Hari ni Abi keluar 3 hari ke Kodiang. Jadinya Umi tinggal dirumah berdua sahaja dengan "encem boy" Miqdad. Bukan main seronok dok melayan si Miqdad petang tadi...main macam-macam. Penat juga dibuatnya...Yang buat Umi penatnya dia dah tak boleh nak ditinggalkan sorang-sorang. Sekejap je Umi hilang Miqdad dah bising cari merata-rata...Letak kat bawah dia panjat segala benda..pastu jatuh...Bila masukkan walker je dia panjat nak keluar sendiri pula...Hishhhh...
Paling seksa bila nak masuk bilik air..kena curi-curi...bila dia leka main Umi tinggalkan sekejap. Kalau dia tau siap nak mengekor pula...Sabar jelah. Tengah main-main ngan dia Umi tinggalkan sekejap nak ke dapur. Masa tu Miqdad dalam walker tengah leka main ngan helikopter dia. Umi sibuk dok kupas betik, tiba-tiba senyap je tak dengar suara..dah risau ni.. mesti ada apa-apa aktiviti menarik dia dok buat. Cepat-cepat Umi ke depan....tak sempat sampai pun dah dengar bunyi "warghhhhhhh....." Ya Allah anakku dah jatuh (ala-ala superman) tersembam di atas lantai...ya lantai bukan atas karpet. Terus Umi angkat. Meleleh air mata hero Umi tu...merah dahinya cium lantai...Umi pun kelam kabut gosok-gosok ngan tuam skit..Pastu bagi nenen. Nasib baik dia ok, terus berenti nangisnya...Belek-belek lebam juga ler skit..
Pengajarannya lepas ni Umi takleh tinggalkan dia sorang-sorang lagi..Terpaksalah mendukungnya sepanjang aktiviti...(kalau ada). Malam Abi tepon, Umi citer lah kejadian tu...Abi kata dah biasa dah..Pagi tadi Miqdad dah mula buat perangai macam tu....Tak heran pun...Patut lah Abi tak dan mandi pagi tadi masa jaga Miqdad....hehehe
p/s: Umi tak masak pun, Abi hantar makanan bungkus je..
No comments:
Post a Comment