Monday, July 26, 2010

Burung Kakak Tua Comel

Semenjak nak jadi abang ni...Miqdad makin manja dengan Umi...pagi-pagi mesti menangis bila tengok Umi nak ke sekolah...akhirnya Abi terpaksalah menghantar Umi setiap pagi...Bila dah sampai sekolah tak mau balik pulak...Aduhai! Kesian pula bila difikirkan...terpaksalah ambil masa nak pujuk dia sikit...Tengok Miqdad senyum baru lega rasa hati seorang ibu...Kalau tidak rasa ralat sangat...kadang-kadang terasa macam nak duduk rumah tak payah kerja langsung...barulah Miqdad  senyum sampai telinga...  ;-)
Umi cepatlah balik sekolah...Miqdad rindu dah ni...

Miqdad ni mesti mewarisi perangai Umi dan Abi yang suka bercakap...makin hari Umi rasa makin petah pula...mengalahkan cikgu...hehehe...kita cakap apa pun mesti dia akan ajuk....macam burung kakak tua pun ada...Comel dan lucu sekali...bila nak marah terus tak jadi pasal dia akan ulang apa kita bebelkan padanya...Yang penting jangan lah cakap bukan-bukan atau bahasa kasar...nanti dia akan ajuk juga...Miqdad...Miqdad....We luv u so much

Saturday, July 24, 2010

Hobi Miqdad

Kali ni Umi nak buat entry tentang hobi baru Miqdad pulak...cuba tengok rajin tak anak Umi praktis memasak...Dah besar nanti confirm pandai memasak macam Abi kan sayang...Siapa kata anak lelaki tak boleh memasak? Baik latih muda-muda ni...nanti senang bila dah besar boleh tolong Umi...

Kusyuk saya memasak tau...Umi amik gambar pun tak sedar...
Peralatan memasak diwarisi dari kakak Widad....

Inilah hasil memasak hari ini ye puan-puan...macam-macam
jenis lauk tu...penuh pinggan...hihihi

Bila tak memasak saya main dengan koleksi kereta,
kapal terbang, lori, bulldozer, jet, motosikal....

Huh! banyak betul koleksi mainan saya...ada yang
saya warisi daripada kakak dan ada  saya punya tau...

Monday, July 19, 2010

Al-Fatihah Buat Arwah Anak-anakku

Hari ini genap 3 tahun pemergian Widad dan Wirdani ke hadrat Ilahi....Terasa sebak, sedih, pilu di dalam hati...namun begitu kami kena tabah menghadapinya...kerana itu yang terbaik telah dijanjikan oleh-Nya...Dalam kesedihan kami tetap bersyukur sangat-sangat kerana mereka pasti sedang menikmati keindahan syurga yang tiada tolok bandingnya...yang pasti kami hanya mampu mendoakan agar dapat ditemukan di sana kelak bersama-sama selamanya...Amin


Semoga berbahagialah Widad dan Wirdani di syurga Allah buat selamanya...Umi, Abi, Miqdad dan semua rindu sangattttttt...

Monday, July 12, 2010

Projek Tengah Malam

Alhamdulillah...kenyang...Umi baru saja lepas makan...jangan terkejut pulak...makan nasi pukul 12.30 malam...Tiba-tiba aje terasa lapar sangat2, sampai sakit perut Umi dibuatnya...Kononnya malam ni tak nak la makan nasi, lepas dah bagi  Miqdad menyusu dan tidurkan  dia terasa lapar sangat2...nasi dan lauk-lauk semua ada lagi...Umi pun apa lagi makanlah tanpa rasa bersalah...Maklumlah semenjak mengandung ni cepat saja terasa lapar...ditambah pula dengan Miqdad tolong sedut lemak-lemak Umi....lagi lah kebulur...kekadang tengah menyusukan dia terasa perit betul tekak Umi ni...nak bangun tak boleh, capai air jer la, terus minum air kosong daripada botol sambil baring...hehehe

Kadang-kadang kalau malas makan nasi tengah-tengah malam Umi minum soya atau susu kotak ajer la...senang dan mengenyangkan juga kan...yang penting perut Umi tak sakit lagi...lepas tu boleh sambung tidur balik...sambil tu sesekali Miqdad bangun menyusu pula...tu pun buat lapar jugak tau...bila baca tajuk pun dah tau mesti tiap2 malam Umi kena bangun isi perut kan...Nak buat macam mana...kena rajin-rajinkan diri jer la bangun bila tersangat lah laparnya...Bila sudah makan kena lah duduk kejap sementara nak sambung tidur balik...orang kata biar makanan tu hadam dulu...

Friday, July 2, 2010

Pemakanan Semasa Menyusukan Bayi

Mengapakah Pengambilan Makanan Yang Seimbang Penting Semasa Menyusukan Bayi ?

Ini adalah kerana :
•Untuk membekalkan diet yang mencukupi bagi menggantikan simpanan tenaga yang berkurang semasa menyusu bayi
•Bagi menggalakkan pemberian dan penghasilan susu badan yang mencukupi untuk perkembangan bayi
•Bagi memperoleh kembali berat badan yang ideal ( iaitu mengurangkan berat badan yang meningkat semasa mengandung)
•Mengelakkan pengurusan pemakanan yang salah dan boleh memudaratkan diri sendiri dan bayi

Apakah Panduan Asas Pemakanan Semasa Saya Menyusukan Bayi?

Dengan pengambilan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia, panduan asas pemakanan perlu diikuti iaitu :

•Kepelbagaian - Hendaklah makan dari semua kumpulan makanan makronutrien dan mikronutrien
•Mengikut porsi - Digalakkan meningkatkan pengambilan makanan dari kumpulan makanan seperti sayur - sayuran, buah - buahan dan bijirin penuh.
•Kesederhanaan - Menghadkan pengambilan kuantiti makanan yang mengandungi tinggi lemak tepu, kolesterol, gula, garam dan alkohol.
•Aktiviti - Mengseimbangkan aktiviti fizikal dan pengambilan diet dalam seharian.

Berapa Banyakkah Penambahan Kuantiti Makanan Dalam Diet Sehari Perlu Di ambil?

Paras Piramid Makanan

Contoh Sumber Makanan Bagi Satu Hidangan
Paras 1: Bijirin, hasil bijirin dan roti

Saranan sukatan : 12 hidangan/sehari
Satu hidangan Bijirin :
•½ cawan nasi
•½ cawan mi/mihun/pasta
•½ tosai
•⅓ capati
•1 keping roti (putih/gandum)
•1 cawan bubur nasi kosong
•3 biskut tawar
•3 sudu makan oat (tidak dimasak)

Paras 2 : Buah dan Sayur

Saranan sukatan:3 - 4 hidangan/sehari
Satu hidangan Sayur : (3 - 4 hidangan) /sehari
•½ cawan sayur berdaun hijau (sudah dimasak)
•1 cawan sayur berdaun hijau atau ulam (belum dimasak)

Satu hidangan Buah : (3 - 4 hidangan) /sehari
•1/2 biji jambu, mangga
•1 biji pisang, epal, lai,pir, oren
•1 potong betik, nenas, tembikai
•3 biji kurma
•4 ulas nangka, cempedak 8 biji langsat, longan, anggur

Paras 3 : Ikan, Ayam, dan Daging
Saranan sukatan : 5 hidangan/sehari

Satu hidangan Ikan, Daging, Ayam::
•½ ketul peha ayam (saiz sederhana)
•½ ekor ikan kembung (saiz sederhana)
•2 ketul daging tanpa lemak (saiz kotak mancis)
•1 biji telur

Paras 4 : Susu dan Hasil Tenusu
Saranan sukatan : 3 hidangan/sehari

Satu hidangan Susu dan Produk Susu
•1 gelas susu (250 ml)
•4 sudu makan susu tepung
•1 cawan dadih
•1 keping keju

Paras 5: Minyak, Garam dan Gula
Saranan sukatan : Kurangkan

Apakah Kumpulan Makanan Yang Perlu Saya Makan Lebih Semasa Menyusukan Bayi?
Perlu meningkatkan pengambilan makanan yang bersumberkan bahan nutrien seperti :

Kalsium
Sumber : susu, produk kacang soya, keju, dadih dan sayuran hijau.
Pilihla produk yang diperkaya dengan kalsium.
Kalsium suplemen di sarankan bagi ibu yang kurang pengambilan diet

Vitamin A
Sumber : hati, sayur berdaun gelap, buah dan sayur berwarna oren

Vitamin B Kompleks
Sumber: ikan, daging tanpa lemak, susu dan hati
Suplemen perlu di sarankan bagi ibu mempunyai simpanan vitamin B komples yang rendah (terutamanya ibu yang mengamalkan vegetarian)

Vitamin C
Sumber :buah –buahan (oren, betik, kiwi)
Tambahan suplemen tidak perlu bagi ibu yang mengambil makanan seimbang mencukupi

Adakah Perlu Mengambil Suplemen (Makanan Tambahan) Dalam Diet ?

•Bagi ibu yang mengambil makanan mengikut saranan panduan pemakanan semasa laktasi, suplemen tidak diperlukan.
•Tetapi, terdapat ibu menyusu yang perlu mengambil nutrien tambahan (suplemen) bagi memenuhi keperluan nutrien khusus, jika pengambilan diet tidak mencukupi.
•Perlu diketahui, suplemen tidak boleh menggantikan hidangan makanan yang tetap.
•Supplemen boleh diambil menurut nasihat Doktor atau Pegawai Dietetik.

Bagaimana Pula Dengan Pengambilan Cecair Semasa Menyusukan Bayi?

•87 % daripada susu ibu adalah air
•Di sarankan 8 – 10 gelas air setiap hari dan di galakkan minum segelas air setiap kali menyusukan bayi.
•Anda juga boleh mengambil jus, susu, sup dan teh herba.
•Minum lebih air bila bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas.

Adakah Saya Perlu Berpantang Mengambil Makanan Selepas Bersalin?

•Antara makanan yang dikategorikan adalah mengikut persepsi kepercayaan masing –masing. Contoh seperti :
◦Makanan 'sejuk' -kangkung, taugeh, kobis, timun, betik,nangka
◦Makanan 'panas' - telur, ayam, daging, organ dalaman
◦Makanan 'berangin' - teh, sayuran berkanji
◦Makanan 'tajam' - nanas
◦Makanan beracun - makanan laut dan kebanyakan jenis ikan

•Tradisinya, para ibu akan mengelak mengambil makanan 'sejuk' dan digalakkan mengambil makanan 'panas' semasa berpantang.
•Kesimpulannya, berpantang ini adalah hanya mengikut kepercayaan. Ibu yang menyusu dinasihatkan jangan hanya mengambil makanan daripada satu kumpulan sahaja.
•Hendaklah pelbagaikan makanan seimbang terutama dari kumpulan buah dan sayur yang membekalkan serat, vitamin dan mineral yang penting bagi tubuh badan.

sumber : http://www.myhealth.gov.my/

Thursday, July 1, 2010

Pemakanan Semasa Mengandung

Mengapakah pengambilan makanan sihat penting semasa mengandung?

Tujuannya ialah :

•Untuk memastikan perkembangan janin yang sihat
•Untuk mengekalkan kesihatan ibu.
•Untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa mengandung
       ◦Jika anda kurang berat badan, anda perlu menambah diantara 12-18kg
       ◦Jika berat badan anda normal sebelum mengandung, anda perlu menambah diantara 11-16kg.
       ◦berat badan anda berlebihan, anda perlu menambah diantara 7-11kg.
       ◦Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20kg.

Semasa mengandung berapa banyakkah yang perlu saya ambil?

•6-11 hidangan nasi/bijiran atau roti
•3-5 hidangan sayur dan buah (sekurang-kurangnya satu yang kaya dengan vitamin C dan satu dalam  vitamin A)
•2-4 hidangan susu atau produk tenusu
•3-4 hidangan daging, ikan dan makanan protein lain termasuk kekacang
•6-8 gelas air, dan tidak lebih daripada satu cawan minuman ringan (coca-cola) atau secawan kopi atau teh sehari.

Apakah jenis makanan yang perlu saya makan lebih semasa mengandung?

1.Pilih makanan yang mempunyai tinggi bahan nutrien seperti :
           ◦Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang soya)
           ◦Zat besi (hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang jenis        kering (kacang peas)
           ◦Vitamin A (hati, susu, telur)
           ◦Vitamin B Kompleks ( hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
           ◦Vitamin C (jambu, betik dan limau)
           ◦Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang).
2.Ambil makanan tambahan (jika disarankan oleh Doktor atau Pakar Pemakanan.

Jika menghadapi masalah ini, apakah patut saya lakukan?

1.'Lactose intolerance'
◦Cuba produk susu dengan minuman yang mengandungi rendah laktosa
◦Lebihkan pengambilan ikan yang mempunyai tulang yang lembut dan boleh dimakan (sardin, ikan bilis)
◦Minum susu kacang soya dan produk kacang soya
◦Ambil lebih sayuran seperti bayam dan kailan yang mempunyai sumber kalsium yang baik.

2.Loya (Morning Sickness)
◦Makan pada waktu makan yang teratur.
◦Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
◦Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak atau bergoreng.
◦Minum banyak air.

3.Sakit ulu hati (Heartburn)
◦Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
◦Kunyah makanan dengan perlahan.
◦Elakkan berbaring sejurus selepas makan.

4.Sembelit (Constipation)
◦Minum banyak air.
◦Ambil makanan yang tinggi kandungan serat (bijiran, bijirin penuh, buah-buahan yang tinggi serat dan sayuran)

sumber : http://www.myhealth.gov.my/