Tuesday, February 7, 2012

Cuti-cuti Di Kampung Nenek

Baru-baru ni kami balik kampung nenek...Miqdad dan Mujahid suka sangat kalau dapat balik kampung ni...yer la kan dapat lah diorang melasak sepuas hati...berlari tengah padang, naik turun tangga, mengemas rumah nenek dan macam-macam lagi aktiviti yang sangat menarik bagi diorang...

Kami bertolak pun dah petang, Miqdad kejap ajer dah lena...Mujahid pula dah tidur sebelum tu jadi dalam kereta jenuh beraktiviti dengan dia...Mujahid tak suka naik kereta lama2..dia cepat boring, lepas tu nanti mulalah nak menangis memanjat bagai...nanti umi pulak la yang naik angin hihi...Penat jugak la nak melayan sikecik ni...

Budak kecik yang boring mula dah buat perangai...kejap2 jerit pastu mengelongsor nak turun bawah...dah boring nak mencelah pergi ke depan kat abinya pulak...jenuh umi kena pegang kuat2 sambil tarik dia tau..


"comel tak saya? ada klon muka umi saya tak??
Sempat la posing bila angin nya dah ok...tu pun sekejap saja...sat lagi melompat nak turun pulak...hehe


Abang Miqdad ok jer kali ni...tertidur keletihan pasal sebelum bertolak tadi dah penat main bola sakan...tengok tu tak sempat pasang seat belt lagi dah lena...

Sampai kat kampung dera Cik Wi amik buah kelapa pulak...amik banyak2 tau..

Mujahid yang sibuk nak join sekaki tolong cikwi kait buah kelapa...jenuh nak berkejar  dengan dia...tapi puas la dia dapat praktis berjalan satu padang umah nenek...bukan senang nak merayau lepas bebas macam ni kan..

Haaa...ni la kelapa muda @ nyioq muda...sedap woooo...isinya lembut berhingus lagi...manis giler sebiji mana cukup kan..kurang2 kena amik setandan kan..sian atuk balik jer kg habis nyior atuk setandan..hihi


Tengok tu Cik Wi tengah tolong kopek buah nyior muda...berapa banyak daaa...

Ni la budak gile bola..siang malam asyik dengan bolanya saja...minat sungguh dengan " bola kampung", "supa strikas" semua yang ada bola...siang malam pakai jersi kepit bola hulu hilir...

Sorang lagi mabuk berjalan..berjalan tak berhenti-henti...jenuh ikut dia dok tawaf satu padang umah nenek tu...tak penat ke nak oiiii...


3 hero Umi tengah berpiknik di tengah padang rumput kat depan umah nenek...yang best tu boleh minum2 sambil makan2 kerepek sekali... :) happy moment

Mujahid siap tergolek main masak2 dengan gembiranya tanpa kawalan Umi macam selalu...lepas bebas sangat seronok kan...

Gembira ketawa terkekek-kekek si Miqdad main dengan anak sepupu...apa la yang best sangat tu kan...

Ni la atuk dan nenek saya yang tersayang...piknik kat tengah padang beramai2...sambil tengok keletah anak cucu...nenek kata bestnya kalau selalu macam ni...hehe :) kalau takde kitaorang atuk ngan nenek malu la nak piknik berdua-duaan

saat2 manis ;) hehe..macam dok berdating pulak...tapi ada sikecil kat tengah tu pulak...si abang nya tengah berlari kat tengah padang...

Inilah rumah atuk dan nenek saya yang paling best...bila sebut nak balik kampung jer Miqdad mesti dah tak sabar2 menunggu...hari2 akan tanya bila nak sampai kampung ni...hingga la dah tiba kat kampung baru lah dia diam tak bertanya lagi..

Iskkk...bila tengok gambar2 ni buat tak sabar nak balik kampung lagi la...

No comments: