Showing posts with label etc. Show all posts
Showing posts with label etc. Show all posts

Monday, July 7, 2014

Where Your Heart Is?

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam semua...

Monday, October 28, 2013

Testing

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saja nak test blogging guna hp. Sebelum ni dah pernah guna tapi tak boleh attach gambar. Kita tengok kali ini macam mana pula...berjaya ke tak...

Monday, April 1, 2013

Stop Worrying!

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Wednesday, March 13, 2013

Tips Menghalang Kecurian


Bismillahhirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Tips menghalang kecurian seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk
melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation.

14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan
pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran. 18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua. 

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
22. Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11 malam).

Sumber : Bukit Aman PDRM

Tuesday, January 1, 2013

Kemas rumah, sapu sawang, mop lantai

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam semua...

Mood hari ni adalah rajin...ini kerana tuan rumah baru ada masa nak kemas rumah...banyak nak kena buat ni... sapu sawang mop lantai cuci tingkap bersih2...penat2,lama dah terbiar mcm rumah tinggal ...tu jer nak citer hari ni..till then hugs dari 2 hero Umi yang wangi2 baru lepas mandi...jumpa lagi...bye :) 



Tuesday, June 26, 2012

Lunch Orang Malas Pulak..

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semua...

Hari tu sarapan orang malas kan...lepas tu mesti ada lunch orang malas pulak kan...macam biasa kalau malas kita order saja online...setengah jam lepas tu pon!pon! pegi amik buka kotak buleh la makan...  ;)) mmmmhhhhmmm sedapnya...


kita order saja online...beli satu free satu tau...tu yang best sangat..promosi percuma la pulak kan...

 

sedapnya meleleh air liur tengok cheese yang cair2 meleleh2 tu...
makan panas2 memang terbaek la...


dah kata order online kan...beli satu dapat la free satu...pizza besar/large dua2 pulak tu kan...makan anak beranak tak habis punya....jadi kita tapau dalam bekas hantar jiran sebelah ;))
Alhamdulillah kenyang giler...errrkkkk hehehe....

Monday, May 28, 2012

Sarapan Orang Malas

Assalamualaikum...
Bismillahhirrahmanirrahim...salam semua...

Cuti sekolah ni asyik makan tidur ajer la...dah la bangun lambat jer tiap pagi, makan pun sempoi2 jer yang sesuai dengan orang malas...hahahaha...lepas subuh sambung tidur dengan anak beranak, abi pulak takder rumah...merdeka2. Bangun tidur masak bubur nasi + ayam ala bubur lambuk, sarapan  Umi merangkap makan tengahari budak2 ni...makan pulak dengan telur mata dan bilis goreng garing +bawang cili...sedap hingga menjilat sudu...heheee


sarapan orang malas kan...


Umi kalau makan bubur wajib ada kicap + bilis goreng cili bawang baru kawww...pastu tambah pulak telur mata...huiihhh siap habis dua mangkuk tuuu...


ni sarapan anak bujang Umi, Miqdad kata nak coco crunch letak susu...saya suap sendiri tau Umi...yerlah yerlah jangan tumpah2 tau..malas Umi nak mengemas nanti kan..hehehe


tangan saper la pulak ni yang domot..makan coco crunch + honey star...pun nak suap sendiri jugak


tengok2...saya pun pandai suap macam abang jugak Umi kan...Mujahid tak memilih makan, senang semua dia makan, Umi makan dia makan, Abi makan dia makan, Abg makan dia makan jugak..sebab tu comel badannya..hehehe :)


Miqdad tengah menikmati makanannya...budak ni memilih sikit pasal makan2 ni...kejap makan kejap lagi tak mau pulak..ikut angin dia la..badan pun dah susut sikit bila besar ni

Wednesday, April 18, 2012

Like A King

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...



Tuesday, April 17, 2012

Take A Break

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Relaxing ;)


Thursday, August 4, 2011

Selamat Berpuasa

Selamat Berpuasa kepada semua...Semoga bertambah amalan dan pahala kita di bulan yang mulia ini.

Friday, April 15, 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI


image

Kali ni BA buat segmen gegar lagi...umi pun menyibukkan diri nak join jugak ler kan...sila klik sini utk join yer kawan2...

Wednesday, April 13, 2011

Pengalaman melahirkan anak sangat sukar diungkapkan

Pengalaman melahirkan anak sangat sukar diungkapkan. Perasaan bercampur baur dan betapa sakitnya waktu itu hanya seorang ibu yang tahu...tetapi Allah itu Maha Kaya, bila lahir sahaja bayi itu seluruh kesakitan bertukar menjadi saat2 yang sangat menyentuh perasaan...nak tahu cerita lebih lanjut sila baca di sini ok..

Sunday, April 10, 2011

Tongkang Pecah

Nak marah ke tak ni?


Rumahku seperti tongkang pecah adanya...semua benda Miqdad buat jadi mainan dia...daripada rice cooker, vacuum cleaner, head support pillow, organizer bla bla bla...

p/s: sabarlah wahai Umi...

Friday, March 18, 2011

Pilih Salah Tak Pilih Pun Salah

Hidup ini penuh dengan pilihan...nak a ke nak b,nak makan ke nak posa,nak tidur ke nak jaga,nak lulus ke nak gagal,nak kerja ke nak menganggur,nak bahagia ke nak derita,nak yg tu ke nak yg ni...berjuta2 perkara yg kita kena buat pilihan.pastu setiap pilihan tu ada risikonye pulak...tu yg payah kan

bila banyak sangat kekadang sampai tak tahu nak buat keputusan pilih yg mana satu.diluah mati emak ditelan mati bapa.dua2 kusayang (takde kena mengena ngan ibubapa pun) hanya pepatah semata-mata.payah sangat takyah buat apa2 terima jer la apa yg datang...yg datang pulak mcm2 ragam

sudahnya asyik dok pening kepala otak pulak pasal yg dapat (tanpa dipilih) tak menepati citarasa tak ikut piawaian kita.susah sungguh kan...kadang2 tu kita pulak kena buat pilihan utk org lain...pasal org tak nak amik risiko kan...tak pilih salah bila dah pilih punnnn salah juga...

p/s: huhuhu...entry luahan perasaan

Tuesday, March 15, 2011

Minda: Derita rakyat negara termaju

JUTAAN rakyat Jepun semalam menjalani kehidupan tanpa makanan, air atau bekalan elektrik dan ratusan ribu lagi penduduk tiada tempat tinggal ketika negara kuasa besar ekonomi itu berhadapan dengan keadaan yang selalu dihadapi negara dunia ketiga.

Pasukan penyelamat dari seluruh dunia kini berada di negara matahari terbit itu, menyertai 100,000 anggota tentera Jepun dalam operasi bantuan ketika negara itu mengalami gegaran demi gegaran selepas gempa dan ancaman baru tsunami sementara suhu berada di paras sejuk.

Kedai dan stesen minyak di seluruh negara kehabisan bekalan apabila orang ramai bergegas berbelanja untuk memenuhi stok bekalan berikutan gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang menyebabkan tsunami.

Dalam pada itu, stesen tenaga nuklear yang rosak mencetuskan kebimbangan ancaman radiasi.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 2.6 juta rumah tidak mempunyai bekalan elektrik dan 3.2 juta orang tidak memperoleh bekalan gas.

Barisan panjang dapat dilihat di Sendai di pantai timur laut Jepun, bandar paling teruk terjejas. Orang ramai begitu sabar menanti giliran untuk membeli barangan keperluan. Di sebuah pasar raya yang sudah dibuka semuka, kakitangan yang ceria menguruskan gerai di tempat letak kereta dan berhati-hati menyusun barang makanan. Pelanggan hanya dibenarkan membeli dua gugus anggur, dua oren, coklat, lima beg keropok dan dua tin sardin saja.

Bandar Ishinomaki yang mempunyai 165,000 penduduk dan teruk terjejas, tidak mempunyai bekalan tenaga atau komunikasi sementara bekalan makanan juga semakin kritikal kerana kerosakan sistem pengangkutan. Separuh daripada bandar raya itu musnah akibat dibadai tsunami.

“Pertama, kami tidak mempunyai air untuk diminum,” kata Datuk Bandar, Hiroshi Kameyama kepada stesen penyiar NHK. “Kami juga tidak mempunyai makanan dan maklumat.” Jurucakap Jawatankuasa Palang Merah Asia Pasifik, Patrick Fuller yang berada di Ishinomaki berkata: “Ia satu cabaran terdesak untuk bersaing dengan masa bagi menyelamat mereka yang mungkin terperangkap di bawah runtuhan. Di Hospital Palang Merah, tidak ada ruang yang tidak digunakan. Petugas Palang Merah yang keletihan tidur bersebelahan dengan mangsa yang cedera.

“Malah, ramai lagi mangsa memerlukan bantuan perubatan tiba. Mereka yang cedera datang berjalan kaki, ada yang tiba dengan helikopter atau dipapah anggota keluarga.” Sekurang-kurangnya 1.4 juta warga Jepun tidak mendapat bekalan air dan lebih 500,000 lagi berlindung di pusat pemindahan, kata Pejabat Penyelarasan hal Ehwal kemanusiaan PBB (OCHA).

“Keperluan utama yang diperlukan ialah makanan, air minuman, selimut, bahan bakar dan ubat-ubatan. Kerajaan dan sektor swasta tidak berlengah dalam menyediakan keperluan itu dan bertindak serta-merta menghantarnya ke kawasan yang teruk terjejas,” kata OCHA.

Sementara itu, sebahagian besar kawasan di seluruh Jepun berdepan masalah bekalan elektrik apabila kerajaan bertindak mencatunya dalam usaha menjimatkan tenaga selepas loji nuklear yang menjadi pembekal utama meletup hingga mencetuskan kebimbangan terhadap kemungkinan berlaku peleburan di loji tenaga Fukushima. Memburukkan lagi keadaan, sebuah pusat penapisan minyak terbakar.

PBB berkata, bekalan tenaga dan gas amat penting, lebih-lebih lagi dengan musim sejuk yang melanda negara itu, menyebabkan suhu berada di paras kosong pada sebelah malam. Jabatan Kaji Cuaca negara itu meramalkan salji dan hujan pada beberapa hari akan datang.

“Operasi menyelamat dan menghantar bantuan terjejas akibat gegaran selepas gempa yang berlaku berterusan, amaran tsunami dan kebakaran,” kata OCHA.

Kebanyakan kawasan di sepanjang pantai timur laut negara itu masih sukar dijejaki pekerja bantuan dan penyelamat.” Tentera mengagihkan alat pemanas, bantuan kecemasan, selimut dan air dan berkata, kira-kira 10,000 orang berjaya diselamatkan.

Tanah runtuh di puluhan tempat dan jalan raya, jambatan serta landasan kereta api dihanyutkan air sementara lebuh raya utama ke timur laut yang rosak teruk ditutup kepada semua kecuali untuk kenderaan membawa bantuan, kata Jawatankuasa Palang Merah Jepun.

Bot, pesawat dan helikopter digunakan untuk menyelamat dan menghantar bekalan bantuan, tetapi usaha itu berdepan masalah logistik yang amat ketara.

Pertubuhan bantuan kemanusiaan, Medecins Sans Frontieres berkata, air, makanan dan selimut adalah barangan keutamaan di darat sementara keperluan perubatan semakin diperlukan di semua 2,000 pusat pemindahan di seluruh negara itu.

“Jelas tahap kemusnahan begitu besar. Dalam pada itu, pihak berkuasa Jepun melancarkan gerakan besar-besaran untuk operasi bantuan dan menyelamat,” kata Pengarah MSF Jepun, Eric Quannes. - AFP

Tuesday, March 8, 2011

JELAJAH BLOG KATEGORI IBU

Hari ni nak join segmen Ben Ashaari jelajah blog..Inilah syarat2nya

BANNER BEN ASHAARI

1.Sila letak BANNER ini
- dah letak

2.Tajuk JELAJAH BLOG KATEGORI IBU dan linkkan ke entri ini
- dah link

3.Siapa yang layak masuk ? Blogger blogger yang sudah bergelar ibu
- ibu + blogger ..ok cukup syarat ni

4.Ceritakan secara ringkas mengenai diri anda
- seorang ibu bekerja sepenuh masa. mempunyai 4 orang anak, 2 lelaki 2 perempuan. sangat menyokong penyusuan susu ibu ok

5.Apakah kenangan manis anda sewaktu bergelar ibu
- ketika melihat anak2 membesar dengan sihat dan gembira. paling manis bila anak2 minta hug n kiss (tak boleh lupa ok)

6.Kenangan pahit anda ?
- 2 anak perempuanku sudah dijemput Ilahi...redha tapi sedih sebab dah tak boleh nak hug n kiss mereka seperti dulu2

7.Kata kata khas buat si suami
- semoga kita sekeluarga akan dipertemukan semula dan menjadi keluarga bahagia disyurga kelak..we are happy family...amin

8.Jika ada anak , apakah nasihat anda kepadanya dan juga buat anak anak yang berada di luar sana
taat  perintah Allah, ikut sunnah Rasul dan hormati ibu bapa...InsyaAllah bahagia dunia akhirat

9.Apakah harapan anda kepada anak anda
- mereka menjadi anak2 yang soleh dan solehah

10.Nasihat buat si gadis di luar sana
- pengalaman menjadi ibu sangat bestttttt...tidak terungkap dengan kata2. jom beramai2 jadi ibu yang solehah

Wednesday, March 2, 2011

Keyboardku Rosak Lagi

Keyboardku rosak lagi...gara2 dikerjakan miqdad. Dulu dah penah rosak,pastu guna external keyboard. La ni yg ni pun rosak jugak..Laptop umi dah jd mcm toy dia pulak...on sendiri,pasang cd kartun pun sendiri...yg paling worst bila dia nak off terus je tekan button shutdown...bukan reti ikut step properly..huhu...jahanam lappyku sayang.


p/s:gigih umi dok menaip ni guna virtual keyboard pulak tau

Tuesday, March 2, 2010

Yeyyyyyy.....Akhirnya dapat berblogging semula...

Alhamdulillah....gumbiranye Umi dan Abi hari ni...penantian yang begitu lama sudah tamat hari ini...hihihi...hari ni streamix dah aktif...boleh lah Umi dan Abi berinternet semula....Umi tersengih2 dapat sambung berblogging..entry mlm ni pendek jer lah...just nak cari mood dulu...Cik Anne nantikan lah video dan citer2 terbaru dari Miqdad yer...muaahhhh

Sunday, February 21, 2010

Akhirnya Potong!Potong!Potong

Akhirnya Umi buat keputusan untuk Potong!Potong!Potong broadband celcom...maka tamatlah riwayat line internet ku ini...pasal tu la dah lama tak update blog ini...Ni pun curi-curi masa kat sekolah sementara hari ni free...Sudah lama dah makan hati dengan line broadband ni...semenjak cuti sekolah last year...mulanya siang tak bleh online...ok lagi la malam bleh la slow2 mcm siput...akhirnya sekarang malam pun dah tak boleh connect...asyik down jer...geram betulllllll....bil tetap kena bayar tiap2 bulan...minggu lepas nekad kena potong ler kau...hehehe ketawa jahat skit...Bila takde internet boring pulak...jadinya melanggan streamix la pulak Umi...la ni tengah tunggu telekom mai umah pasang....yeyyyyy....tak sabarnya Umi...Cik Anne tunggu tau nanti Umi update citer Miqdad...sekali dengan video tawaf satu umah yer..

p/s: suma orang rindu Cik Anne tau...

Friday, January 29, 2010

Kenapa Sikap Lelaki Dingin...Selepas Memiliki Cinta


Mengapa lelaki berubah setelah berkahwin?.. .. Sebab… mereka rasa “the ‘job’ is done!”

Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh berbual-bual dengan orang lain?…

Ada 2 sebab;
- suami itu lelaki
- isteri itu perempuan

SUAMI ITU LELAKI

- Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran,keberkesa nan dan pencapaian.
- Mereka beri tumpuan kepada benda/objek dan barang demi untuk mencapai kejayaan dan matlamat yang ingin dicapai. Mereka baca suratkhabar dan jurnal. Mereka dengar berita, sukan dan pasaran saham. Mereka bercakap tentang kereta, komputer, teknologi, matawang, pasaran saham,perniagaan, pemimpin, perang, politik dan perkembangan dunia.

ISTERI ITU PEREMPUAN

- Tumpuan perempuan berkisar pada manusia dan perasaan. Mereka menghargai cinta, pertalian, perhubungan dan keindahan. Mereka baca novel dan buku-buku psiikologi. Mereka suka menonton filem romantik dan menatap majalah hiburan. Mereka bercakap tentang diri, keluarga, perasaan,perhiasan, fesyen dan kecantikan.

Mengapa isteri mahu suami berbual-bual dengannya sebagaimana suaminya boleh berbual-bual satu ketika dulu?.. Sebab… isteri itu seorang perempuan!

-Orang perempuan suka bercakap dan bercakap-cakap perlu bagi mereka. Mereka seronok bila ada orang melayan percakapan mereka. Bila tertekan, bercakap-cakap boleh melegakan mereka. Mencurahkan masalah pada orang lain dapat menghilangkan kerungsingan. Sebab itu tidak hairanlah orang perempuan boleh ‘bersembang’ atau ‘bergayut’ pada telefon berjam-jam lamanya.

- Orang perempuan mahukan ‘good listener’ bukan ‘problem solver’. Mereka mahu bersama seseorang, yang pada pendapat mereka sangat mengambil berat ‘tentang’ dan ‘untuk’ diri mereka. Fokus mereka lebih kepada kejadian-kejadian sehariannya, orang-orang yang mereka temui dan yang penting -’apa perasaan mereka terhadap orng-orang yang mereka temui itu’.

- Mereka nakkan ‘verbal attention’ yang boleh membuatkan mereka rasa di kasihi. Bagi mereka, selagi ‘penumpuan’ dan ‘perhubungan’ini dijalin, selagi itulah ikatan dan kasih sayang dapat di jamin.

- Perkahwinan sebenarnya menyatutemukan hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorang perempuan. Perbezaan sikap, minat dan kecenderungan tidak boleh menjadi alasan untuk tidak berkomukasi dengan baik antara suami dan isteri. Perhubungan yang baik menjamin kebahagiaan dan tercapainya matlamat perkahwinan tersebut. Bila komunikasi antara suami dan isteri tidak berkesan, ‘perbualan sihat’ tidak wujud.

BAYANGKAN bila...
- suami isteri tidak berbual-bual
- suami atau isteri tidak ‘respond’ dengan baik bila salah seorang berkata-kata
- suami gagal menjadi pendengar yang baik
- suami tidak memberi peluang kepada isteri untuk mengadu
- suami isteri membiarkan halangan-halangan perbualan berada di antara mereka
- suami ‘diam’ di rumah tapi ‘bising’ di luar ada faktor penghalang kepada perbualan yang sihat

maka BERKEMUNGKINAN
- ‘tabung cinta’ suami isteri akan ‘bocor’
- isteri takut pada suami (takut yang tidak kena pada tempatnya)
- isteri mengadu pada orang lain dalam hal peribadi dan rumahtangganya- mencurah perasaan pada sesiapa yang sudi mendengar
- isteri bosan, kesunyian dan tertekan anak-anak jadi mangsa
- isteri tidak tahu apa yang suaminya ‘is up to’ dan suami tidak tahu apa yang isterinya ‘is trying to do’
- berlaku kemungkinan- kemungkinan yang memberikan kesan buruk pada perhubungan suami isteri dan rumahtangga.

p/s : sekadar menforward satu artikel dari 1 blog yang boleh dijadikan panduan kita bersama…..:)