Ini satu lagi resepi kalau nak makan tapi tak berapa rajin nak masak renyah2 ye puan-puan...Gerenti sedap bagi penggemar pasta la kan...kalau dah hantu nasi tak kuasa nak kata sedap pulak...
Spagheti Bolognese
Resepinya sangat senang dan simple masa penyediaannya pulak tak la lama sangat...ini resepi version saya yang sangat simple ye...bagi yang baru nak belajar memasak gerenti jadi punya...
Cara2:
1. Masak spaghetti mengikut arahan pada paket. Sudah masak toskan
2. Tumis sebiji bawang besar cincang, masak hingga layu dan wangi ye
3. Masukkan carrot dan tomato yang didadu kecil..bleh guna apa2 sayur ikut selera anda
4. Kemudian masukkan daging kisar cap apa2 jerlah...saya guna ramly jer..dalam setengah paket
5. Masak hingga daging tu empuk dan kering air dagingnya...kacau2 sikit supaya tak melekat kat kuali
6. Lepas tu masukkan sos pasta kegemaran anda dan tambah air sikit agak2 la ye
7. Biar mendidih...perasakan dengan garam dan black pepper sesedap tekak anda ok
8. Tutup api...Tadaaa...sudah siap...sendukkan spaghetti kedalam pinggan tuangkan sos pastu bolehlah dimakan...jgn lupa tabur oregano @ thyme @herba2 apa yg korang suka
No comments:
Post a Comment