Thursday, March 3, 2011

Puding Jagung Strawberi

Hari ni nak kongsi satu resepi pencuci mulut @ dessert yang senang dimasak tapi sedap dimakan. Makan masa cuaca tengah panas macam sekarang lagi best tau...sedar2 dah abis semangkuk...hehehe

lupa nak amik gambar sebelum makan...bila dah makan tinggal suku baru teringat...
inilah hasilnya...tgk gambar ni tak menarik nak makan, tapi cubalah rasanya...woww sedappppp

Puding Jagung Strawberi
Sumber resepi: Kak Hanieliza Fotopages

Bahan Puding
1 cawan susu cair
1 cawan jagung cream
1 cawan gula
1 cawan tepung kastad
1 cawan tepung jagung (ganti tpg kastard)
5 cawan air

Bahan Agar2
1 kotak agar2 Lady's Choice perisa Rasberi/Srawberry (ganti agar2 strawberry NONA)
buah2 koktel dalam tin (ganti mangga segar didadu)

Cara
1. Masukkan semua bahan puding dan kacau dalam kuali diatas api sehingga nampak masak.
2. Masukkan dalam cawan berkaki atau acuan puding kaca.
3. Masakkan adunan agar2 mengikut arahan di kotak dan tuangkan atas puding.
4. Masukkan buah2 koktel dalam tin dan sejukkan.
5. Hidangkan sejuk.

3 comments:

DeLancrettLurpak said...

tunggu saya carik instant jelly mcm tu, baru leh cuba.. sini susah nak dpt, banyak je yg jual ada pork gelatin..

Madam Sooyaree said...

Waaa.. sedapnye! Kang buat, sesorang makan, bahaya!

umimiqdad said...

delancrettlurpak> order jer dr malaysia jelly tu
madam sooyaree> memang betul setengah mangkuk saya makan sensorang...hihi