Mengapakah pengambilan makanan sihat penting semasa mengandung?
Tujuannya ialah :
•Untuk memastikan perkembangan janin yang sihat
•Untuk mengekalkan kesihatan ibu.
•Untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa mengandung
◦Jika anda kurang berat badan, anda perlu menambah diantara 12-18kg
◦Jika berat badan anda normal sebelum mengandung, anda perlu menambah diantara 11-16kg.
◦berat badan anda berlebihan, anda perlu menambah diantara 7-11kg.
◦Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20kg.
Semasa mengandung berapa banyakkah yang perlu saya ambil?
•6-11 hidangan nasi/bijiran atau roti
•3-5 hidangan sayur dan buah (sekurang-kurangnya satu yang kaya dengan vitamin C dan satu dalam vitamin A)
•2-4 hidangan susu atau produk tenusu
•3-4 hidangan daging, ikan dan makanan protein lain termasuk kekacang
•6-8 gelas air, dan tidak lebih daripada satu cawan minuman ringan (coca-cola) atau secawan kopi atau teh sehari.
Apakah jenis makanan yang perlu saya makan lebih semasa mengandung?
1.Pilih makanan yang mempunyai tinggi bahan nutrien seperti :
◦Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang soya)
◦Zat besi (hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang jenis kering (kacang peas)
◦Vitamin A (hati, susu, telur)
◦Vitamin B Kompleks ( hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
◦Vitamin C (jambu, betik dan limau)
◦Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang).
2.Ambil makanan tambahan (jika disarankan oleh Doktor atau Pakar Pemakanan.
Jika menghadapi masalah ini, apakah patut saya lakukan?
1.'Lactose intolerance'
◦Cuba produk susu dengan minuman yang mengandungi rendah laktosa
◦Lebihkan pengambilan ikan yang mempunyai tulang yang lembut dan boleh dimakan (sardin, ikan bilis)
◦Minum susu kacang soya dan produk kacang soya
◦Ambil lebih sayuran seperti bayam dan kailan yang mempunyai sumber kalsium yang baik.
2.Loya (Morning Sickness)
◦Makan pada waktu makan yang teratur.
◦Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
◦Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak atau bergoreng.
◦Minum banyak air.
3.Sakit ulu hati (Heartburn)
◦Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
◦Kunyah makanan dengan perlahan.
◦Elakkan berbaring sejurus selepas makan.
4.Sembelit (Constipation)
◦Minum banyak air.
◦Ambil makanan yang tinggi kandungan serat (bijiran, bijirin penuh, buah-buahan yang tinggi serat dan sayuran)
sumber : http://www.myhealth.gov.my/
1 comment:
salam ummimiqdad,terimakasih atas ucapan:)lama tak tengok miqdad,harap semua oaky jer and miqdad membesar dengan baik.Good entry ummi,its true kena banyak ambik makanan khasiat masa hamil..tapi kalau sakit tak lalu makan problem jugak
Post a Comment