Thursday, February 24, 2011

Tips Mengatasi Bengkak Susu

Bengkak Payudara @ Bengkak Susu

Dalam masa 2 ke 3 hari selepas bersalin, anda mungkin mendapati payudara anda bengkak berdenyut-denyut, berketul-ketul dan penuh dengan rasa tidak selesa. Kadang-kadang bengkak itu akan merebak sehingga ke ketiak. Anda juga mungkin mengalami sedikit demam. Namun jangan bimbang, ianya hanya sementara.

Apa penyebabnya?

Selepas 72 jam bersalin, susu akan terhasil melimpah-limpah untuk bayi anda. Apabila ini tejadi, lebih banyak darah akan mengalir ke payudara anda dan sedikit ke kawasan bengkak. Hasilnya, payudara menjadi penuh dan membengkak. Tetapi tidak semua ibu-ibu mengalaminya. Setengahnya mungkin hanya mengalami sedikit pembesaran, setengah lain pula mungkin mendapati payudara membesar dengan banyak dan mengeras. Mungkin ada ibu-ibu tidak menyedari kesakitan ini kerana baru bersalin dan masih kepenatan.

Bagaimana untuk merawatnya?

Pembengkakan ini sebenarnya adalah petanda positif untuk anda. Badan anda sedang menghasilkan susu untuk bayi
1.Pakailah bra untuk susuan yang dapat menyokong payudara anda, termasuk waktu malam. Pastikan ianya tidak terlalu ketat

2.Susukan bayi anda kerap, setiap 2 ke 3 jam walaupun ini bermakna anda perlu mengejutkan bayi anda. Ini adalah penting kerana jika bengkak tidak berkurang ia boleh menyebabkan pengurangan kepada pengeluaran susu. Cuba berikan sebelah payudara sehingga payudara anda menjadi lembut. Jika bayi anda kenyang dengan sebelah payudara sahaja, berikan sebelah payudara lagi untuk yang seterusnya.

3.Elakkan bayi anda menghisap ketika areola( bahagian gelap putting anda) dalam keadaan keras. Untuk mengurangkan puting rosak atau luka dan membantu bayi anda menghisap susu (puting yang keras menyukarkan bayi menyusu), perah susu secara manual sehingga areola lembut.

4.Elakan memerah susu kecuali untuk melembutkan areola atau apabila bayi anda tidak dapat meyusus. Habit atau kerap memerah akan menyebabkan perngeluran susu yang berlebihan dan memanjangkan pembengkakan

5.Ketika menyusu bayi, urut dengan lembut payudara yang sedang dihisapnya. Ini mengalakkan susu mengalir dan mnegurangkan ketegangan dan ketidakselesaan

6.Untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak, letakkan pek sejuk ke atas payudara sekejab selepas menyusu.

7.Jika anda mengalami kesakitan yang teruk dapatkan ubat dari doctor.

8.Jangan letakkan benda panas seperti pad pemanas atau botol air panas ke payuadara anda yang bengkak kecuali untuk melembutkan areola dan membantu susu keluar. Ini hanya akan memburukkan keadaan.

Berapa lama akan berpanjangan?

Berita baik untuk anda. Ianya akan berlalu dengan segera. Ianya akan hilang dalam masa 24 ke 48 jam iaitu dengan cara menyusu bayi anda. Jika anda tidak menyusukan bayi anda, kemungkinan ianya akan bertambah buruk sebelum pulih. Selepas ianya berlalu, payudara anda akan lebih lembut tetapi penuh dengan susu.

Bolehkah saya terus menyusu?

Anda boleh dan patut teruskan menyusu. Pembengkakan yang tidak berkurang akan menyebabkan penurunan kekal pengeluaran susu. Jadi amat penting menyusu dengan tetap. Sebaiknya terus memberi susu selepas bersalin dan menyusu dengan kerap bermula dari saat itu. Lihat tanda bayi anda lapar seperti menghisap jari atau menangis.

Adakah ini akan memberi kesan kepada bayi saya?

Tidak. Sebaliknya anda mungkin akan lebih menyusu bayi anda sebanyak dan sekerap yang anda boleh.

p/s: Saya dapat info ini dari SINI

2 comments:

IntanSham said...

Slm singgah... saya pernah kena bengkak susu ms menyusukan ank sulung. Dr bg antibiotik. Jgn dibiarkan. Kerapkan urut/tuam dgn air batu. Blh carik pek (lupe pulak apa namanya) yg dijual kt farmasi. Bila sejuk-bekukan gelnya akan menyejuk, sesuai utk tuam. Dulu mmg saya mkn ubat & tuam selalu.. Alhamdulillah ok... :)
take care..

umimiqdad said...

terima kasih di atas panduan berguna tu..sebelum ni tak pernah lak jadi,bila anak ke4 ada pulak dugaan skit...

p/s: cg intan pun jaga diri elok2 ok