Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

Kebaikan Susu Ibu

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semua...


Hari ni saja jer nak sembang pasal pengalaman breast feeding anak2 Umi...semua pun dah maklum susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak kita kan...selain mengandungi semua zat yang diperlukan oleh bayi ia juga dapat mengeratkan hubungan di antara ibu dan anak tersebut...apa taknya nak menyusu kena peluk jer kan mesti lah anak tu suka dan manja dengan kita kan...

Saat penyusuan akan menjadi saat indah antara anda berdua...bagi Umi bertiga la...sebab buat "tandem nursing" si abang masih tak mau bercerai susu walaupun dah ada adik...makanya berkongsilah anak2 Umi bila time menyusu...kadang2 penat jugak, tambah2 di bulan puasa ni...habis kering tekak dan haus giler...tambah pulak kalau hari cuti hujung minggu...jenuh la menahan dahaga yang teramat...tapi sayangkan anak2 punya pasal Umi sanggup jer...tapi ada jugak la termarahkan Miqdad bila dia tak mau makan asyik nak nenen ajer...berbeza dengan adiknya Mujahid yang nak makan segalanya tak bergantung kepada susu semata2...



Miqdad cepat posing2...ni lah anak manja Umi tu...


Mujahid kenapa masam ni? senyum la sikit...ni pulak anak manja Abi...

Tak dapat la nak bayangkan bila nak berentikan Miqdad menyusu nanti macam mana la yer...antara semua anak Umi, Miqdad lah yang paling lama menyusu...daripada lahir hingga sekarang dah 3 tahun 6 bulan, Mujahid pulak baru 1 tahun 7 bulan...cadangnya Mujahid 2 tahun nanti Umi nak "weaning off" dua2 orang sekali...doakanlah semoga berjaya yer...

Alhamdulillah...susu Umi masih banyak untuk diaorang berdua...kekadang orang lain yang pelik pulak dan siap tanya cukup ker susu? maklumlah menyusu dua orang sekaligus kan...tapi setakat ni rezeki yang Allah bagi memang la cukup...bersyukur sangat2 sebab Allah mudahkan Umi dan anak2...proses penyusuan ikut konsep banyak permintaan banyak lah pengeluarannya kan...tak payah risau InsyaAllah cukup...cuma banyakkan minum air kosong dan makan makanan seimbang barulah hasilnya memuaskan...

Anak2 yang menyusu susu ibu InsyaAllah sentiasa sihat dan jarang la dijangkiti penyakit...kalau ikut pengalaman Umi semua anak2 Umi jarang la kena selsema, batuk2 hidung berhingus atau masalah lain...cuma demam sikit bila nak tumbuh gigi dan bila kena suntikan imunisasi...jadi susukan anak-anak kita dengan susu ibu sehingga 2 tahun yer...baru lengkap penyusuan tersebut...

Artikel di bawah ni Umi google kat internet ajer yer...kalau rajin sila la baca yer kawan2


Kebaikan Susu Ibu

Para ibu digalakkan menyusui anak dengan susunya sendiri dari lahir hinggalah berumur enam bulan dan meneruskan usaha murni sehinggan umur anak mencapai dua tahun.Para ibu boleh memberi makanan pelengkap mulai umur anak 6 bulan keatas.


Faedah untuk Bayi
1) Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
- ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi.
- mudah dihadam
- sentisa sedia pada suhu yang tetap
- bayi yang menyussu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang pertama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat

2) Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
- kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehinggan hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi dari jangkitan kuman dan alahan.
- mengurangkan risiko percemaran dibandingkan dengan penyusuan cara lain.

Faedah untuk Ibu
- mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
- membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpah darah
- mengurangkan risiko untuk kanser payudara dan ovari
- mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
- penyusuan susu ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan (perancangan keluarga) 



image

Saturday, February 26, 2011

Pengalaman Tandem Nursing

Semenjak dapat baby baru ni umi rasa makin penat pulak.bukan nak merungut cuma luahan hati ajer.apa taknya abang miqdad pun kecik lagi.nak manja2 lagi kan. pastu kena layan adik mujahid yg masih baby tu.diorang ni macam kembar pulak tau...semua benda buat serentak...lapar serentak, mandi serentak, berak kencing serentak, nak tidur pun sama jugak.kadang2 angin jer umi bila dua2 nangis serentak...huhuhu...tolongggg

perkara yang umi paling tak tahan bila diorang nak nenen serentak...hihi, terasa macam lembu susu pulak dua2 bergayut.lenguh,sakit belakang,sakit nenen,tekak kering mcm2 lg lah...tu semua toksah cerita la,kena alami sendiri baru tau mcm mana rasanya. abi kata wean off ajer lah abg miqdad,tp umi kesian pulak kat dia pasal br umur 2 thn 1bln.kita tunggu besar sikitlah kan abang...

nasib baik baby mujahid kecik lagi tak pandai berebut...kalau tak jenuh nak bayang mcm mana kan..alhamdulillah abg miqdad pun boleh bertolak ansur dan mula faham.miqdad kalau umi ckp bg nenen kat mujahid jap,pastu dia lepas dan bila baby mujahid dah start nenen,abg akan nenen yg sebelah lagi.kena buat camtu pasal baby tak reti masukkan dlm mulut sendiri.tapi kadang2 dia buat perangai skit takmo kongsi dengan baby.ala sekali sekala jek..masih terkawal hehehe.

selain tu cuma umi lah yg kena pastikan cukup makan makanan berkhasiat dan minum air byk2.umi juga minum susu dan ambil supplement pil kalsium supaya cukup keperluan kalsium...tak cukup nanti cepat pulak umi kena osteoporosis hehehe...umi kuat makan la skang kalau tak mkn rasa lapar mcm org berpuasa lak...bleh pengsan *toing

doa moga allah bg mudah lah proses tandem nursing ni.berapa lama allah jer yg tahu

Wednesday, February 23, 2011

Bengkak Susu

Petang tadi umi pegi klinik...dah kata demam mestilah pi klinik kan. pas dah check sume2 dpt mc 2 hari.rupanya demam pasal bengkak susu,patutlah rasa sakit semacam...siap ada ketul2 kat dlm pastu merah kat luarnya.doktor kata nasib baik cepat datang takut jd bernanah je kat tpt tuttt.silap2 kena operate buang susu yg tersumbat tu tau.minta dijauhkan lah ya allah. dah settle suma dpt la antibiotik, ubat tahan sakit dan ubat kurang bengkak. hari ni melayang rm20...takpelah janji sihat kan.

p/s: thanks to madam sooyaree untuk info yg sgt ditunggu2 iaitu berblog guna hphone...hehe demam2 pun bleh buat entry kan

Sunday, October 3, 2010

Syukur Ya Allah!

Alhamdulillah kerana Allah masih memberi peluang Umi meneruskan kehidupan ini bersama orang2 tersayang...semalam 1.10.2010 birthday Umi yang ke 34 tahun...Takde celebrate special apa2 pun...just keluar makan ngan Abi dan Miqdad...Terasa dah tua Umi ni...Tapi banyak sangat lagi harapan dan impian yang belum terlaksana...Doa-doa lepas ni akan dimakbulkan Allah segalanya.

Walau macam manapun Umi sangat2 bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi pada Umi selama ini..memang banyak suka duka pahit manis dalam hidup kita...tapi semua itu hanyalah dugaan Allah untuk kita hadapi dalam kehidupan ini...kalau kita anggap mudah maka mudahlah jadinya....kalau semua anggap susah jadilah susah hidup ini...mana ada hidup yang bahagia gembira sahaja sepanjang masa...kat dalam syurga je boleh dapat kebahagiaan abadi...InsyaAllah...

Harapan Umi semoga Allah mengurniakan keberkatan dalam segala apa yang dilakukan...doa agar panjang umur, murah rezeki, keluarga bahagia selamanya, kesihatan yang baik, dan yang penting bertambah amalan buat bekalan akhirat yang abadi...yang pahit, kelat dan masam minta dijauhkan Allah...Jika ada (mesti akan ada...betul tak) kuatkanlah iman agar Umi dapat menempuh segala cabaran dan dugaan mendatang dengan berlapang dada...InsyaAllah

p/s: terasa rindu pulak kat Widad ngan Wirdani...dah besar dah anak2 umi ni...

Friday, June 25, 2010

Cat Baru Kenangan Lama

Hari ni Umi terajin sikit...masa ni Miqdad tengah tidur, Abi pula takde pergi Beseri...sambil2 tunggu sup ayam mendidih kat dapur tu, Umi pun godek2 la blog skit...rumah masih lama (blog ni la)tapi dah dihias dengan cat baru...tukar skit hiasan kot2 la lepas ni  angin rajin Umi tu datang balik kan...terasa sentimental pulak tengok design rak buku ni. Teringat kenangan dolu2...Umi gila sangat membaca...tak kira la apa...buku, majalah, komik, surat khabar, ensaiklopedia...segala benda yang ada tulisan Umi akan baca...hatta kertas balut belacan sekalipun.Tapi buku sekolah malas pula nak baca kan...kalau tidak dah jadi profesor dah Umi...heheheh...

Masa sekolah rendah dulu-dulu Umi jadi pustakawan...habis semua buku cerita dalam perpustakaan tu Umi baca. Memang fanatik giler dengan buku-buku ni. Koleksi kegemaran Umi tentulah Enid Blyton, Hardy Boys, Nancy Drew dan paling best dah tentu siri Bigglesworth oleh Kapten W.E John...Kalau  dah start baca buku2 ni Umi payah sikit lah nak berenti selagi tak khatam....puaslah nenek berleter suruh mandi, makan, tolong kat dapur dll. Dalam satu hari kurang2 boleh habis 2 buah buku...hahahah...giler betul Umi ni kan...La ni je Umi kurang membaca sikit, nak habiskan satu buku seminggu pun payah...Mana taknya, nak kena layan Miqdad main, kerja kat sekolah, kerja kat umah...macam2 lah alasan...heheeeh....Tapi takpelah Umi layan blog pula sekarang ni...tu pun kira membaca juga kan...Malas dah nak habiskan beratus sebulan beli buku dan majalah macam dulu2 tu...kira jimat lah ada internet ni kononnya...suratkhabar pun dah tak beli, baca online jer...huhuu

Pengalaman paling tak boleh dilupakan ialah Umi terjatuh dalam kebun getah arwah Paklang Hussin semasa on the way balik dari sekolah. Macam mana tak jatuh Umi baca buku sambil berjalan. Punya la teruk perangai masa tu...siap berdarah lagi mulut...tapi takut nenek marah Umi tak bagitau sesiapa pun...diam-diam jer balik rumah...nasib baik nenek tak nampak....hihihihi...Miqdad jangan la ikut perangai ni...bahaya tau...

Minat membaca ni dah jadi "penyakit keturunan" agaknya...semua keluarga Umi minat membaca buku. Adik beradik, anak buah semua pun minat membaca. Sekarang ni Umi tengok Miqdad pun dah suka membaca...siap dah boleh hafal sesetengah benda dalam kamus bergambarnya tu. Umi jer kadang2 yang tak larat layan bila dia dah start membaca...harap2 berkekalan la minat tu ye sayang...

Sunday, June 6, 2010

Malasnya Umi

Semenjak dua menjak ni Umi asyik rasa penat jer...pastu malas la pulak nak bergerak...Balik kerja jer terus rasa nak tidur tak nak bangun-bangun...Teruk betul kan penyakit ni...Kesian Miqdad pasal Umi dah jarang sangat bawa dia jalan-jalan kat taman, apatah lagi main kat playground macam dulu-dulu...Terasa macam Umi ni ibu yang teruk sangat tau... nasib baik la ada Cik Ra  layan dia main-main...Blog pun dah lama tak update, jarang-jarang Umi masukkan entry baru...Haiiiii....entahlah....

Rupa-rupanya penyakit malas ni berpunca daripada....

*

*

*

*

*

Jeng!jeng!jeng! Penyakit malas ini rupa-rupanya... hihihi...Nampaknya lamalah lagi penyakit ni nak sembuh ye...Alhamdulillah syukur pada Allah bagi rezeki  ni kat Umi...tak lama lagi Miqdad nak kena jadi abang la pulak... :) suka sangat Umi, Abi dan semua...

Abang Miqdad! Abang Miqdad! Macam pelik la pulak...selama ni dia dok panggil diri sendiri baby...lepas ni jadi big boy la kan...

Sunday, April 4, 2010

Jari Jemariku Sakit Semua

Seminggu dua ni Umi sibuk sangat kat sekolah...sampai terbawa balik sibuknye kat umah pulak...Kisahnya Umi dah seminggu dok pulun buat "Headcount SPM 2010" untuk sekolah...warghhhhhh penatnya dah tension gilos...elok nak siap, ada student baru masuk pulak....buat lagi..naik lenguh jari jemariku ini...kerjanya copy paste edit pastu save....copy paste edit pastu save...apa lagi copy paste edit senarai nama pelajar beratus-ratus orang, 23 matapelajaran dengan 9 kelas tingkatan 5...ya ampun....pastu edit formula yg terdelete, tersalah masuk, tak masuk bagai....habis jari jemariku sakit semua...Tapi takpe...lepas ni Umi akan jadi pakar headcount...hahahah...sila jangan ketawa....sewel skit ni...baru lepas edit headcount tadi....Rileks jap....kita minum dulu....

*
*
*
*....ehhhh lamanya dia minum ni.....?????
*
*
*

Burppppp....Alhamdulillah...dah kenyang pun...ehhh silap, bukan minum aje siap makan2 sekali....Baru bertenaga nak taip entry ni kan....kan...sambil2 tu blog hopping jugak ler....dah banyak hari tak dan nak merayau-rayau di alam cyber...asyik dok berheadcount jek...Setakat ni ok lah dah 80% siap....jeng jeng jeng tunggulah kemunculan ku nanti....headcount daaaaaaaaa.....

Ok lah ini jek yang mampu ditulis hari ni...Sori Miqdad dah lama tak update citer2 terkini lagi sensasi...Nanti kita bercerita bila Umi dah free....mmmuahhhh

Monday, January 11, 2010

Cepatnya masa berlalu....

Tidak kusangka masa begitu  cepat berlalu....semalam rasanya Miqdad baru dilahirkan...Hari ni dia dah makin membesar...makin  banyak keletah...makin nakal...sampai tak sempat Umi nak buat kerja rumah...Balik kerja cuma melayan dia bermain jer...Abi lah yang kena memasak, sebab Miqdad nak bermanja dan nenen dengan Umi...maklumlah seharian Umi pi kerja dia tak minum susu...tahan betul dia tunggu sampai Umi balik baru dia menenen sepuas hati...

Umi perasan Miqdad dah tak muat kebanyakkan baju-bajunya...jadi hujung minggu hari tu kenalah pergi membeli baju-baju baru untuknya...terpaksalah Umi bershopping pula...bukan utk Umi tapi untuk buah hatiku inilah...Abi kata belilah yang besar sikit, nanti boleh dipakai lama....ala tak lama mana pun...budak-budak kan cepat membesar...Jadi inilah hasilnya...Umi beli pakaian basic jer lah...3 helai jeans, 3 helai t-shirt, kemeja, kasut dan sepasang stokin...nanti bleh mix n match dengan pakaian lamanya...hehehe...jimat skit kan...Tapi yang peliknya kali ni warna pilihan Umi cool jer...warna -warna asas yang senang nak match...tu trick nak jimat jer tu kata Abi...


Comel tak kasut baru saya? Ini pilihan Abi tau...bukan main susah nak shopping pakaian boys ni...Umi tak reti sungguh nak buat pilihan...poning kepala den tau...kalau girls wahhhhh...macam-macam pakaian up to date dan comel-comel lagi...tu pun payah jugak...pening dan rambang mata nak pilih pulak...hahaha...macam-macam ler alasan....


Saya tengah test baju baru saya...hencem tak Cik Ann?? Saya rasa macam dah besar pulak...tak ssabar nak pi sekolah....:) tengok kasut ni agak-agak sesuai tak dengan baju baru ni...

Inilah saya dengan t-shirt dan jeans baru....yeyyyyy...nampak comel sangat....eh eh perasan pula saya ni kan...tapi takpelah bila lagi nak perasan-perasan ni....hihihi...comel macam muka Umi ke muka Abi?? ke comel macam muka mix...

Next entry Umi akan upload gambar terkini saya ok.....saya dah tumbuh gigi tau...2 batang kat   bawah...saya juga dah pandai berjalan jatuh...tapi banyak pula jatuh daripada berjalan...hihihi...ni ada kata-kata hikmah daripada Umi saya...

"Just for today, pretend the world is ending and every moment that passes by is a gift to cherish and live fully!"

Wednesday, December 9, 2009

Kami dah balik....

Sudah beberapa hari tak update blog....Umi ngan Miqdad ikut atuk mak ngan atuk abah ke jb...umah kak ipar...Abi tak ikut...dia ke Sri Petaling khidmat 10 hari kat sana...hari ni kami baru balik muar...best sangattt...banyak nak citer kat sini tapi tak larat la hari ni...esok lah Umi citer okay...

Tuesday, December 1, 2009

Review Senarai Aktiviti

Antara aktiviti yang Umi  dah berjaya laksanakan setakat ni....dan yg belum ada masa nak buat lagi...hehehe

1.menghabiskan masa melayan buah hati Umi...
setiap hari ngadap dier jeee...maklumlah internet pun tak ok..gumbira sangat Miqdad kat umah atuk mak pasal ada ramai kawan2 masa raya baru ni...ala anak2 along ida ler kengkawannye...

2.marking kertas exam budak2 ICT...hermmmm nampak mcm takde yang cemerlang ni...aduiii...
memang dah siap marking b4 balik raya hari tuhh...aduii memang takde yg score pun...kena wat post mortem lah lps niee...geramnyeee

3.mengemas rumah - mop lantai, vakum karpet, basuh bilik air, kemas bilik dan sewaktu dengannya...
kemas gitu2 jer lah pasal la ni tengah bercuti kat kg Abi kat muo...balik umah nanti lah gamaknya

4.membuang rumput yang dah kering diracun Abi....dah lama tu
yang ni pun lum buat lagi....tunggu balik cuti nanti
5.tanam pokok bunga / sayur tepi umah...la ni kosong jer
dah wat plan nak tanam apa....tapi tak mula lagi...sama cam kat atas

6.latih Miqdad makan bubur nasi / biskut...dia tak brape suka makan
hehehe...memang Miqdad tak suka makan gak...tak yah penat2 nak latih dia..atuk mak ckp badan die dah semangat tak yah risau dah cukup makan tuuu...ok lah bb minum susu jer lah...yg lain Umi tolong makan ok..

7.balik raya kampung muo....mak masak sedap-sedap tau
raya ni jatuh cuti sekolah, jadi bleh lepak muo lama2...apalagi keje makan jer lah..atuk mak rajin masak...Umi Abi rajin makan...ok apa...best sangat tau

8.jalan-jalan/shopping kl...best nyer
tak sempat p kl lagi jalan2...nak lepak muo puas2 dulu...maklumlah bukan senang nak balik sekali sekala dok lama2 ler...nanti lah lps ni siap kopak duitku..buat masa ni sempat ler shopping muo ni ngan atuk mak....

9.melawat sedara mara...tak sabar nak p lepak2 umah Cik Yong
ari datang tuh dah tumpang tido umah cik yong...tapi tak sempat nak lepak2 lagi...

10.menghadiri jemputan kenduri..banyak wooo kenduri kawin
yang ni banyak yg terlepas pasal kenduri kat Kedah, Umi kat muo...camne..

11.belajar resepi2 baru...masak makan masak makan,nasib baik ada tukang sedut lemak Miqdad comel tu..
sempat ler buat makaroni bakar ngan white sos mlm b4 blk kg....pasal nak abiskan stok kat peti ais...nantilah belajar ngan atuk mak

12.mengupdate blog setiap hari....pagi petang siang malam....heheh
punah impianku.....broadband punya pasal ler...lembab giler,tak jalan langsung....ari ni baru ok setelah atuk abah potong3...hhehehe

Banyak sangat yg Umi nak tulis kat sini...sambung esok lah...penatlah menaip psl dah lama tak online...lagi satu rindu nak baca blog2 lain pulak..heheh..jumpa esok bye...

Sunday, November 22, 2009

Hari Pertama Yang Sungguh Penat

Jumaat dan Sabtu internet down...broadband ni makin lama makin tak best lak...Asyik terputus je connection nye kalau hujan..Nak kena pakai streamix la agaknya lepas ni...Jadinya tak dapatlah Umi mengupdate blog semalam..Macam-macam nak ditulis sampai tak tau nak mula yang mana dulu...Excited lah pasal aktiviti Miqdad yang tidak reti penat...

Hari pertama cuti, Jumaat penat giler Umi rasa...Apa taknya Miqdad tak nak berenggang skit pun daripada Umi...Nak tinggal sorang2 takut pulak dia buat aksi stuntman lagi...Masuk walker je mesti nak terjun keluar ala-ala superman...hishhhhh payah betul ni...Kalau biar kat bawah dia panjat segala benda tak kira meja, sofa, rak, kerusi, buaian....uhhhhh parah ni...pastu asyik jatuh jer..Nak tau tak apsal? Dah panjat dia lepas tangan, pastu kebommm...jatuh berdebukk...warghhhhhh....nangis pulak...Maklumlah dia kan tak berapa pro lagi berdiri ni....baru cuba jatuh...selalunya asyik jatuh lah....hehehhh

Nak suruh tido bukan main liat lagi...1/2 jam kira lama dah tu...masa tu lah Umi nak buat segala kerja...Masak pun simple sangat2...ikan masuk oven bakar je..pastu wat sayur skit...makan ngan budu...huishhhh sedap gak...tambah-tambah waktu hujan-hujan gini...makan lak dengan nasi panas terangkat beb...

Tak jadi la projek Umi nak mengemas rumah...pegang jer vakum...terus dia datang tarik-tarik siap gigit lagi wayarnya...hishhh bahaya betul la budak ni...Lepas makan sambung main ngan Miqdad lagi..sampai lah malam asyik melayan dia jer lah..Nasib baik Umi cuti....heheh..Dah pukul 10mlm baru Miqdad tido...fuhhh lega skit...Umi pun apalagi hanyut ler sama...semangat berkemas berkobar-kobar hilang ntah ke mana...Penat wooo....Kesimpulannya hari Jumaat tak jadi satu kerja pun Umi....melainkan melayan Miqdad semata-mata..