Saturday, April 23, 2011

Susahnya nak banteras pengaruh cd ni...

Miqdad sekarang dah addicted pada satu hobi ni...Susah giler nak banteras pengaruhnya...punya la teruk sampai lupa segalanya...lupa makan minum, permainan yang penuh sebilik tu, aktiviti panjat memanjat...pendek kata kalau tengah kusyuk tu umi panggil pun tak dengar...tenggelam di alamnya sendiri...bersama kawan2 kartunnya...tom &jerry, pingu, teletubbies, barney, pocoyo, doraemon, sinchan, upin ipin dan segala mak nenek kartun...kadang2 rasa malas nak bagi dia tengok pasal kuat sangat pengaruh tu lekat kat kepalanya...sikit-sikit buat itu ini macam tom, mcm pingu, mcm barney pendek kata macam kawan2 mayanya lah...

Budak2 ni kan senang terpengaruh, tu yang kadang2 umi tak bagi tengok atau tapis skit la mana yg patut...kadang2 bagi fastforward cd, skip la certain part supaya dia tak bleh ikut mana yg umi rasa melampau tu...kiranya jadi badan penapis macam finas la kan...



tengok tu kusyuk dengan aktiviti melayan cd kartunnya...


apa la yang best sangat sampai gitu punya kusyuk...umi panggil pun tak pusing2 tengok


terus pusing sambil tersenyum bila umi kata kalau tak jawab nak off cd...hebat tak hebat pengaruh kartun ni pikirlah sendiri...

No comments: