Showing posts with label Umi. Show all posts
Showing posts with label Umi. Show all posts

Wednesday, October 10, 2012

Nasi Beriani Abi Yang Sedap Sekali...

Bismillahhirrahmanirrahim...

Assalamualaikum dan salam semua...


Saje nak tayang gambar nasi beriani sedap giler yang Abi masak...dah lama dah ni, rasanya masa bulan Syawal aritu...masak sama2 ngan Abi...Abi masak nasi beriani dan ayam masak merah, Umi pulak masak gulai tulang + rebung dan goreng papadom ajer...

tengah masak Miqdad siap tegur "emmmmm....wanginya Umi masak apa ni? bangga sekejap kan...tapi kalau goreng ikan masin kena tegur macam ni pula "busuknya......Umi masak apa ni?huhuhu

lepas siap masak sama2, hidang dan  makan pulak sama2...hehehe :) kan best kalau selalu camni kan...


anak2 pun suka kalau makan nasi "berperisa " macam ni...kalau nasi putih kurang sikit la dengan selera diaorang tu...


Ayam masak merah special Abi...fuhhh bertambah2 kitaorang makan nasi tau..


Gulai tulang + rebung madu (amik kat kampung nenek) yang sangat mabeles...bukan perasan tau tapi Abi yang cakap yer.:)) Abi siap hirup kuah gulai tu hehee...

p/s: Abi...lain kali kita masak gotong royong macam ni lagi yer...

Thursday, July 26, 2012

Kebaikan Susu Ibu

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semua...


Hari ni saja jer nak sembang pasal pengalaman breast feeding anak2 Umi...semua pun dah maklum susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak kita kan...selain mengandungi semua zat yang diperlukan oleh bayi ia juga dapat mengeratkan hubungan di antara ibu dan anak tersebut...apa taknya nak menyusu kena peluk jer kan mesti lah anak tu suka dan manja dengan kita kan...

Saat penyusuan akan menjadi saat indah antara anda berdua...bagi Umi bertiga la...sebab buat "tandem nursing" si abang masih tak mau bercerai susu walaupun dah ada adik...makanya berkongsilah anak2 Umi bila time menyusu...kadang2 penat jugak, tambah2 di bulan puasa ni...habis kering tekak dan haus giler...tambah pulak kalau hari cuti hujung minggu...jenuh la menahan dahaga yang teramat...tapi sayangkan anak2 punya pasal Umi sanggup jer...tapi ada jugak la termarahkan Miqdad bila dia tak mau makan asyik nak nenen ajer...berbeza dengan adiknya Mujahid yang nak makan segalanya tak bergantung kepada susu semata2...



Miqdad cepat posing2...ni lah anak manja Umi tu...


Mujahid kenapa masam ni? senyum la sikit...ni pulak anak manja Abi...

Tak dapat la nak bayangkan bila nak berentikan Miqdad menyusu nanti macam mana la yer...antara semua anak Umi, Miqdad lah yang paling lama menyusu...daripada lahir hingga sekarang dah 3 tahun 6 bulan, Mujahid pulak baru 1 tahun 7 bulan...cadangnya Mujahid 2 tahun nanti Umi nak "weaning off" dua2 orang sekali...doakanlah semoga berjaya yer...

Alhamdulillah...susu Umi masih banyak untuk diaorang berdua...kekadang orang lain yang pelik pulak dan siap tanya cukup ker susu? maklumlah menyusu dua orang sekaligus kan...tapi setakat ni rezeki yang Allah bagi memang la cukup...bersyukur sangat2 sebab Allah mudahkan Umi dan anak2...proses penyusuan ikut konsep banyak permintaan banyak lah pengeluarannya kan...tak payah risau InsyaAllah cukup...cuma banyakkan minum air kosong dan makan makanan seimbang barulah hasilnya memuaskan...

Anak2 yang menyusu susu ibu InsyaAllah sentiasa sihat dan jarang la dijangkiti penyakit...kalau ikut pengalaman Umi semua anak2 Umi jarang la kena selsema, batuk2 hidung berhingus atau masalah lain...cuma demam sikit bila nak tumbuh gigi dan bila kena suntikan imunisasi...jadi susukan anak-anak kita dengan susu ibu sehingga 2 tahun yer...baru lengkap penyusuan tersebut...

Artikel di bawah ni Umi google kat internet ajer yer...kalau rajin sila la baca yer kawan2


Kebaikan Susu Ibu

Para ibu digalakkan menyusui anak dengan susunya sendiri dari lahir hinggalah berumur enam bulan dan meneruskan usaha murni sehinggan umur anak mencapai dua tahun.Para ibu boleh memberi makanan pelengkap mulai umur anak 6 bulan keatas.


Faedah untuk Bayi
1) Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
- ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi.
- mudah dihadam
- sentisa sedia pada suhu yang tetap
- bayi yang menyussu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang pertama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat

2) Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
- kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehinggan hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi dari jangkitan kuman dan alahan.
- mengurangkan risiko percemaran dibandingkan dengan penyusuan cara lain.

Faedah untuk Ibu
- mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
- membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpah darah
- mengurangkan risiko untuk kanser payudara dan ovari
- mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
- penyusuan susu ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan (perancangan keluarga) 



image

Tuesday, July 10, 2012

Relationships

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...


Monday, May 28, 2012

Sarapan Orang Malas

Assalamualaikum...
Bismillahhirrahmanirrahim...salam semua...

Cuti sekolah ni asyik makan tidur ajer la...dah la bangun lambat jer tiap pagi, makan pun sempoi2 jer yang sesuai dengan orang malas...hahahaha...lepas subuh sambung tidur dengan anak beranak, abi pulak takder rumah...merdeka2. Bangun tidur masak bubur nasi + ayam ala bubur lambuk, sarapan  Umi merangkap makan tengahari budak2 ni...makan pulak dengan telur mata dan bilis goreng garing +bawang cili...sedap hingga menjilat sudu...heheee


sarapan orang malas kan...


Umi kalau makan bubur wajib ada kicap + bilis goreng cili bawang baru kawww...pastu tambah pulak telur mata...huiihhh siap habis dua mangkuk tuuu...


ni sarapan anak bujang Umi, Miqdad kata nak coco crunch letak susu...saya suap sendiri tau Umi...yerlah yerlah jangan tumpah2 tau..malas Umi nak mengemas nanti kan..hehehe


tangan saper la pulak ni yang domot..makan coco crunch + honey star...pun nak suap sendiri jugak


tengok2...saya pun pandai suap macam abang jugak Umi kan...Mujahid tak memilih makan, senang semua dia makan, Umi makan dia makan, Abi makan dia makan, Abg makan dia makan jugak..sebab tu comel badannya..hehehe :)


Miqdad tengah menikmati makanannya...budak ni memilih sikit pasal makan2 ni...kejap makan kejap lagi tak mau pulak..ikut angin dia la..badan pun dah susut sikit bila besar ni

Tuesday, April 10, 2012

Asam Pedas Ikan Terubuk

Bismillahhirrahmanirrahim...
Salam Semua...

Lagi tentang makan...asam pedas ikan terubuk + bendi, telur dadar, tempe goreng dan sambal belacan @air asam tomato...ikan terubuk ni kalau bakar cicah air asam lagi meletup kan...kitaorang kalau time balik kampung ramai2 mesti buat masakan macam ni...makan ramai2 sedap kan...


dah habis makan nasi Umi siap boleh hirup kuah asam pedas ni tau...


telur dadar yang sentiasa "masuk" dengan apa saja lauk...panas2 garing2 sikit mesti ngam punya lah... :)


tempe goreng bodo ajer...buat cicah dengan sambal kicap sedap sangat...makan macam tu ajer pun ok dah...


sambal belacan tomato ala2 air asam pasal tercair sikit...orang tak berapa rajin guna blender ajer kan..hehe

Asyik citer pasal makan ajer kan Umi ni...rasa lapar la pulak, ok nak pi sarapan dulu...

Monday, April 9, 2012

Makan Tengahari

Bismillahhirrahmanirrahim...
Salam Semua...


Makan tengahari yang sangat simple tapi sangat sedap...ni masa abi takde hari tu..sambal tempoyak ikan bilis , telur dadar, sup sayur (anak punya) dan nasi putih panas2 buh kicap manis sikit...fuhh Umi makan bertambah2 sampai lupa diri la...kalau la ada petai lagi best kan...boleh habis seperiuk nasi tanpa sedar...kalau sedar buat2 la tak sedar pasal malu kat orang kan...hehehe :))


bilis goreng garing + bawang + cili api + tempoyak


telur dadar...tepi tu ada bilis goreng garing sejemput kalau2 miqdad teringin minta nanti...


nasi putih panas2 buh kicap manis...fuhhh


Alhamdulillah...kenyang dan sedap sangat.Tapi tak boleh buat selalu sebab selera sangat makannya...cepat gumuk la Umi kalau macam ni...

Wednesday, November 23, 2011

We Were Born To Cry

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kamu memang tak akan mengerti”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan,
“Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?”

Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya,
namun bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya,
walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan,
pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih,
walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya.
Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya.
Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami
agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

     
     Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. 
     Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. 
     Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”


Source : kisahwanita.com

Pass this to all beautiful women out there, 
don't hesitate, just cry whenever you wants  :-)

p/s: copy paste dari sini

Wednesday, October 5, 2011

Fuhhh...Sedapnya

Menu yang bisa membuatkan habis licin seperiuk nasi...tak kira malam atau siang...jarum penimbang cepat saja bergerak ke kanan...hehehe

Sambal Tumis Cili Api Bilis Petai



Telur Dadar BerSosej



Mee Kari Special

Mee Kari Special Umi


Nikmatnya kalau dapat makan cuaca sejuk-sejuk ni...

Tuesday, October 4, 2011

Sahur maggi goreng

Maggi goreng cili api pedas berapi tapi sedap giler...
signature dish by cikra

Monday, October 3, 2011

Celebration-part2

Celebration!

Sunday, October 2, 2011

Alhamdulillah...

Syukur Allah telah memberi peluang Umi menikmati hidup ini hingga ke umur 35 tahun. Semoga baki umur kehidupan Umi akan diberkati dan dirahmati Allah hendaknya...Amin

Sunday, September 25, 2011

Try lagi sekali....hihi

apsal kejap ok kejap ko...tensionnnn

Tuesday, July 19, 2011

Genap 4 Tahun Puteri-puteriku Kembali Ke Sisi-Nya

Hari ni genap 4 tahun puteri-puteriku kembali ke sisi-Nya. Perasaan hari ni bercampur baur...entahlah tak tau nak tulis apa...Tarikh yang tak mungkin ku lupa selamanya 19 Julai 2007...Ya Allah Kau kuatkan kanlah iman kami untuk menghadapi perpisahan ini...

Widad dan Wirdani...Umi dan Abi rindu sangat-sangat.

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu, mak, umi, mummy, mama dan semua yang seangkatan dengannya. Walaupun terlambat kira ok la sempat lagi nak wish kan...Korang dapat hadiah apa sempena hari ibu? Umi dapat hadiah special tau...hehe.Nak tau tak apa dia?




Jeng jeng jeng...






Aci tak beli sendiri hadiah sempena hari ibu untuk diri sendiri..hehe...
Reward for myself...

p/s: Rasa macam tak percaya pulak saya ni dah ada anak empat...tapi dok rasa mcm muda lagi...lalala

Friday, April 22, 2011

Crazy About This..

Inilah kegilaan umi sekarang..memang heaven tau...kalau dah start makan boleh habis setengah bekas tu tau...mulanya beli utk miqdad...tapi dia tak suka pulak dengan perisa ni...jadinya umi tolonglah habiskan...takut membazir kononnya kan...


yang ni perisa vanila dengan rasberi kot kalau tak salah...lemak2 manis2 masam2...yummy


ha nampak tak dah surut suku bekas dah...kalau 4 kali lagi makan makanya habislah satu tupperware...
kalau macam ni selalu alamatnya tak muat la nak pakai baju nanti...hehehe

Wednesday, April 13, 2011

Pengalaman melahirkan anak sangat sukar diungkapkan

Pengalaman melahirkan anak sangat sukar diungkapkan. Perasaan bercampur baur dan betapa sakitnya waktu itu hanya seorang ibu yang tahu...tetapi Allah itu Maha Kaya, bila lahir sahaja bayi itu seluruh kesakitan bertukar menjadi saat2 yang sangat menyentuh perasaan...nak tahu cerita lebih lanjut sila baca di sini ok..

Sunday, April 10, 2011

Tongkang Pecah

Nak marah ke tak ni?


Rumahku seperti tongkang pecah adanya...semua benda Miqdad buat jadi mainan dia...daripada rice cooker, vacuum cleaner, head support pillow, organizer bla bla bla...

p/s: sabarlah wahai Umi...

Thursday, March 24, 2011

Kali Pertama Aku Melanggar Kereta Orang...Oh Tidakkkkk!!!

Hari ni hari yang agak malang bagi umi...malang tak berbau kan...kalau boleh bau gerenti la tak jadi camni ye tak? tengok tajuk pun dah bleh tau apa citernya kan...

Citernya begini...tengahari tadi umi bertugas jaga pintu pagar sekolah...masa tu dah pukul 1.30 t/hari...budak2 dah start turun dari kelas masing2...umi pun apa lagi kelam kabut la capai beg nak kena turun bertugas...jalan pun laju2 je sambil mata pandang bawah pulak...takde toleh kiri kanan tengok keliling macam selalu...pastu sampai keta kelam kabut cepat2 start enjin terus undur belakang...sekali dah bunyi "bamm"...baru tersedar dari lamunan...ya Allah apa dah jadi ni.

rupanya umi dah terlanggar keta cikgu aini yg parking tepi makmal tu...umi memang selalu parking belakang makmal ict pasal dekat ngan kelas...aduh keluar tengok hhmmmm ini lah akibat orang yg kelam kabut...cuai...hasilnya pecah cover lampu belakang keta ku...keta cikgu aini pulak kemek skit lebih kurang sebesar tapak tangan...apa nak kata dah jadi...

ni la dia rupa pemangsa yg ganas tu...huwaaaaa

pastu cepat2 la call nak discuss ngan pemilik keta harrier tu...minta maaf banyak2 ye kak...nak settle mcm mana lepas ni la kira...tergamam la umi pasal ni la first time terlanggar keta orang.bertugas lepas kemana umi lepas kemana...tension2...doa2 tak lah teruk kena bayar repair ngan ketuk nanti...

ni pulak mangsa yg tak berdosa tu...isk3

astaghfirullahhalazim...

p/s: pengajarannya sila cool wlw pun dah lambat...tak guna dok kelam kabut