Thursday, July 26, 2012

Kebaikan Susu Ibu

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semua...


Hari ni saja jer nak sembang pasal pengalaman breast feeding anak2 Umi...semua pun dah maklum susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak kita kan...selain mengandungi semua zat yang diperlukan oleh bayi ia juga dapat mengeratkan hubungan di antara ibu dan anak tersebut...apa taknya nak menyusu kena peluk jer kan mesti lah anak tu suka dan manja dengan kita kan...

Saat penyusuan akan menjadi saat indah antara anda berdua...bagi Umi bertiga la...sebab buat "tandem nursing" si abang masih tak mau bercerai susu walaupun dah ada adik...makanya berkongsilah anak2 Umi bila time menyusu...kadang2 penat jugak, tambah2 di bulan puasa ni...habis kering tekak dan haus giler...tambah pulak kalau hari cuti hujung minggu...jenuh la menahan dahaga yang teramat...tapi sayangkan anak2 punya pasal Umi sanggup jer...tapi ada jugak la termarahkan Miqdad bila dia tak mau makan asyik nak nenen ajer...berbeza dengan adiknya Mujahid yang nak makan segalanya tak bergantung kepada susu semata2...



Miqdad cepat posing2...ni lah anak manja Umi tu...


Mujahid kenapa masam ni? senyum la sikit...ni pulak anak manja Abi...

Tak dapat la nak bayangkan bila nak berentikan Miqdad menyusu nanti macam mana la yer...antara semua anak Umi, Miqdad lah yang paling lama menyusu...daripada lahir hingga sekarang dah 3 tahun 6 bulan, Mujahid pulak baru 1 tahun 7 bulan...cadangnya Mujahid 2 tahun nanti Umi nak "weaning off" dua2 orang sekali...doakanlah semoga berjaya yer...

Alhamdulillah...susu Umi masih banyak untuk diaorang berdua...kekadang orang lain yang pelik pulak dan siap tanya cukup ker susu? maklumlah menyusu dua orang sekaligus kan...tapi setakat ni rezeki yang Allah bagi memang la cukup...bersyukur sangat2 sebab Allah mudahkan Umi dan anak2...proses penyusuan ikut konsep banyak permintaan banyak lah pengeluarannya kan...tak payah risau InsyaAllah cukup...cuma banyakkan minum air kosong dan makan makanan seimbang barulah hasilnya memuaskan...

Anak2 yang menyusu susu ibu InsyaAllah sentiasa sihat dan jarang la dijangkiti penyakit...kalau ikut pengalaman Umi semua anak2 Umi jarang la kena selsema, batuk2 hidung berhingus atau masalah lain...cuma demam sikit bila nak tumbuh gigi dan bila kena suntikan imunisasi...jadi susukan anak-anak kita dengan susu ibu sehingga 2 tahun yer...baru lengkap penyusuan tersebut...

Artikel di bawah ni Umi google kat internet ajer yer...kalau rajin sila la baca yer kawan2


Kebaikan Susu Ibu

Para ibu digalakkan menyusui anak dengan susunya sendiri dari lahir hinggalah berumur enam bulan dan meneruskan usaha murni sehinggan umur anak mencapai dua tahun.Para ibu boleh memberi makanan pelengkap mulai umur anak 6 bulan keatas.


Faedah untuk Bayi
1) Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
- ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi.
- mudah dihadam
- sentisa sedia pada suhu yang tetap
- bayi yang menyussu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang pertama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat

2) Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
- kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehinggan hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi dari jangkitan kuman dan alahan.
- mengurangkan risiko percemaran dibandingkan dengan penyusuan cara lain.

Faedah untuk Ibu
- mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
- membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpah darah
- mengurangkan risiko untuk kanser payudara dan ovari
- mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
- penyusuan susu ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan (perancangan keluarga) 



image

Wednesday, July 25, 2012

Akademi Ramadhan

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semua...

Thursday, July 19, 2012

Al-Fatihah...Genap 5 Tahun Pemergian Anak-anakku

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Al-Fatihah
19 Julai 2007 - 19 Julai 2012
Genap 5 tahun pemergian anak-anakku Nur El-Widad Ikrami dan Nur Wirdani Solehah...
Semoga kau berbahagia di sana wahai anak-anakku...
Sesungguhnya kami amat merinduimu sayang...
InsyaAllah kita akan bertemu kembali...

Wednesday, July 18, 2012

Mengikut Jer Apa Abang Buat

Bismilllahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Anak2 suka meniru apa sahaja perbuatan yang dilihatnya...Macam biasa la kalau abang buat perangai apa2 adik mesti nak buat punya la...Dulu abang suka menyorok dalam almari, sekarang adik pulak buat macam tu...habis baju dalam almari kena punggah keluar, kalau tidak nanti sakit hati dan mata Umi memandang berselerak...dalam almari tu biar kosong jer..lepas tu haaaa main la puas-puas anak ooiiiii...





p/s: I Luv U

Sunday, July 15, 2012

Musim Buah...Balik Kampung Lagi...Berkelah Atas Pangkin

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Sekarang ni musim buah di kampung...jadi macam biasa kena la balik kampung nak makan buah puas-puas kan...macam2 buah ada tapi sayang lupa nak snap gambar banyak2 pulak...yer lah kan makan sampai tak ingat apa dah..hahahhaa


Miqdad tersengih gembira sangat bila sebut nak balik kampung nenek...


Mujahid pulak senyum tersipu2 ala malu-malu anak umi ni...


tengah menunggu sementara abi singgah isi petrol kejap...


sedap isi lemak manis, warna pun kuning menarik sungguh sampai lupa nak berposing bagai la...ni la buah yang umi dan abi suka sangat makan tu...durian raja segala buah tau...tapi miqdad dan mujahid tak makan pun...bau pun diaorang tak suka..siap cakap " bau apa ni busuknya umi" sampai hati kau anak bertuah...takpe2


yang jenis ni warna tak menarik sangat tapi rasa tetap best terangkat...lepas makan jenuh berkipas panasssss... ;))


gambar2 ni tak berapa cun sangat pasal buah ni dah "penat" travel dalam kereta nak balik rumah kami kan...kat kampung sibuk makan sampai lupa ambik gambar...


ni pulak rambutan gading atuk yang tanam tau...sedap, isi tebal dan manis sangat sampai melekit kat tangan...miqdad dan mujahid suka la makan buah rambutan...buah lain diaorang tak mau cuit pun..manggis ni cikwi yang panjat tau..kalau jolok nanti buah dia jadi keras tak cantik nak makan nanti...


dokong ngan langsat pun ada jugak...yang ni dah siap masuk plastik nak bawak balik umah umi la kan...pastu baru teringat nak posing pulak...hehehe


kat kampung nenek ajak berkelah makan tengah hari atas pangkin kat luar...sejuk jer bawah pokok rambutan atuk...Miqdad yang tak mau makan pun makan tak berenti...lauk menu kampung jer la...tu yang best sampai bertambah2 la makannya...antaranya lemak cili api pucuk ubi, ikan kembung dan keli goreng, ikan masin goreng, rebung gulai, sambal tempoyak dan ulam feberet petai jeruk...wuhuuuu makan tak ingat dunia


ni la lemak cili api pucuk ubi yang bestttt sangat...


lagi best ada sambal tempoyak ni...huhu hilang segala diet yer...


paling best sudah tentu ulam petai...tak kira la petai mentah ke jeruk ke sambal ke asalkan petai...umi akan makan sampai buncit hehehehe... ;) petai jeruk ni nenek yang buat sendiri tau...


gulai rebung madu semalam punya panaskan balik jer...ni pun best sebab kuahnya dah jadi pekat2 sikit...gaul dengan nasi dan ikan masin fuhhh sedapnya...


waktu orang lain sibuk makan budak kecik ni sibuk dok kejar kucing...Mujahid umi dah suap dia makan awal sebelum kitaorang "berkelah" beramai-ramai... 

Semenjak musim buah ni dah 2 kali umi balik kampung, best woooo rasa nak balik tetiap minggu jer...tapi masa agak terbatas, nak wat camner kan...puasa nanti balik lagi kot...InsyaAllah... tapi dah tak best la nak makan2 buah waktu malam2, yerla kan siang nyer puasa...terliur jer la tengok buah rambutan yang ranum dengan durian dok memanggil2 tu kan...tu yang kena makan puas2 ni (balik kerja karang makan lagi buah2 yang ada tu)heheheh...Alhamdulillah

Tuesday, July 10, 2012

Relationships

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...


Wednesday, July 4, 2012

Happy Birthday To You!

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

Umi, Abi, Miqdad dan Mujahid nak ucapkan Happy Birthday pada Cik Yong dan Ibu...belated birthday sebenarnya...sorry lambat sikit update kat blog.. ;)) 

bday birthday cake candles balloons balloon

dengan ucapan semoga semua impian dan doa tercapai

       
p/s: bila nak belanja kitaorang makan2 ni..