Assalamualaikum...salam semua
Hari ni saya takde cerita menarik untuk dicoretkan...sekadar berkongsi kesedihan keluarga kami yang ditimpa musibah...Dugaan dari Allah terhadap bapa mertua saya...Buat masa ini beliau berada di hospital kerana mengidap kanser hati tahap kritikal (stage 4 kata doktor). Saya, suami dan anak-anak berada di kampung kerana menziarahi beliau yang terlantar sakit di hospital. Selain itu buah pinggangnya juga turut mengalami masalah berikutan dengan merebaknya sel2 kanser ke serata organnya...Sebelum ini pundi hempedu abah telah dibuang melalui satu pembedahan di Hospital Kempas. Setelah pembedahan itu barulah doktor mensyaki adanya kerosakan pada hati beliau. Kemudian beberapa siri keluar masuk wad pun bermula diikuti dengan pembedahan yang dijalankan di Hospital Selayang pula.
Buat masa ini abah telah dipindahkan semula ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk rawatan selanjutnya...Sedih sangat bila melihat keadaan abah yang terpaksa bertarung dengan kesakitan yang tidak menunjukkan tanda2 berkurangan...Oleh kerana terlalu sakit abah telah diberi suntikan morfin setiap 4 jam untuk membantu meredakan kesakitan tersebut...Adakalanya abah seperti berada dalam dunianya yang tersendiri kerana tidak alert lagi dengan suasana sekelilingnya...Kadang2 mengomel seorang diri dan merintih kesakitan...Aduh hancur luluh hati kami bila melihat keadaan tersebut...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya...Doa kami agar abah tetap tabah dan sabar berjuang melawan segala kesakitan tersebut...Adakah ini kerana kesan daripada morfin yang diberi atau abah terlalu tertekan terhadap musibah yang menimpanya...entahlah
Emak pula sudah kering air mata melihat penderitaan abah yang tidak ada tanda berkurangan itu...makin hari makin kusut fikirannya...tambahan pula badannya yang penat kerana emak tetap setia menjaga abah di hospital walau sudah hampir 3 minggu lamanya...tak tertanggung rasanya melihat orang tersayang diuji Allah sebegitu rupa ...wahai emak, suamiku, ipar duaiku semua Along,Uda, Ateh dan Papin serta birasku Abg Long dan Ilmi tak lupa juga cucu2 abah marilah kita sama2 bermohon kepada Allah Yang Maha Esa lagi Maha Menyembuhkan agar menyembuhkan segala kesakitan abah kami yang tersayang...Kau Permudahkan segalanya untuk kami Ya Allah...Kau Kuatkanlah kami untuk menanggung segalanya...kami redha Ya Allah...