Showing posts with label penyusuan. Show all posts
Showing posts with label penyusuan. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

Kebaikan Susu Ibu

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semua...


Hari ni saja jer nak sembang pasal pengalaman breast feeding anak2 Umi...semua pun dah maklum susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak kita kan...selain mengandungi semua zat yang diperlukan oleh bayi ia juga dapat mengeratkan hubungan di antara ibu dan anak tersebut...apa taknya nak menyusu kena peluk jer kan mesti lah anak tu suka dan manja dengan kita kan...

Saat penyusuan akan menjadi saat indah antara anda berdua...bagi Umi bertiga la...sebab buat "tandem nursing" si abang masih tak mau bercerai susu walaupun dah ada adik...makanya berkongsilah anak2 Umi bila time menyusu...kadang2 penat jugak, tambah2 di bulan puasa ni...habis kering tekak dan haus giler...tambah pulak kalau hari cuti hujung minggu...jenuh la menahan dahaga yang teramat...tapi sayangkan anak2 punya pasal Umi sanggup jer...tapi ada jugak la termarahkan Miqdad bila dia tak mau makan asyik nak nenen ajer...berbeza dengan adiknya Mujahid yang nak makan segalanya tak bergantung kepada susu semata2...



Miqdad cepat posing2...ni lah anak manja Umi tu...


Mujahid kenapa masam ni? senyum la sikit...ni pulak anak manja Abi...

Tak dapat la nak bayangkan bila nak berentikan Miqdad menyusu nanti macam mana la yer...antara semua anak Umi, Miqdad lah yang paling lama menyusu...daripada lahir hingga sekarang dah 3 tahun 6 bulan, Mujahid pulak baru 1 tahun 7 bulan...cadangnya Mujahid 2 tahun nanti Umi nak "weaning off" dua2 orang sekali...doakanlah semoga berjaya yer...

Alhamdulillah...susu Umi masih banyak untuk diaorang berdua...kekadang orang lain yang pelik pulak dan siap tanya cukup ker susu? maklumlah menyusu dua orang sekaligus kan...tapi setakat ni rezeki yang Allah bagi memang la cukup...bersyukur sangat2 sebab Allah mudahkan Umi dan anak2...proses penyusuan ikut konsep banyak permintaan banyak lah pengeluarannya kan...tak payah risau InsyaAllah cukup...cuma banyakkan minum air kosong dan makan makanan seimbang barulah hasilnya memuaskan...

Anak2 yang menyusu susu ibu InsyaAllah sentiasa sihat dan jarang la dijangkiti penyakit...kalau ikut pengalaman Umi semua anak2 Umi jarang la kena selsema, batuk2 hidung berhingus atau masalah lain...cuma demam sikit bila nak tumbuh gigi dan bila kena suntikan imunisasi...jadi susukan anak-anak kita dengan susu ibu sehingga 2 tahun yer...baru lengkap penyusuan tersebut...

Artikel di bawah ni Umi google kat internet ajer yer...kalau rajin sila la baca yer kawan2


Kebaikan Susu Ibu

Para ibu digalakkan menyusui anak dengan susunya sendiri dari lahir hinggalah berumur enam bulan dan meneruskan usaha murni sehinggan umur anak mencapai dua tahun.Para ibu boleh memberi makanan pelengkap mulai umur anak 6 bulan keatas.


Faedah untuk Bayi
1) Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
- ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi.
- mudah dihadam
- sentisa sedia pada suhu yang tetap
- bayi yang menyussu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang pertama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat

2) Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
- kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehinggan hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi dari jangkitan kuman dan alahan.
- mengurangkan risiko percemaran dibandingkan dengan penyusuan cara lain.

Faedah untuk Ibu
- mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
- membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpah darah
- mengurangkan risiko untuk kanser payudara dan ovari
- mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
- penyusuan susu ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan (perancangan keluarga) 



image

Monday, March 21, 2011

Susu ibu ada nutrien amat kritikal

Kebaikan penyusuan badan untuk bayi:

● Susu ibu membekalkan nutrien terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi nutrien dalam kadar mencukupi.

● Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.

● Susu ibu, terutamanya kolostrum, menguatkan sistem imuniti bayi. Ia melindungi bayi daripada jangkitan seperti cirit-birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.

● Susu ibu mencegah pelbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.

● Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak.

● Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.

● Susu ibu mudah diperoleh pada suhu yang betul setiap masa oleh itu ia tidak susah disediakan.

● Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.

● Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Kebaikan penyusuan badan untuk ibu :

● Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

● Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat.

● Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

● Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya.

Kebaikan lain:

● Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.

● Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak.

Sumber: Info Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia

Saturday, February 26, 2011

Pengalaman Tandem Nursing

Semenjak dapat baby baru ni umi rasa makin penat pulak.bukan nak merungut cuma luahan hati ajer.apa taknya abang miqdad pun kecik lagi.nak manja2 lagi kan. pastu kena layan adik mujahid yg masih baby tu.diorang ni macam kembar pulak tau...semua benda buat serentak...lapar serentak, mandi serentak, berak kencing serentak, nak tidur pun sama jugak.kadang2 angin jer umi bila dua2 nangis serentak...huhuhu...tolongggg

perkara yang umi paling tak tahan bila diorang nak nenen serentak...hihi, terasa macam lembu susu pulak dua2 bergayut.lenguh,sakit belakang,sakit nenen,tekak kering mcm2 lg lah...tu semua toksah cerita la,kena alami sendiri baru tau mcm mana rasanya. abi kata wean off ajer lah abg miqdad,tp umi kesian pulak kat dia pasal br umur 2 thn 1bln.kita tunggu besar sikitlah kan abang...

nasib baik baby mujahid kecik lagi tak pandai berebut...kalau tak jenuh nak bayang mcm mana kan..alhamdulillah abg miqdad pun boleh bertolak ansur dan mula faham.miqdad kalau umi ckp bg nenen kat mujahid jap,pastu dia lepas dan bila baby mujahid dah start nenen,abg akan nenen yg sebelah lagi.kena buat camtu pasal baby tak reti masukkan dlm mulut sendiri.tapi kadang2 dia buat perangai skit takmo kongsi dengan baby.ala sekali sekala jek..masih terkawal hehehe.

selain tu cuma umi lah yg kena pastikan cukup makan makanan berkhasiat dan minum air byk2.umi juga minum susu dan ambil supplement pil kalsium supaya cukup keperluan kalsium...tak cukup nanti cepat pulak umi kena osteoporosis hehehe...umi kuat makan la skang kalau tak mkn rasa lapar mcm org berpuasa lak...bleh pengsan *toing

doa moga allah bg mudah lah proses tandem nursing ni.berapa lama allah jer yg tahu

Thursday, February 24, 2011

Tips Mengatasi Bengkak Susu

Bengkak Payudara @ Bengkak Susu

Dalam masa 2 ke 3 hari selepas bersalin, anda mungkin mendapati payudara anda bengkak berdenyut-denyut, berketul-ketul dan penuh dengan rasa tidak selesa. Kadang-kadang bengkak itu akan merebak sehingga ke ketiak. Anda juga mungkin mengalami sedikit demam. Namun jangan bimbang, ianya hanya sementara.

Apa penyebabnya?

Selepas 72 jam bersalin, susu akan terhasil melimpah-limpah untuk bayi anda. Apabila ini tejadi, lebih banyak darah akan mengalir ke payudara anda dan sedikit ke kawasan bengkak. Hasilnya, payudara menjadi penuh dan membengkak. Tetapi tidak semua ibu-ibu mengalaminya. Setengahnya mungkin hanya mengalami sedikit pembesaran, setengah lain pula mungkin mendapati payudara membesar dengan banyak dan mengeras. Mungkin ada ibu-ibu tidak menyedari kesakitan ini kerana baru bersalin dan masih kepenatan.

Bagaimana untuk merawatnya?

Pembengkakan ini sebenarnya adalah petanda positif untuk anda. Badan anda sedang menghasilkan susu untuk bayi
1.Pakailah bra untuk susuan yang dapat menyokong payudara anda, termasuk waktu malam. Pastikan ianya tidak terlalu ketat

2.Susukan bayi anda kerap, setiap 2 ke 3 jam walaupun ini bermakna anda perlu mengejutkan bayi anda. Ini adalah penting kerana jika bengkak tidak berkurang ia boleh menyebabkan pengurangan kepada pengeluaran susu. Cuba berikan sebelah payudara sehingga payudara anda menjadi lembut. Jika bayi anda kenyang dengan sebelah payudara sahaja, berikan sebelah payudara lagi untuk yang seterusnya.

3.Elakkan bayi anda menghisap ketika areola( bahagian gelap putting anda) dalam keadaan keras. Untuk mengurangkan puting rosak atau luka dan membantu bayi anda menghisap susu (puting yang keras menyukarkan bayi menyusu), perah susu secara manual sehingga areola lembut.

4.Elakan memerah susu kecuali untuk melembutkan areola atau apabila bayi anda tidak dapat meyusus. Habit atau kerap memerah akan menyebabkan perngeluran susu yang berlebihan dan memanjangkan pembengkakan

5.Ketika menyusu bayi, urut dengan lembut payudara yang sedang dihisapnya. Ini mengalakkan susu mengalir dan mnegurangkan ketegangan dan ketidakselesaan

6.Untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak, letakkan pek sejuk ke atas payudara sekejab selepas menyusu.

7.Jika anda mengalami kesakitan yang teruk dapatkan ubat dari doctor.

8.Jangan letakkan benda panas seperti pad pemanas atau botol air panas ke payuadara anda yang bengkak kecuali untuk melembutkan areola dan membantu susu keluar. Ini hanya akan memburukkan keadaan.

Berapa lama akan berpanjangan?

Berita baik untuk anda. Ianya akan berlalu dengan segera. Ianya akan hilang dalam masa 24 ke 48 jam iaitu dengan cara menyusu bayi anda. Jika anda tidak menyusukan bayi anda, kemungkinan ianya akan bertambah buruk sebelum pulih. Selepas ianya berlalu, payudara anda akan lebih lembut tetapi penuh dengan susu.

Bolehkah saya terus menyusu?

Anda boleh dan patut teruskan menyusu. Pembengkakan yang tidak berkurang akan menyebabkan penurunan kekal pengeluaran susu. Jadi amat penting menyusu dengan tetap. Sebaiknya terus memberi susu selepas bersalin dan menyusu dengan kerap bermula dari saat itu. Lihat tanda bayi anda lapar seperti menghisap jari atau menangis.

Adakah ini akan memberi kesan kepada bayi saya?

Tidak. Sebaliknya anda mungkin akan lebih menyusu bayi anda sebanyak dan sekerap yang anda boleh.

p/s: Saya dapat info ini dari SINI

Wednesday, February 23, 2011

Bengkak Susu

Petang tadi umi pegi klinik...dah kata demam mestilah pi klinik kan. pas dah check sume2 dpt mc 2 hari.rupanya demam pasal bengkak susu,patutlah rasa sakit semacam...siap ada ketul2 kat dlm pastu merah kat luarnya.doktor kata nasib baik cepat datang takut jd bernanah je kat tpt tuttt.silap2 kena operate buang susu yg tersumbat tu tau.minta dijauhkan lah ya allah. dah settle suma dpt la antibiotik, ubat tahan sakit dan ubat kurang bengkak. hari ni melayang rm20...takpelah janji sihat kan.

p/s: thanks to madam sooyaree untuk info yg sgt ditunggu2 iaitu berblog guna hphone...hehe demam2 pun bleh buat entry kan

Friday, July 2, 2010

Pemakanan Semasa Menyusukan Bayi

Mengapakah Pengambilan Makanan Yang Seimbang Penting Semasa Menyusukan Bayi ?

Ini adalah kerana :
•Untuk membekalkan diet yang mencukupi bagi menggantikan simpanan tenaga yang berkurang semasa menyusu bayi
•Bagi menggalakkan pemberian dan penghasilan susu badan yang mencukupi untuk perkembangan bayi
•Bagi memperoleh kembali berat badan yang ideal ( iaitu mengurangkan berat badan yang meningkat semasa mengandung)
•Mengelakkan pengurusan pemakanan yang salah dan boleh memudaratkan diri sendiri dan bayi

Apakah Panduan Asas Pemakanan Semasa Saya Menyusukan Bayi?

Dengan pengambilan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia, panduan asas pemakanan perlu diikuti iaitu :

•Kepelbagaian - Hendaklah makan dari semua kumpulan makanan makronutrien dan mikronutrien
•Mengikut porsi - Digalakkan meningkatkan pengambilan makanan dari kumpulan makanan seperti sayur - sayuran, buah - buahan dan bijirin penuh.
•Kesederhanaan - Menghadkan pengambilan kuantiti makanan yang mengandungi tinggi lemak tepu, kolesterol, gula, garam dan alkohol.
•Aktiviti - Mengseimbangkan aktiviti fizikal dan pengambilan diet dalam seharian.

Berapa Banyakkah Penambahan Kuantiti Makanan Dalam Diet Sehari Perlu Di ambil?

Paras Piramid Makanan

Contoh Sumber Makanan Bagi Satu Hidangan
Paras 1: Bijirin, hasil bijirin dan roti

Saranan sukatan : 12 hidangan/sehari
Satu hidangan Bijirin :
•½ cawan nasi
•½ cawan mi/mihun/pasta
•½ tosai
•⅓ capati
•1 keping roti (putih/gandum)
•1 cawan bubur nasi kosong
•3 biskut tawar
•3 sudu makan oat (tidak dimasak)

Paras 2 : Buah dan Sayur

Saranan sukatan:3 - 4 hidangan/sehari
Satu hidangan Sayur : (3 - 4 hidangan) /sehari
•½ cawan sayur berdaun hijau (sudah dimasak)
•1 cawan sayur berdaun hijau atau ulam (belum dimasak)

Satu hidangan Buah : (3 - 4 hidangan) /sehari
•1/2 biji jambu, mangga
•1 biji pisang, epal, lai,pir, oren
•1 potong betik, nenas, tembikai
•3 biji kurma
•4 ulas nangka, cempedak 8 biji langsat, longan, anggur

Paras 3 : Ikan, Ayam, dan Daging
Saranan sukatan : 5 hidangan/sehari

Satu hidangan Ikan, Daging, Ayam::
•½ ketul peha ayam (saiz sederhana)
•½ ekor ikan kembung (saiz sederhana)
•2 ketul daging tanpa lemak (saiz kotak mancis)
•1 biji telur

Paras 4 : Susu dan Hasil Tenusu
Saranan sukatan : 3 hidangan/sehari

Satu hidangan Susu dan Produk Susu
•1 gelas susu (250 ml)
•4 sudu makan susu tepung
•1 cawan dadih
•1 keping keju

Paras 5: Minyak, Garam dan Gula
Saranan sukatan : Kurangkan

Apakah Kumpulan Makanan Yang Perlu Saya Makan Lebih Semasa Menyusukan Bayi?
Perlu meningkatkan pengambilan makanan yang bersumberkan bahan nutrien seperti :

Kalsium
Sumber : susu, produk kacang soya, keju, dadih dan sayuran hijau.
Pilihla produk yang diperkaya dengan kalsium.
Kalsium suplemen di sarankan bagi ibu yang kurang pengambilan diet

Vitamin A
Sumber : hati, sayur berdaun gelap, buah dan sayur berwarna oren

Vitamin B Kompleks
Sumber: ikan, daging tanpa lemak, susu dan hati
Suplemen perlu di sarankan bagi ibu mempunyai simpanan vitamin B komples yang rendah (terutamanya ibu yang mengamalkan vegetarian)

Vitamin C
Sumber :buah –buahan (oren, betik, kiwi)
Tambahan suplemen tidak perlu bagi ibu yang mengambil makanan seimbang mencukupi

Adakah Perlu Mengambil Suplemen (Makanan Tambahan) Dalam Diet ?

•Bagi ibu yang mengambil makanan mengikut saranan panduan pemakanan semasa laktasi, suplemen tidak diperlukan.
•Tetapi, terdapat ibu menyusu yang perlu mengambil nutrien tambahan (suplemen) bagi memenuhi keperluan nutrien khusus, jika pengambilan diet tidak mencukupi.
•Perlu diketahui, suplemen tidak boleh menggantikan hidangan makanan yang tetap.
•Supplemen boleh diambil menurut nasihat Doktor atau Pegawai Dietetik.

Bagaimana Pula Dengan Pengambilan Cecair Semasa Menyusukan Bayi?

•87 % daripada susu ibu adalah air
•Di sarankan 8 – 10 gelas air setiap hari dan di galakkan minum segelas air setiap kali menyusukan bayi.
•Anda juga boleh mengambil jus, susu, sup dan teh herba.
•Minum lebih air bila bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas.

Adakah Saya Perlu Berpantang Mengambil Makanan Selepas Bersalin?

•Antara makanan yang dikategorikan adalah mengikut persepsi kepercayaan masing –masing. Contoh seperti :
◦Makanan 'sejuk' -kangkung, taugeh, kobis, timun, betik,nangka
◦Makanan 'panas' - telur, ayam, daging, organ dalaman
◦Makanan 'berangin' - teh, sayuran berkanji
◦Makanan 'tajam' - nanas
◦Makanan beracun - makanan laut dan kebanyakan jenis ikan

•Tradisinya, para ibu akan mengelak mengambil makanan 'sejuk' dan digalakkan mengambil makanan 'panas' semasa berpantang.
•Kesimpulannya, berpantang ini adalah hanya mengikut kepercayaan. Ibu yang menyusu dinasihatkan jangan hanya mengambil makanan daripada satu kumpulan sahaja.
•Hendaklah pelbagaikan makanan seimbang terutama dari kumpulan buah dan sayur yang membekalkan serat, vitamin dan mineral yang penting bagi tubuh badan.

sumber : http://www.myhealth.gov.my/