Sunday, March 11, 2012

Cameron Highland Part 3

Bismillahhirrahmanirrahim....
Salam buat semua...

Hari ni saya nak sambung lagi cerita percutian saya ke Cameron Highland yang masih tak habis-habis tu kan...heheheh..Hari ke-2 semua orang pun bangun awal sebab Umi kata nak jalan-jalan kat ladang teh pulak...nak tengok pemandangan yang berkabus di awal pagi yang sangat segar tu..mesti menarik kan...


pemandangan dari dalam kereta yang cantik berkabus...menghijau mata memandang 


kesian baby Mujahid yang mengantuk kena bangun pagi...lepas mandi siap comel2 dia pun sambung tidur balik dalam kereta...ambik tenaga dulu pastu nak melompat tak hengat abi kata..hihi


saya yang hensem...tengah menikmati sarapan di cafe di ladang  teh Boh...sambil makan sambil berangan tengok pemandangan yang cantik sangat... ;))



Ini antara makanan yang Umi beli di cafe tadi...rasanya boleh tahan la...tapi harga sedikit mahal berbanding di tempat makan biasa...Abi kata mestilah...kita kan bayar untuk menikmati pemandangan yang cantik ni kan... ;))


English scone tapi tak rupa scone pun Cik Yong kata...hehehe...rasanya pun tak sesedap scone kat bakery...nasib baik la ada jem strawberry buat penyedap rasanya...tapi cream ciput sangat...tak puas makan la...Abi kata tak baik tau komplen makanan...jadi kitaorang pun makan la dengan gumbiranya...abaikan lah rasanya...asalkan happy dapat sampai kat sini pun jadilah...


ni pulak makanan yang CikYong dan CikRa order...sebenarnya tak banyak pilihan sangat...kalau nak makanan ikut tekak melayu sila sarapan siap-siap kat luar ok...hihi...



saya yang tak boleh dok diam...asyik melompat 24jam...puas kena peluk dengan Cik Yong ajak bergambar...cubaan untuk melarikan diri tapi berjaya juga di pegang oleh CikYong...


Umi pulak berusaha bertungkus-lumus memeluk kami untuk bergambar...Umi kata tak payah nak posing lawa2, snap jer gambar...biarlah abaikan diorang tengah menggelongsorkan badan nak lari tu... ;))


Baby Mujahid yang sangat gembira apabila berjaya melarikan diri daripada Umi...Umi pulak sampai terduduk tak terkata dah dengan keletah kami berdua ni...sabar yer Umi...


Pemandangan ladang teh yang segar menghijau...luasnya sayup mata memandang...


Budak kecik yang sibuk nak tolak stroller...orang nak tolak dia...dia pulak sibuk nak turun...biarkan jer lah Umi kata...pasal dah tak larat dok mengejar diorang berlari sepanjang cafe tu...


Ini pulak saya tengah berlari dengan gembiranya...Kat hujung sana Abi dah penat tengah tunggu kat kerusi, CikRa pulak kena kejar saya...hehehe. Sebenarnya Umi nak pergi tengok tempat memproses daun teh ... masuk percuma ajer kat kilang ni, siap ada bilik audio visual tentang ladang teh ni...tapi saya pulak berlari berlawanan arah...tu yang abi tak larat tunggu...;)) sabar jerlah...



Inilah kilang memproses daun teh Boh...kat dalam tu kita bolehlah tengok step by step macam mana teh diproses sampai siap...best jugak, sebab saya suka sangat tengok mesin yang besar2 tu...


Haa...inilah pekerja yang ada kat dalam kilang tu...tekun sekali diorang tu tak kan...walaupun ada pelawat diorang tak kisah sebab dah biasa kot...tak terganggu pun dengan saya yang tengah mengintai kat sebalik cermin kaca ni :))

Lepas melawat lebih kurang, kami pun keluar lah pergi kedai cenderahati pulak...kami tak beli cenderahati pun cuma beli "cenderaperut" ajer...pasal kami beli macam-macam jenis teh untuk dibawa balik...untuk isi perut, bukan isi hati..hehheh ;0

NotaKaki : Oleh kerana Umi sudah penat menaip, saya akan sambung lagi cerita ni di lain masa...tata

3 comments:

Anonymous said...

naklagi naklagi naklagiiiii... more story plessssss... trubat rindu en kat encem boy 2 org tu

Mama Farris said...

bestttnya gi ..teingin nak gi...sampailah hajat ni..aminn..

anis.farhana said...

saya pernah pergi satu hari je, yang ladang teh tu saya borong teh banyak2 gak, ehhhmmm nak pergi lagi especially kat market dia, makan cendawan goreng panas2, sedapppp