Saturday, January 30, 2010

Happy Birthday Kak Anis

Happy Birthday Kak Anis cayang...ni ada kek special dari Umi saya...sedap kan..nyum nyum nyum...saya pun suka makan kek yang Umi buat ni...Ucapan dari saya semoga menjadi anak solehah dan berjaya di dunia dan akhirat...Amin

Cuba cari yang mana satu Kak Anis saya...jumpa tak???
Budak yang paling comel tu mestilah saya kan...hihi :)
Kak Anis yg ke-2 comel ok tak?

Luv
Miqdad


Friday, January 29, 2010

Kenapa Sikap Lelaki Dingin...Selepas Memiliki Cinta


Mengapa lelaki berubah setelah berkahwin?.. .. Sebab… mereka rasa “the ‘job’ is done!”

Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh berbual-bual dengan orang lain?…

Ada 2 sebab;
- suami itu lelaki
- isteri itu perempuan

SUAMI ITU LELAKI

- Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran,keberkesa nan dan pencapaian.
- Mereka beri tumpuan kepada benda/objek dan barang demi untuk mencapai kejayaan dan matlamat yang ingin dicapai. Mereka baca suratkhabar dan jurnal. Mereka dengar berita, sukan dan pasaran saham. Mereka bercakap tentang kereta, komputer, teknologi, matawang, pasaran saham,perniagaan, pemimpin, perang, politik dan perkembangan dunia.

ISTERI ITU PEREMPUAN

- Tumpuan perempuan berkisar pada manusia dan perasaan. Mereka menghargai cinta, pertalian, perhubungan dan keindahan. Mereka baca novel dan buku-buku psiikologi. Mereka suka menonton filem romantik dan menatap majalah hiburan. Mereka bercakap tentang diri, keluarga, perasaan,perhiasan, fesyen dan kecantikan.

Mengapa isteri mahu suami berbual-bual dengannya sebagaimana suaminya boleh berbual-bual satu ketika dulu?.. Sebab… isteri itu seorang perempuan!

-Orang perempuan suka bercakap dan bercakap-cakap perlu bagi mereka. Mereka seronok bila ada orang melayan percakapan mereka. Bila tertekan, bercakap-cakap boleh melegakan mereka. Mencurahkan masalah pada orang lain dapat menghilangkan kerungsingan. Sebab itu tidak hairanlah orang perempuan boleh ‘bersembang’ atau ‘bergayut’ pada telefon berjam-jam lamanya.

- Orang perempuan mahukan ‘good listener’ bukan ‘problem solver’. Mereka mahu bersama seseorang, yang pada pendapat mereka sangat mengambil berat ‘tentang’ dan ‘untuk’ diri mereka. Fokus mereka lebih kepada kejadian-kejadian sehariannya, orang-orang yang mereka temui dan yang penting -’apa perasaan mereka terhadap orng-orang yang mereka temui itu’.

- Mereka nakkan ‘verbal attention’ yang boleh membuatkan mereka rasa di kasihi. Bagi mereka, selagi ‘penumpuan’ dan ‘perhubungan’ini dijalin, selagi itulah ikatan dan kasih sayang dapat di jamin.

- Perkahwinan sebenarnya menyatutemukan hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorang perempuan. Perbezaan sikap, minat dan kecenderungan tidak boleh menjadi alasan untuk tidak berkomukasi dengan baik antara suami dan isteri. Perhubungan yang baik menjamin kebahagiaan dan tercapainya matlamat perkahwinan tersebut. Bila komunikasi antara suami dan isteri tidak berkesan, ‘perbualan sihat’ tidak wujud.

BAYANGKAN bila...
- suami isteri tidak berbual-bual
- suami atau isteri tidak ‘respond’ dengan baik bila salah seorang berkata-kata
- suami gagal menjadi pendengar yang baik
- suami tidak memberi peluang kepada isteri untuk mengadu
- suami isteri membiarkan halangan-halangan perbualan berada di antara mereka
- suami ‘diam’ di rumah tapi ‘bising’ di luar ada faktor penghalang kepada perbualan yang sihat

maka BERKEMUNGKINAN
- ‘tabung cinta’ suami isteri akan ‘bocor’
- isteri takut pada suami (takut yang tidak kena pada tempatnya)
- isteri mengadu pada orang lain dalam hal peribadi dan rumahtangganya- mencurah perasaan pada sesiapa yang sudi mendengar
- isteri bosan, kesunyian dan tertekan anak-anak jadi mangsa
- isteri tidak tahu apa yang suaminya ‘is up to’ dan suami tidak tahu apa yang isterinya ‘is trying to do’
- berlaku kemungkinan- kemungkinan yang memberikan kesan buruk pada perhubungan suami isteri dan rumahtangga.

p/s : sekadar menforward satu artikel dari 1 blog yang boleh dijadikan panduan kita bersama…..:)

Monday, January 25, 2010

Selamat Hari Lahir Miqdad Tersayang

Alhamdulillah syukur pada Allah :) Hari ni ulang tahun kelahiran Miqdad Mukhlisin yang pertama...Selamat Hari Lahir Sayangku...Berjaya juga Miqdad mengecap umur satu tahun dengan izin Allah yer...Fasa pertama baby dah pun tamat...Miqdad sekarang bukan baby lagi tau...dah besar skit ler...boleh panggil toddler pulak...Makin nakal dan makin banyak perkara yang menarik menanti untuk diterokai...Umi pulak yang susah hati niii....Makin susah nak buat kerja rumah...maklumlah ada pembantu yang encem nak tolong sama...Ni antara gambar-gambar Miqdad dari lahir hingga sekarang...

Inilah rupa Miqdad betul2 lepas keluar labour room...
Masa ni baru 2jam di dunia...dilahirkan pada pukul 1.45 pm...

Gambar ni masa umur 5 hari...muka pun masih merah lagi :)

Masa ni Miqdad umur seminggu...still kulit merah2..

Hihihi...budak encem dah botak...
Umi sendiri yang cukur rambut Miqdad tau...
Abi tak berani la pulak..

Setiap kali lepas mandi Miqdad suka tarik2 towel...Umur baru 1bulan

Ketawa sakan anak Umi ni...apa yang kelakar pun tak tau...
happy kot dah umur 2 bulan...

Masa ni Abi takde umah, keluar 2 bulan...Miqdad pulak baru 2 1/2 bulan...
Naik kereta nak keluar beli barang dengan ea ni...tapi sempat posing lagi
Miqdad dah nak dekat 4 bulan...tengah posing baju baru beli ni..hehee

Baru belajar meniarap lebih kurang umur 4 1/2 bulan kalau tak silap Umi...
Umur 5 bulan masa ni...bulat jer matanyer...

Sian Miqdad sayang demam masa umur 6 bulan...jangkit dari Busu Meme...
Yang payahnya tak mau makan ubat...akhirnya Umi tampal cool fever jer lah...

Bulan puasa kacau Cik Ra baca tafsir Quran...umur 7 bulan

Masa raya puasa 2009 kat penang....umur dekat2 8 bulan..seronok dapat main pasir...

Masa ni dah pindah umah kat taman suria...umur Miqdad dalam 10 bulan..

Asyiknyer main ngan handycam Umi...Miqdad 11 1/2 bulan dah masa ni...

Gigi baru 2 batang...Miqdad 11 bulan lebih waktu ni...
Pantang nak ambil gambar mesti datang dekat2..ni lah hasilnya..

Sudah pandai berjalan lesen L...lagi 2 minggu nak setahun...
Lepas ni tak larat Umi Abi kejar keliling umah ler...


Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran yang Pertama Miqdad tersayang...
Ni manja Abi ni...hihihi

Doa Umi dan Abi sentiasa mengiringimu sepanjang waktu...Semoga menjadi anak yang soleh...Taat perintah Allah, ikut sunnah Rasul dan hormati orang tua ye sayang...

Luv
Umi & Abi