Saturday, March 24, 2012

Cameron Highland Part 4

Bismillahhirrahmanirrahim....
Salam Semua...

Kita sambung lagi cerita ok...On the way balik daripada ladang teh Boh di Sg Palas kami sempatlah singgah di beberapa buah ladang strawberry...kali ni tak sempat bergambar pun cuma nak beli strawberry sikit dengan aiskerim strawberry yang sangat sedap...buat bekal makan kat hotel...selain itu Umi ada juga belikan jem strawberry homemade daripada KHM Starwberry Farm sorang satu untuk cikyong dan cikra sekali...dan yang paling best adalah aiskerim homemade KHM juga sorang satu...kecuali Miqdad dan baby kongsi ajer ler...bukan habis pun makan...

Sampai hotel lepak2 sementara Abi pergi solat Jumaat...lepas tu tepon Abi belikan nasi bungkus siap2, tak payah keluar makan dah semua malas nak bersiap kan..hehehe...dah siap makan rehat2 jap pastu petang baru start jalan semula...plan kali ni nak pergi Big Red Strawberry Farm...lepas tu nak singgah pasar malam kat Brinchang...nak borong sayuran segar pulak...

budak berdua ni tengah tengok  tv sementara berehat tunggu Abi solat...kusyuk ajer si Miqdad tu...bukannya kartun tapi rancangan masak2 kat tv apa tah...


Kat pintu masuk Big Red Strawberry Farm...Umi dengan Mujahid ajer sempat bergambar...tengok tu mulut pun senget2 pujuk baby tengok camera...


Segar dan hijau sangat tengok salad kat sini...rasa macam nak amik makan kat situ jugak...tapi sayangnya farm ni tak jual sayuran segar dia...kempunan Umi tau...


Bestnya tengok strawberry bergayutan kat pasu tu kan...nak self picking rm25 utk 1/2kg, tapi budak2 tak boleh masuk...jadi Umi tak sampai hati nak tinggalkan diorang pulak...melepas la jugak...takpelah takde rezeki kali ni...lain kali InsyaAllah


Buah strawberry yang manis...manis lagi CikRa saya ni kan ;)


Singgah cafe dia kejap beli Strawberry Yogurt, Strawberry with Cream, Strawberry Pancake dan souvenier sikit...ada macam2 benda berasaskan buah strawberry dijual kat sini...


comel jek tengok semuanya pink2 dan merah2 ajer...  


Strawberry yang ni lagi geram kan...terasa nak macam nak ngap jer..meleleh air liur..hihi


Anggur pun ada tapi tak banyak pun...

nampak tak pokok anggur sepanjang laluan ni...terasa macam dok oversea pulak bila di bawah pokok2 anggur ni kan... :))


ada budak sudah penat nampaknya...Mujahid terlentok dibahu CikYong...berat tak dukung saya? ada macam bawa guni beras tak cik?? hehe

penat berjalan kitaorang lepak jap dekat kolam ikan kap ni...Miqdad dan Mujahid bukan main suka tengok ikan2 tu...siap nak dimainnya air tu..sambil2 tu kitaorang tunggu Abi repair pintu kereta...

Abi terkunci kereta yang sedang hidup enjinnya...hahaha, kenalah minta bantuan kat pekerja farm tu...bertungkus lumus diorang dok umpil cermin tingkap tapi tak berjaya...last2 dah nak give up baru lah diorang berjaya jugak korek apa tah kat tepi pintu keta tu :)

muka boring tengah tunggu Abi "buka" kereta

 
strawberry merah2 yang gumuk sangat sedap dan juicy dimakan fresh...nak lagiiiiiiiiiiiiii

tengok tu ada budak kecik yang tak tahan tengok strawberry gumuk yang manis ini... :))

NotaKaki: Takde sebarang gambar aktiviti di pasar malam sebab hujan renyai2..malas nak berhujan takut budak2 tu demam pulak, dah la cuaca sejuk kat CH kan...beli barang pun cepat2 ajer, tak sempat nak round semua gerai...tapi yang pasti memang best giler tengok sayuran segar yang murah2 sangat tau...banyak jugak la Umi borong stok sayur...hehehe