Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Monday, July 7, 2014

Where Your Heart Is?

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam semua...

Monday, June 30, 2014

Ramadan Kareem

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam semua...
Selamat menyambut bulan Ramadan. Semoga bertambah amal dan iman.

Wednesday, October 23, 2013

Malaikat Maut

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Allah swt. bertanya kepada malaikat maut: "Apakah kamu pernah menangis ketika kamu mencabut nyawa anak cucu Adam?"

Maka Malaikat pun menjawab: "Aku pernah tertawa, pernah juga menangis, dan pernah juga terkejut dan kaget."

"Apa yang membuatmu tertawa?"

"Ketika aku bersiap-siap untuk mencabut nyawa seseorang, aku melihatnya berkata kepada pembuat kasut, 'Buatlah kasut sebaik mungkin supaya boleh dipakai selama setahun',".

"Aku tertawa kerana belum sempat orang tersebut memakai kasut dia sudah kucabut nyawanya."


Allah swt. lalu bertanya: "Apa yang membuatmu menangis?"

Maka malaikat menjawab: "Aku menangis ketika hendak mencabut nyawa seorang wanita hamil di tengah padang pasir yang tandus, dan hendak melahirkan. Maka aku menunggunya sampai bayinya lahir di padang pasir tersebut. Lantas kucabut nyawa wanita itu sambil menangis kerana mendengar tangisan bayi tersebut kerana tidak ada seorang pun yang mengetahui hal itu. "

"Lalu apa yang membuatmu terkejut dan kaget?"

Malaikat menjawab: "Aku terkejut dan kaget ketika hendak mencabut nyawa salah seorang ulama Engkau. Aku melihat cahaya terang benderang keluar dari kamarnya, setiap kali aku mendekatinya cahaya itu semakin menyilaukanku seolah ingin mengusirku, lalu kucabut nyawanya disertai cahaya tersebut. "

Allah swt bertanya lagi: "Apakah kamu tahu siapa lelaki itu?

"Tidak tahu, ya Allah."

"Sesungguhnya lelaki itu adalah bayi dari ibu yang kaucabut nyawanya di padang pasir gersang itu, Akulah yang menjaganya dan tidak membiarkannya."

*Sumber dari islampos.com [Dedih mulyadi / islampos / kitab Tadzkirah karangan imam Qurthubi]

Tuesday, October 22, 2013

Bismillah Lima

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam semua...



Apa itu Bismillah 5?
1. Bismillahir Rahmanir Rahiim
2. Bismillahish Shaafii
3. Bismillahil Kaafii
4. Bismillahil Mu’aafii
5. Bismillahi
l ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim

Maksudnya:
1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2) Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan.
3) Dengan nama Allah Yang Mencukupkan.
4) Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik.
5) Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya 
akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha 
Mengetahui.

Antara fadhilat Bismillah 5 ialah:
* Penawar bisa diri.
* Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang.
* Penawar bisa-bisa badan.
* Penawar sakit perut.
* Boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya.

Cara Merawat:

Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah 
Bismillah 5 ini sebanyak tujuh kali. Kemudian tiupkan di tempat yang sakit
itu. Selepas itu tiup pula ke atas air. Kalau anggota yang sakit itu tidak 
boleh disentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar disentuh, bolehlah
letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan i’tikad bahawa anggota 
tersebut adalah anggota yang sakit. Dengan izin Allah, mudah-mudahan 
sembuh penyakit yang dihidapi. Kita hanya mampu berdoa dan berikhtiar 
serta bertawakal, Allah jua Yang Maha Penyembuh.

*copy paste dari sini

Thursday, August 1, 2013

Pahala Berterusan Selepas Mati

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...


Sunday, July 14, 2013

Ganjaran Puasa Ramadhan

Assalamualaikum...
Bismillahhirrahmanirrahim...

Saturday, July 13, 2013

Sekilas Mengenai Puasa Ramadhan

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum....

Friday, July 12, 2013

Ramadhan Code

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Thursday, July 11, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Semoga ramadhan ini menjadi ramadhan terbaik buat kita semua

Tuesday, June 25, 2013

Sekadar Renungan Bersama

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sunday, April 21, 2013

Penyakit Hati

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan selamat pagi semua... 

Wednesday, February 27, 2013

Tips Murah Rezeki

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam semua...

Hari ini Umi cuma nak kongsikan 15 tips murah rezeki daripada ustazah Siti Nor Bahyah. Semoga kita semua dapat mengamalkan dengan istiqamah...In Sha Allah selepas ini semua akan dapat rezeki yang melimpah ruah...Amin

terimakasih ustazah kerana sudi berkongsi tips

Wednesday, November 21, 2012

Zikir Nabi Yunus

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...salam semua

Perkongsian untuk kita semua 


LA ILA HA ILLA ANTA.
SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZOLIMIN.

Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)!Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah terdiri dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

Sesali diri sendiri dahulu, sebelum menyalahkan sana-sini atas musibah yang menimpa diri. Barangkali musibah itu berlaku sebagai peringatan, kerana selama ini aku telah menzalimi diriku sendiri.

-Zikir Nabi Yunus masa dalam perut ikan- 


p/s: sumber dari sini

Sunday, September 23, 2012

Miskin Dunia Kaya Akhirat

Bismillahhirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...Salam semua

Semoga Allah beri kekuatan untuk kita jadi macam ni...kena banyak2 bersyukur nanti Allah tambah lagi rezeki dan nikmat2Nya kepada kita semua...InsyaAllah

Photo

notauntukdirisendiri: jadi kaya pun tak salah tapi biarlah kaya dunia dan kaya akhirat

Sunday, August 5, 2012

Sekadar Renungan

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Sekadar renungan kita bersama...

Wednesday, July 25, 2012

Akademi Ramadhan

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semua...

Thursday, December 29, 2011

Allah SWT's 24 Hr Customer Service Line (Toll Free)

Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:
Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah”.
Tekan 1 untuk ‘meminta’.
Tekan 2 untuk ‘mengucap syukur’.
Tekan 3 untuk ‘mengeluh’.
Tekan 4 untuk ‘permintaan lainnya’.”
Atau….
Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:
“Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah
sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya.”
Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat
respons seperti ini:
“Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,
Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. “Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga &
neraka,silahkan tunggu sampai Anda tiba di sini!!”
Atau mungkin juga Anda mendengar ini :
Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok.”
atau…
Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi.”
Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!
Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pernah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.
Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434
2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini : 28443483
2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir
Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul “Al Qur’anul Karim & Hadis Rasul”
Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil.
Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!
Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya

Sabda Rasulullah S.A.W : “Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut”
7 Kalimah ALLAH:
1. Mengucap “Bismillah” pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap “Alhamdulillah” pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap “Astaghfirullah” jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap “Insya-Allah” jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap “La haula wala kuwwata illa billah” jika menghadapi
sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap “inna lillahi wa inna ilaihi rajiun” jika menghadapi dan
menerima musibah.
7. Mengucap “La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah” sepanjang
siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. ..
mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu… mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.
Sekarang anda mempunyai 2 pilihan :
1. Biarkan artikel ini. Insya-Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda.

2. Forward artikel ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya-Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.
Amin….

kredit : roshaizulmizan

Thursday, August 4, 2011

Selamat Berpuasa

Selamat Berpuasa kepada semua...Semoga bertambah amalan dan pahala kita di bulan yang mulia ini.

Friday, April 8, 2011

Tazkirah Jumaat - 5 sebelum 5

Diriwayatkan oleh Hakim dari Ibnu Abbas, bahawa Nabi s.a.w bersabda:

"Gunakanlah lima masa sebelum datang lima masa, iaitu masa mudamu sebelum datang masa tuamu, masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu, masa kayamu sebelum datang masa miskinmu, masa terluangmu sebelum datang masa sibukmu, dan masa hidupmu sebelum datang masa kematianmu."

Sunday, March 20, 2011

Keistimewaan Seorang Wanita Di sisi Allah

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik". Ibnu - Majah.

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan habarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

p/s: terima kasih kepada sumber di sini