Thursday, July 26, 2012

Kebaikan Susu Ibu

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semua...


Hari ni saja jer nak sembang pasal pengalaman breast feeding anak2 Umi...semua pun dah maklum susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak kita kan...selain mengandungi semua zat yang diperlukan oleh bayi ia juga dapat mengeratkan hubungan di antara ibu dan anak tersebut...apa taknya nak menyusu kena peluk jer kan mesti lah anak tu suka dan manja dengan kita kan...

Saat penyusuan akan menjadi saat indah antara anda berdua...bagi Umi bertiga la...sebab buat "tandem nursing" si abang masih tak mau bercerai susu walaupun dah ada adik...makanya berkongsilah anak2 Umi bila time menyusu...kadang2 penat jugak, tambah2 di bulan puasa ni...habis kering tekak dan haus giler...tambah pulak kalau hari cuti hujung minggu...jenuh la menahan dahaga yang teramat...tapi sayangkan anak2 punya pasal Umi sanggup jer...tapi ada jugak la termarahkan Miqdad bila dia tak mau makan asyik nak nenen ajer...berbeza dengan adiknya Mujahid yang nak makan segalanya tak bergantung kepada susu semata2...



Miqdad cepat posing2...ni lah anak manja Umi tu...


Mujahid kenapa masam ni? senyum la sikit...ni pulak anak manja Abi...

Tak dapat la nak bayangkan bila nak berentikan Miqdad menyusu nanti macam mana la yer...antara semua anak Umi, Miqdad lah yang paling lama menyusu...daripada lahir hingga sekarang dah 3 tahun 6 bulan, Mujahid pulak baru 1 tahun 7 bulan...cadangnya Mujahid 2 tahun nanti Umi nak "weaning off" dua2 orang sekali...doakanlah semoga berjaya yer...

Alhamdulillah...susu Umi masih banyak untuk diaorang berdua...kekadang orang lain yang pelik pulak dan siap tanya cukup ker susu? maklumlah menyusu dua orang sekaligus kan...tapi setakat ni rezeki yang Allah bagi memang la cukup...bersyukur sangat2 sebab Allah mudahkan Umi dan anak2...proses penyusuan ikut konsep banyak permintaan banyak lah pengeluarannya kan...tak payah risau InsyaAllah cukup...cuma banyakkan minum air kosong dan makan makanan seimbang barulah hasilnya memuaskan...

Anak2 yang menyusu susu ibu InsyaAllah sentiasa sihat dan jarang la dijangkiti penyakit...kalau ikut pengalaman Umi semua anak2 Umi jarang la kena selsema, batuk2 hidung berhingus atau masalah lain...cuma demam sikit bila nak tumbuh gigi dan bila kena suntikan imunisasi...jadi susukan anak-anak kita dengan susu ibu sehingga 2 tahun yer...baru lengkap penyusuan tersebut...

Artikel di bawah ni Umi google kat internet ajer yer...kalau rajin sila la baca yer kawan2


Kebaikan Susu Ibu

Para ibu digalakkan menyusui anak dengan susunya sendiri dari lahir hinggalah berumur enam bulan dan meneruskan usaha murni sehinggan umur anak mencapai dua tahun.Para ibu boleh memberi makanan pelengkap mulai umur anak 6 bulan keatas.


Faedah untuk Bayi
1) Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
- ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi.
- mudah dihadam
- sentisa sedia pada suhu yang tetap
- bayi yang menyussu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang pertama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat

2) Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
- kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehinggan hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi dari jangkitan kuman dan alahan.
- mengurangkan risiko percemaran dibandingkan dengan penyusuan cara lain.

Faedah untuk Ibu
- mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
- membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpah darah
- mengurangkan risiko untuk kanser payudara dan ovari
- mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
- penyusuan susu ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan (perancangan keluarga) 



image

6 comments:

mummycda said...

Insyaallah mudahan utk anak seterusnya..hihi.dapar eratkan hubungan anak dan ibukan.....hhhmm si aira bf setakat beberapa bulan jer....:(

umimiqdad said...

mummycda
takpe jangan sedih2 Allah kata setakat tu saja rezeki aira kan...
adik dia nanti maybe bleh lama kot hihi ;)

lyza said...

salam perkenalan..
Anak2 umi muka cam umi dia la..:)

singgah n follow ;)

ummu ahmad said...

sy pun menyusu badan tapi sampai anak 2 thn je... bila dah smpai 3+ ni mcm lain je... kena search jgk kenapa dlm alQuran sebut tempoh menyusu 'amain' (2 thn) ... pasti ada hikmahnya.. sekadar berkongsi...

Ann Ishak said...

kalau ada rezeki nanti, saya nak sangat menyusukan anak sendiri sama macam umi sampai 2 tahun

author faethal said...

Salam Puan,
Entah mengapa hati ini digerakkan oleh Allah SWT untuk menjenguk ke blog puan, rupa-rupanya ada sesuatu di sini untuk peringatan kepada saya.

Sebaik sahaja melihat wajah dua bidadari puan yang sedang bermain2 di Syurga sana, terus saya teringatkan anak saya.

Ya, usia anak2 puan itu ketika kembali kepada Sang Pencipta seusia benar dengan anak saya pada hari ini. Dan wajah mereka..ahh..seakan2 mirip di mata saya.

Walaupun sebak dan bergenang air mata, namun saya sedikit cemburu kerana Puan dan suami sudah ada yang menanti-nanti di sana.

Semoga Puan sekeluarga sentiasa di dalam rahmatNya.

AMIN.