Friday, July 2, 2010

Pemakanan Semasa Menyusukan Bayi

Mengapakah Pengambilan Makanan Yang Seimbang Penting Semasa Menyusukan Bayi ?

Ini adalah kerana :
•Untuk membekalkan diet yang mencukupi bagi menggantikan simpanan tenaga yang berkurang semasa menyusu bayi
•Bagi menggalakkan pemberian dan penghasilan susu badan yang mencukupi untuk perkembangan bayi
•Bagi memperoleh kembali berat badan yang ideal ( iaitu mengurangkan berat badan yang meningkat semasa mengandung)
•Mengelakkan pengurusan pemakanan yang salah dan boleh memudaratkan diri sendiri dan bayi

Apakah Panduan Asas Pemakanan Semasa Saya Menyusukan Bayi?

Dengan pengambilan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia, panduan asas pemakanan perlu diikuti iaitu :

•Kepelbagaian - Hendaklah makan dari semua kumpulan makanan makronutrien dan mikronutrien
•Mengikut porsi - Digalakkan meningkatkan pengambilan makanan dari kumpulan makanan seperti sayur - sayuran, buah - buahan dan bijirin penuh.
•Kesederhanaan - Menghadkan pengambilan kuantiti makanan yang mengandungi tinggi lemak tepu, kolesterol, gula, garam dan alkohol.
•Aktiviti - Mengseimbangkan aktiviti fizikal dan pengambilan diet dalam seharian.

Berapa Banyakkah Penambahan Kuantiti Makanan Dalam Diet Sehari Perlu Di ambil?

Paras Piramid Makanan

Contoh Sumber Makanan Bagi Satu Hidangan
Paras 1: Bijirin, hasil bijirin dan roti

Saranan sukatan : 12 hidangan/sehari
Satu hidangan Bijirin :
•½ cawan nasi
•½ cawan mi/mihun/pasta
•½ tosai
•⅓ capati
•1 keping roti (putih/gandum)
•1 cawan bubur nasi kosong
•3 biskut tawar
•3 sudu makan oat (tidak dimasak)

Paras 2 : Buah dan Sayur

Saranan sukatan:3 - 4 hidangan/sehari
Satu hidangan Sayur : (3 - 4 hidangan) /sehari
•½ cawan sayur berdaun hijau (sudah dimasak)
•1 cawan sayur berdaun hijau atau ulam (belum dimasak)

Satu hidangan Buah : (3 - 4 hidangan) /sehari
•1/2 biji jambu, mangga
•1 biji pisang, epal, lai,pir, oren
•1 potong betik, nenas, tembikai
•3 biji kurma
•4 ulas nangka, cempedak 8 biji langsat, longan, anggur

Paras 3 : Ikan, Ayam, dan Daging
Saranan sukatan : 5 hidangan/sehari

Satu hidangan Ikan, Daging, Ayam::
•½ ketul peha ayam (saiz sederhana)
•½ ekor ikan kembung (saiz sederhana)
•2 ketul daging tanpa lemak (saiz kotak mancis)
•1 biji telur

Paras 4 : Susu dan Hasil Tenusu
Saranan sukatan : 3 hidangan/sehari

Satu hidangan Susu dan Produk Susu
•1 gelas susu (250 ml)
•4 sudu makan susu tepung
•1 cawan dadih
•1 keping keju

Paras 5: Minyak, Garam dan Gula
Saranan sukatan : Kurangkan

Apakah Kumpulan Makanan Yang Perlu Saya Makan Lebih Semasa Menyusukan Bayi?
Perlu meningkatkan pengambilan makanan yang bersumberkan bahan nutrien seperti :

Kalsium
Sumber : susu, produk kacang soya, keju, dadih dan sayuran hijau.
Pilihla produk yang diperkaya dengan kalsium.
Kalsium suplemen di sarankan bagi ibu yang kurang pengambilan diet

Vitamin A
Sumber : hati, sayur berdaun gelap, buah dan sayur berwarna oren

Vitamin B Kompleks
Sumber: ikan, daging tanpa lemak, susu dan hati
Suplemen perlu di sarankan bagi ibu mempunyai simpanan vitamin B komples yang rendah (terutamanya ibu yang mengamalkan vegetarian)

Vitamin C
Sumber :buah –buahan (oren, betik, kiwi)
Tambahan suplemen tidak perlu bagi ibu yang mengambil makanan seimbang mencukupi

Adakah Perlu Mengambil Suplemen (Makanan Tambahan) Dalam Diet ?

•Bagi ibu yang mengambil makanan mengikut saranan panduan pemakanan semasa laktasi, suplemen tidak diperlukan.
•Tetapi, terdapat ibu menyusu yang perlu mengambil nutrien tambahan (suplemen) bagi memenuhi keperluan nutrien khusus, jika pengambilan diet tidak mencukupi.
•Perlu diketahui, suplemen tidak boleh menggantikan hidangan makanan yang tetap.
•Supplemen boleh diambil menurut nasihat Doktor atau Pegawai Dietetik.

Bagaimana Pula Dengan Pengambilan Cecair Semasa Menyusukan Bayi?

•87 % daripada susu ibu adalah air
•Di sarankan 8 – 10 gelas air setiap hari dan di galakkan minum segelas air setiap kali menyusukan bayi.
•Anda juga boleh mengambil jus, susu, sup dan teh herba.
•Minum lebih air bila bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas.

Adakah Saya Perlu Berpantang Mengambil Makanan Selepas Bersalin?

•Antara makanan yang dikategorikan adalah mengikut persepsi kepercayaan masing –masing. Contoh seperti :
◦Makanan 'sejuk' -kangkung, taugeh, kobis, timun, betik,nangka
◦Makanan 'panas' - telur, ayam, daging, organ dalaman
◦Makanan 'berangin' - teh, sayuran berkanji
◦Makanan 'tajam' - nanas
◦Makanan beracun - makanan laut dan kebanyakan jenis ikan

•Tradisinya, para ibu akan mengelak mengambil makanan 'sejuk' dan digalakkan mengambil makanan 'panas' semasa berpantang.
•Kesimpulannya, berpantang ini adalah hanya mengikut kepercayaan. Ibu yang menyusu dinasihatkan jangan hanya mengambil makanan daripada satu kumpulan sahaja.
•Hendaklah pelbagaikan makanan seimbang terutama dari kumpulan buah dan sayur yang membekalkan serat, vitamin dan mineral yang penting bagi tubuh badan.

sumber : http://www.myhealth.gov.my/

No comments: