Showing posts with label miqdad. Show all posts
Showing posts with label miqdad. Show all posts

Friday, February 14, 2014

Cupcakes dan Miqdad

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam semua...

Hari ni melayan permintaan anak2 nak makan cupcakes...dah lama tak buat sebenarnya...tu yang Miqdad sibuk suruh masak cupcakes...selagi tak buat lagi tu la dia dok nyanyi kat telinga umi...akhirnya hari ni berjaya jugak melawan rasa malas...


Bila tengok Miqdad dan Mujahid makan tak berhenti2 rasa happy sangat...berbaloi-baloi


Masa tengah dok makan Miqdad siap request nak bawa untuk teachernya...teacher Wani, teacher Noraidah dan teacher Latifah...nanti umi simpan siap2 takut habis katanya...heheh

Saturday, January 11, 2014

Roti Telur Berkeju

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam semua...

Menu kegemaran anak-anak Umi yang memilih makan...Umi dan Abi pun suka tumpang sekaki...Roti Telur Berkeju bukan sekadar menu sarapan pagi, tengahari dan malam pun kadang diaorang minta sebagai ganti nasi atau  makanan berat lain...Senang dimasak sedap dimakan...cuma celup roti dalam telur yang sudah dipukul, kemudian dibakar atas kuali non stick...bila sudah masak panas2 tu terus letak cheese, letakkan lagi sekeping roti atasnya...kepanasan roti tu akan mencairkan keju tersebut...apa lagi masukkan dalam pinggan dan sedia dimakan panas2@suam sikit la...nyummm nyumm

Friday, January 10, 2014

Buah Hati Saya!

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam semua...

Ini 2 orang buah hati saya peneman di dunia...lagi 2 orang buah hati saya menunggu di syurga InshaAllah...
Semoga menjadi anak2 yang soleh penyejuk hati Umi Abi...
Sayang sangat-sangat tau...


 ~ Miqdam Mujahid ~


~ Miqdad Mukhlisin ~

Monday, January 6, 2014

Makaroni ke nasi lemak?

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam semua...

Dua orang anak, 2 selera berbeza...Miqdad suka western/italian, Mujahid pulak tekak melayu...abang makan makaroni cheese adik makan nasi lemak ayam goreng

Friday, December 13, 2013

Kerenah Anak-anakku

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam semua...

Malam ni nak bercerita pasal hero umi Miqdad dan Miqdam...Budak berdua ni kalau masa main tak ingat dunia...tengok cd kartun sama-sama, berebut laptop nak tengok you tube , bercerita berdua nak tergelak pun ada bila umi curi2 dengar perbualan mereka...pastu bergomol peluk sakan main  tergolek habis atas katil pulak tu...geram betul bila katil bersepah dengan mainan, cadar tercabut, bantal selimut berterabur...tapi dengar gelak tawa rasa  kurang sikit marahnya...

Paling umi tak tahan bila dituang semua mainan dalam kotak berlonggok atas lantai...katanya nak pilih mainan yang sesuai...yang selebihnya tinggal lah bersepah merata...tak lama lepas tu terdengarlah abi atau umi menjerit kesakitan terpijak mainan diaorang pulak...kekadang berdarah kaki dibuatnya...huhu
Bila suruh kemas nak tau apa jawabnya...saya penatlah, saya nak rehatlah, saya nak tengok kartun lah...macam2 alasan diberi...pastu siap boleh suruh umi tolonglah kemas, tidak pun abi kemas sendirilah...hehehe...kalau ajak kemas sama2 diaorang tolonglah kutip 2-3 jer selebihnya umi ngan abi jugak...

Bukannya merungut cuma nak berkongsi cerita sahaja. Umi Abi sangat bersyukur dengan kurnia ini...penat pun masih boleh peluk2 manja2 kan anak kita kan...Alhamdulillah terima kasih Allah.





Monday, October 28, 2013

Testing

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saja nak test blogging guna hp. Sebelum ni dah pernah guna tapi tak boleh attach gambar. Kita tengok kali ini macam mana pula...berjaya ke tak...

Wednesday, May 22, 2013

You jump I jump!

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam semua...

Hari ini cuma nak kongsi gambar hero Umi saja...hobi budak berdua ni suka melompat dan terjun ...pendek kata tak kira tempat la, sofa, kerusi, meja, kepala katil dll...nak larang pun buat penat ajer sampai habis air liur...doakan takde jatuh patah riuk sudah :)



p/s: abaikan baju bergantungan itu, bisnes online mcm ni la, rumah jadi tempat display baju lak...

Monday, April 15, 2013

Favorite Spot

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

Inilah favorite spot Miqdad dan Mujahid sekarang...lepak2 sambil tengok kartun...





Sunday, February 10, 2013

Selamat Pagi Semua...

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam semua...



Aksi budak2 tidur di pagi hari...selalu orang kata kuak lentang tapi ini gaya bebas ni..
dah la berbaju sama gaya tidur pun sama...macam anak kembar gitu...

Thursday, January 10, 2013

Sebelum dan Selepas

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam semua...

Miqdad dan Mujahid sangat susah nak dipotong rambutnya...masuk keluar kedai 3-4 kali pun tak tentu berjaya potong rambut mereka lagi...fobia gamaknya bila tengok barber pegang gunting terus meraung...siap haribulan Mujahid boleh buat aksi bergolek berguling nak balik...Miqdad pulak pandai cakap nanti kita potong yer...berapa kali nanti tak tau lah, asal sampai kedai nantilah Umi nantilah Umi...lain kali kita potong yer...kiranya setahun sekali jer Umi mampu menahan kerenah mereka di kedai gunting rambut...lagi best Umi lah kena bermandikan rambut sekali pasal nak kena pegang/dukung hero2 ni...kalau dengan Abi jangan harap lah...Abi kata takpe lah biar ajer rambut panjang comel jugak...heheee

Tapi cuti sekolah baru2 ni Umi berjaya jugak bawak diaorang potong rambut kat kedai...dengan bantuan CikRa dan Memek...Nampak banyak betul beza bila budak2 dah berambut pendek ni kan...dulu lebih kepada comel sekarang kena jadi encem la pulak kan..hehe



Miqdad dan Mujahid berambut panjang muka comel ala2 budak pompuan lak kan...


bila dah berambut pendek bleh la memanjat macam hero skit..hihi


masa ni panjang betul rambut Miqdad dan Mujahid


gambar ni sehari selepas potong rambut...masa melawat atuk kat hospital


Mujahid buat muka comel dengan rambut gini macam nak gigit jer Umi tengok :)


masih buat muka geram nak gigit tapi rambut dah kontot 



masa ni Miqdad dah pandai malu bila orang tegur girl @boy, yerlah kan muka sebijik macam arwah kakaknya...lepas tu terus ajak Umi pi kedai potong rambut...



saya nak potong rambut macam abang katanya...terus tukar jadi muka abang kan... :))

Masa kat kedai tu macam2 la drama yang berlaku...Miqdad potong rambut sambil pejam mata, malu katanya bila suruh buka mata...dia nampak mukanya dalam cermin besar kedai tu terus tersipu2 pejam mata balik, takpelah nak janji kau nak potong rambut...Mujahid pulak puas la nak memujuknya kejap2 pusing kiri kanan atas bawah sampai last sekali pakcik barber tu kena stop kejap pasal takut terkena matanya..huisssshhh tak reti diam sungguh anak umi ni...tak sempat siap pun dia dah mengelupur nak turun tak mau potong dah, senget2 tak sempat nak trim rambut Mujahid hingga ke hari ni..hahahaha sian dia...

Tuesday, January 1, 2013

Kemas rumah, sapu sawang, mop lantai

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam semua...

Mood hari ni adalah rajin...ini kerana tuan rumah baru ada masa nak kemas rumah...banyak nak kena buat ni... sapu sawang mop lantai cuci tingkap bersih2...penat2,lama dah terbiar mcm rumah tinggal ...tu jer nak citer hari ni..till then hugs dari 2 hero Umi yang wangi2 baru lepas mandi...jumpa lagi...bye :) 



Tuesday, October 23, 2012

Rupa Budak Merajuk

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

Inilah rupa Miqdad tengah merajuk :) pantang kena marah atau kena tegur dengan Umi...siap pusing belakang pastu silang tangan kat dada sambil buat mata jeling2 skit...sila la bayangkan sendiri yer pasal belah depan tak bleh amik gambar...Umi pusing, dia pun pusing makanya view daripada belakang jer la...kekadang keluar statement "saya tak mau kawan lah" bukan main lagi kan... sekali tengok nak marah dua kali tengok comel pulak gaya merajuknya tu :))


Thursday, September 6, 2012

Raya 2012 Edisi Terlewat

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...salam semua

Selamat Hari Raya kepada semua...maaf zahir dan batin daripada saya sekeluarga...walaupun raya dah lama berlalu tapi masih belum terlambat kot...hehehe...Tahun ni kami beraya di Muar giliran rumah keluarga mertua pulak...raya pertama tanpa bapa mertua bersama...syahdu jugak bila time bersalaman tu...sedih tengok mak mertua sorang2 kat kerusi yang biasa duduk berdua...meleleh airmata kami :(( mak mertua lagi la kan...

Sekarang musim exam jadi sibuk sangat2 tak sempat nak citer panjang...even blog ni pun dah lama tak update...Layan gambar2 ni jer la yer...


atukmak dikelilingi kumbang besar yang hensem dan kumbang kecil yang comel...


rumah ni kekurangan bunga, bunga comel satu jer tahun ni...


keluarga umi dengan atukmak....mujahid belum mandi lagi, muka pun masam pasal baru bangun kena paksa...


Kenangan lama :(
gambar tahun 2004 masa arwah Widad masih ada, masa ni atukabah pun hensem lagi kan...gambar snap dari frame kat umah mak, malas nak edit2..



sian mujahid sebab warna baju lain daripada sedaranya...takde saiz nak wat camner kan...huhu


Miqdad bergaya dengan kereta baru atukmak...seronok berangan macam James Bond katanya...


Miqdad muka mengantuk tapi control macho bila umi nak snap gambarnya...penat dah tu 


Mujahid terlentok tidur betul2 dah masa ni...

Anak2 dah tertidur kepenatan on the way nak balik rumah sendiri...cuti dah abis daa...tahun depan raya sakan lagi yer...

Wednesday, July 18, 2012

Mengikut Jer Apa Abang Buat

Bismilllahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Anak2 suka meniru apa sahaja perbuatan yang dilihatnya...Macam biasa la kalau abang buat perangai apa2 adik mesti nak buat punya la...Dulu abang suka menyorok dalam almari, sekarang adik pulak buat macam tu...habis baju dalam almari kena punggah keluar, kalau tidak nanti sakit hati dan mata Umi memandang berselerak...dalam almari tu biar kosong jer..lepas tu haaaa main la puas-puas anak ooiiiii...





p/s: I Luv U

Sunday, July 15, 2012

Musim Buah...Balik Kampung Lagi...Berkelah Atas Pangkin

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Sekarang ni musim buah di kampung...jadi macam biasa kena la balik kampung nak makan buah puas-puas kan...macam2 buah ada tapi sayang lupa nak snap gambar banyak2 pulak...yer lah kan makan sampai tak ingat apa dah..hahahhaa


Miqdad tersengih gembira sangat bila sebut nak balik kampung nenek...


Mujahid pulak senyum tersipu2 ala malu-malu anak umi ni...


tengah menunggu sementara abi singgah isi petrol kejap...


sedap isi lemak manis, warna pun kuning menarik sungguh sampai lupa nak berposing bagai la...ni la buah yang umi dan abi suka sangat makan tu...durian raja segala buah tau...tapi miqdad dan mujahid tak makan pun...bau pun diaorang tak suka..siap cakap " bau apa ni busuknya umi" sampai hati kau anak bertuah...takpe2


yang jenis ni warna tak menarik sangat tapi rasa tetap best terangkat...lepas makan jenuh berkipas panasssss... ;))


gambar2 ni tak berapa cun sangat pasal buah ni dah "penat" travel dalam kereta nak balik rumah kami kan...kat kampung sibuk makan sampai lupa ambik gambar...


ni pulak rambutan gading atuk yang tanam tau...sedap, isi tebal dan manis sangat sampai melekit kat tangan...miqdad dan mujahid suka la makan buah rambutan...buah lain diaorang tak mau cuit pun..manggis ni cikwi yang panjat tau..kalau jolok nanti buah dia jadi keras tak cantik nak makan nanti...


dokong ngan langsat pun ada jugak...yang ni dah siap masuk plastik nak bawak balik umah umi la kan...pastu baru teringat nak posing pulak...hehehe


kat kampung nenek ajak berkelah makan tengah hari atas pangkin kat luar...sejuk jer bawah pokok rambutan atuk...Miqdad yang tak mau makan pun makan tak berenti...lauk menu kampung jer la...tu yang best sampai bertambah2 la makannya...antaranya lemak cili api pucuk ubi, ikan kembung dan keli goreng, ikan masin goreng, rebung gulai, sambal tempoyak dan ulam feberet petai jeruk...wuhuuuu makan tak ingat dunia


ni la lemak cili api pucuk ubi yang bestttt sangat...


lagi best ada sambal tempoyak ni...huhu hilang segala diet yer...


paling best sudah tentu ulam petai...tak kira la petai mentah ke jeruk ke sambal ke asalkan petai...umi akan makan sampai buncit hehehehe... ;) petai jeruk ni nenek yang buat sendiri tau...


gulai rebung madu semalam punya panaskan balik jer...ni pun best sebab kuahnya dah jadi pekat2 sikit...gaul dengan nasi dan ikan masin fuhhh sedapnya...


waktu orang lain sibuk makan budak kecik ni sibuk dok kejar kucing...Mujahid umi dah suap dia makan awal sebelum kitaorang "berkelah" beramai-ramai... 

Semenjak musim buah ni dah 2 kali umi balik kampung, best woooo rasa nak balik tetiap minggu jer...tapi masa agak terbatas, nak wat camner kan...puasa nanti balik lagi kot...InsyaAllah... tapi dah tak best la nak makan2 buah waktu malam2, yerla kan siang nyer puasa...terliur jer la tengok buah rambutan yang ranum dengan durian dok memanggil2 tu kan...tu yang kena makan puas2 ni (balik kerja karang makan lagi buah2 yang ada tu)heheheh...Alhamdulillah