengan blender...favourite saya tu main dengan vakum...tak payah main dengan mainan yang berbakul2 tu...dapat vakum saya sangat gembira tau..hehehhe...penyapu pun saya layan juga...tengok orang menyapu pun saya suke sangat...kalau dapat pegang penyapu lagi best la...habis keliling rumah saya sapu tau...rajin jugak saya ni tau...

Kalau jumpa cat saya suka nak main tarik-tarik ekor dia...pastu saya ajuk bunyi cat tu "NYIAUUUU!NYIAUUU! Kelam kabut cat tu lari...Umi cakap jangan buat macam tu nanti cat gigit...saya cucuk-cucuk tengkuk cat...nasib baik cat tu tak cakar saya tau... :)  Birds pun best jugak tau...kat depan rumah saya selalu ada birds...birds suka berehat atas pokok jambu depan rumah...saya suka tengok sambil panggil-panggil birds tu...

Saya suka tengok Umi Abi makan...pastu saya sibuk jer cakap "NYUM!NYUM!"...tapi bila saya rasa makanan tu tak sedap sangat pun..saya pun buat muka pelik...lepas tu saya luahkan balik...ueeekkkk...tak sedap ler...nenen lagi sedap...Umi dah risau pasal saya tak mau makan lagi...asyik nenen jer....nasib baik berat saya meningkat...perkembangan saya pun ok jer walaupun nenen aje...Alhamdulillah Allah bagi rezeki nenen kat saya banyak tau...kadang2 sampai terkeluar balik bila saya pulun minum banyak sangat...Doktor pun cakap baby ok takde masalah...sihat...ni mesti stok nenen saya banyak Allah bagi kat Umi...bestnya boleh lah saya nenen lama-lama kan....

Ok lah saya dah penat bercerita banyak sangat hari ni...nanti sambung lagi ye...Bye

Luv,
Miqdad

p/s: gambar nanti Umi tolong upload...

Friday, March 5, 2010

Cik Ra...part1

Ini sebenarnya entry tertunda sepanjang "ketiadaan" internet kat umah...hihihi...cerita dah basi sikit lah yer...Sori Cik Ra...Umi saya lambat update tau..Lambat asalkan selamat...boleh???
  
cedapppp nyer ais krim ni kan Cik Ra...nyum nyum

Baru-baru ni, Cik Ra datang melepak kat rumah Miqdad lama tau...dekat 2 minggu...seronoknya saya dapat main-main dengan Cik Ra....Bestlah ada orang layan macam-macam saya bleh buat waktu ni...2 3 minggu lepas saya tengah praktis berjalan...jadi Cik Ra la dok layan saya tawaf keliling rumah...Lepas tu petang2 ajak Cik Ra dengan Umi pi pasar malam kat depan rumah...best sangat tau...

Umi pulak buat "Pesta Masakan" sempena kedatangan Cik Ra kat rumah...Maklumlah selalu dok berdua dengan Abi tak berapa syok nak masak macam-macam....takde orang nak layan Umi makan sampai licin... :)

Inilah resepi pertama yang Cik Ra "mengidam" suruh Umi masak...Lasagna tak berapa tersusun cantik...bila potong habis meleleh cheese dan segala macam bahan-bahannya...tapi rasanya fuhhh...tetap lazat memukau...Umi dengan Cik Ra jer menghabiskannye tau...Abi tak berapa berkenan...

Lepas tu esoknya kitaorang bertungus lumus memasak laksa pula....dah licin baru ingat nak posing...tak cun dah ler pasal hiasan sayur mayur dah habis...siang malam kami makan laksa tau...heaven...ehhhh sejak bila pula Umi "gila" laksa ni???

Masakan kegemaran ramai...Kalau berdua dengan Abi pun bleh buat soto...ada tukang perabis....heheh...dengan Cik Ra lagi lah kami pulun....sampai merah2 muka terlebih buh cili kicap...(sori, gambar ulang tayang pasal lupa nak snap asyik menjamu selera...)

Sup pedas ni pun kegemaran ramai...nenek ngan bucu pun suka...Umi,Cik Ra dan Abi toksah citer lah...memang peminat fanatik...tapi ni resepi kedai tomyam...beli jer..kalau Umi masak tetap lah tak serupa rasanya macamni tau...apakah rahsia mereka????

Last but not least, jeng jeng jeng....nasi beriani tapi partner ngan ayam masak merah...request dari Cik Ra juga ni...Cik Ra ni peminat ayam...segala masakan ayam dia suka...tambah2 ayam sambal atau masak merah...feberet nih...Umi dengan Abi takpe...semua layan jer..

to be continue...

p/s: dah penat menaip, nanti sambung lagi ok? 

Wednesday, March 3, 2010

Abi saya jadi chef

Abi saya suka tolong Umi memasak...Kadang-kadang lagi terer masak daripada Umi tau...Bila saya sibuk nenen dengan Umi, Abi akan masak la untuk kitaorang...Baru-baru ni Abi teringin nak makan nasi beriani...Jadi Abi kat dapur bersilat sorang2 kelentung kelentang bunyinye...Pastu jap2 panggil Umi tanya itu ini...ala first time nak buat beriani kan...layan lah gambar ni yer..

nasi beriani, daging masak merah ros, acar dan papadom
(Abi kata tukar selera asyik daging beriani jer kan)

Umi kata fuyyyohhhh...sedaplah beriani daging Abi ni...kalah Umi kalau selalu masak macam ni tau...TQ Abi...macam chef pulak Abi saya kan... :)

Tuesday, March 2, 2010

Yeyyyyyy.....Akhirnya dapat berblogging semula...

Alhamdulillah....gumbiranye Umi dan Abi hari ni...penantian yang begitu lama sudah tamat hari ini...hihihi...hari ni streamix dah aktif...boleh lah Umi dan Abi berinternet semula....Umi tersengih2 dapat sambung berblogging..entry mlm ni pendek jer lah...just nak cari mood dulu...Cik Anne nantikan lah video dan citer2 terbaru dari Miqdad yer...muaahhhh