Friday, October 30, 2009

Garam dalam makanan bayi

Merujuk kepada entry sebelum ini...Akhirnya setelah Umi dok google2 baru dapat jawapan muktamad...Kesimpulannya X GARAM untuk makanan Miqdad ye...Sori ye baby kalau tak sedap skit...heheh. Demi kesihatan kena la korban skit kan....Maklumat ini didapati daripada laman web "Pusat Maklumat Rakyat". Sedutan soalan dan jawapannya....

Soalan: Berapa banyak garam yang selamat ditambahkan ke dalam sayur kukus lecek untuk bayi saya yang berusia tujuh bulan?

Jawapan:

" Garam berbahaya untuk bayi yang masih kecil, khususnya yang berusia di bawah empat bulan, kerana buah pinggang mereka masih belum matang dan tidak boleh mengumuhkan garam ke dalam air kencing. Diet yang mengandungi terlalu banyak garam boleh menyebabkan bayi mengalami pendehidratan yang, dalam keadaan yang terlampau, boleh menyebabkan kerosakan organ.

Bayi memang memerlukan garam dalam jumlah tertentu di dalam dietnya tetapi ia sudah dibekalkan oleh susu ibu atau susu formula dan selepas empat bulan, ia boleh didapati daripada makanan yang tidak diproses seperti nasi, buah-buahan dan sayuran. Jangan tambahkan garam ke dalam makanan bayi sewaktu atau selepas memasak makanan tersebut.

Anda juga perlu berhati-hati terhadap lain-lain perasa yang mengandungi garam, misalnya kicap, sos tomato, sos tiram dan sebagainya. Ia tidak perlu ditambahkan ke dalam makanan bayi sekurang-kurangnya sehingga bayi berusia 12 bulan. Jika anda menyediakan hidangan untuk seluruh ahli keluarga, ketepikan bahagian untuk bayi sebelum menambah garam. "
Soalan dijawab oleh Prof. Dr. Muhammad Abdul Jamil Mohd. Yassin.

Untuk rujukan bolehlah melayari laman web http://pmr.penerangan.gov.my/

Thursday, October 29, 2009

Meh makan skit sayang...

Gumbiranya umi hari ni pasal Miqdad dah nak makan. Kalau tidak kita suap je dia luah balik. Eeeiii....geram sungguh ngan encem boy ni..Bila dah tak mau makan asyik nak bernenen aje.. Sampai naik kematu belakang umi ni tau...Malam je siap umi. Setiap 2 jam mesti bangun nak susu. Kadang2 tu umi siap bebel2 kat dia suruh makan. Kalau dah laapar mesti tak bleh tdo malam kan.. Jadinya umi pun penat jugalah terpaksa berjaga malam...Esoknya nak pi kerja pulak...Tak sempat nak qada tido tau...hehe.

Sebenarnya Miqdad 6 bulan umi dah start bagi solid food. Tapi entah lah dia tak nak makan pun... Penat je umi masak bubur nasi + ayam + sayur dll. Mungkin bukan selera dia kot..yelah bubur tawar tanpa garam. Tentunye takde rasa confirm tak sedap ler...Nak buh garam nurse dah pesan JANGAN + GARAM dlm makanan baby. Buah pinggang baby tak kuat lagi nak proses perasa/garam/gula macam tu ler katanye...Tanya kengkawan depa buh garam tak? Mostly, depa buh jugak skit nak bagi ada rasa.

Umi pun confius gak ni.Pas ni nak kena google2 sat tentang garam dlm makanan baby...nanti umi kongsi info nya...

Monday, October 26, 2009

Kena timbang rupanya........heheh

Assalamualaikum...

Hai semua...terutama acik2 dan kawan2 saya..Nak tau tak? Petang tadi saya pergi klinik. Umi ngan Abi lah  yang bawakan. Pelik juga ni pasal saya sihat aje..tapi saya ikut jelah kan...Bila sampai je kat klinik tu saya tengok ada ramai sangat orang.  Mula-mula tu saya sangat ceria dan seronok explore macam-macam. Dah lama skit saya pun mula rasa tak selesa. Pastu asyik minta Umi dukung je...Umi penat sangat sebab baru balik kerja. Tapi terpaksa dukung juga nak bagi saya diam tak nangis. Yelah kan dah lah panas, pastu saya rasa bising sangat takde mood je rasa...hehe...mengada-ngada sikit saya ni kan...Bila la nurse nak panggil nama saya ni... dah lama sangat dah..

Akhirnya nama saya pun dipanggil. Masa tu saya dah separuh mengantuk, lali2 je kat bahu Umi. Saya nampak ada 3 orang nurse dalam bilik tu.. Nurse tu suruh Umi buka semua pakaian dan diaper saya...Ehhh malulah saya kan...Lepas tu Umi letak atas satu alat yang ada nombor2. Bila dah atas tu keluar lah nombor 8.6, Umi pun cakap "berat baby 8.6kg nurse" Kena timbang rupanya........heheh. Pastu baru lah saya tau...semua baby  kena buat pemeriksaan kesihatan setiap bulan. Ala..nurse tu timbang, dan check badan saya sikit2 je... Yelah kan baby mesti dipantau selalu. Supaya saya membesar dengan kuat dan sihat.

Kemudian nurse tu ada borak2 ngan Umi pasal perkembangan saya. Tengok Umi ngan Abi cakap2 sambil senyum aje. Mesti semua ok. Alhamdulillah..."Minumlah susu ibu supaya anda sihat dan kuat macam saya". Eleh macam iklan la pulak kan...Mestilah promote. Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk baby2 macam saya tau...Dah nak balik nurse tu pun bagi next appoinment untuk datang klinik lagi. Hemmm...23 Disember ni saya kena check lagilah kawan-kawan.

Ok lah semua, sekian ini saje cerita saya hari ni..Bye semua

p/s: gambar saya yang tertido keletihan bila dah sampai rumah...heheh cute tak saya?




Luv
Miqdad

Sunday, October 25, 2009

Macam-macam aktiviti saya tau...


Assalamualaikum...

Hari ni saya ada cerita skit nak kongsikan...Sekarang ni saya dah besar skit tau. Hari ni genap umur saya 9 bulan. Jadi banyak ler aktiviti  yang saya dah pandai buat. Seronot woo jadi baby ni tau, buat apapun orang tak marah..Abis-abis pun Umi saya kata "ala dia kan baby lagi"...hehe. Ini antara aktiviti yang saya suka buat (kacau Umi sebenarnya)....

Bila umi atau abi lipat baju saya minta masuk bakul, nampak tak mata bulat saya tu....seronot sangat tau...

    

Bila saya dah pandai skit saya try masuk bakul tu sendiri je.  Pastu kan saya takut skit pasal bakul tu kecik sangat, tak muat nak bergerak. Sakit skit kaki saya....Umi tolongggg...saya nak kuar...
                                           
                                                    


Bila dah penat main dalam bakul saya cuba pulak main laptop umi saya. Memula umi marah-marah takut saya rosakkan kerja sekolah umi. Tapi lama-lama umi dah tak marah pasal saya pandai guna kot...hehehe. Saya nak cuba upload gambar2 aktiviti saya seharian ni. Kot-kotlah makcik-makcik saya rindu nak tengok saya kan....Especially Cik Ann saya yang jauh kat Jepun tu..Sambil-sambil tu saya nak try video chat ngan Cik Ann saya pulak. Dah lama umi tak video chat, rindu saya kat Cik Ann tau...Nanti kalau sesape rindukan saya bleh lah follow blog ni tau...

                                                    
Laparlah pulak saya rasa nak break jap la...nak tambah tenaga skit. Umi kata pasal saya kan super active sekarang ni...jadinya banyak pakai tenaga. Ok semua, saya nak tolong sedut lemak umi jap ye...emmmi nenen......

Luv
Miqdad
                

Saturday, October 24, 2009

Daging Masak Kicap Special dan Baby Pak Choy Fish Cake

Hari ni rasa malas je nak masak tapi perutnya terasa lapar. Jadi selongkar peti ais nampak lah daging yang dah beberapa hari dibeli. Pikir-pikir masak simple2 je dah la. Lagipun Abi takde ari ni, nak makan ngan Bucu je nanti. Tanya Bucu nak masak apa daging tu. Dia kata apa2 je lah..Buat keputusan Menunya Daging Masak Kicap Special partner ngan Baby Pak Choy & Fish Cake dan tak lupa sambal belacan pedas giler..

Alhamdulillah, nasib baik dagingnya ok, cepat je empuk. Kekadang tu berjam-jam(melebih-lebih pulak umi ni) nak tunggu daging empuk. Maklumlah Umi takde pressure cooker tu. Kalau ada cepat lah skit kan...nantilah dok pikir2 nak beli jugak. Tapi barang lain asyik potong "q" je. Sabar je lah...

Jeng jeng jeng....ni lah menu kita hari ni ye baby. Ehh baby lum ada gigi takleh join Umi ngan Bucu lunch. Bleh tengok-tengok je tau. Sambal belacan pedas giler memang  giler lah, Umi makan sampai air mata keluar meleleh skit tau. Nasib baik takde orang nampak...hehe


Daging Masak Kicap Special




Baby Pak Choy & Fish Cake



Hari ni Umi makan nasi banyak sangat tau, berapa juta biji pun tak tau...malulah nak cakap. Baby ngan Bucu je tau ye. Nanti Bucu kata Umi takpelah ada tukang sedut lemak...hehe.Siape lagi kalau bukan Miqdad encem tu..Kalau makan diet2 macam Bucu nanti tak cukup zat untuk Miqdad. Betul tak baby kan..kan..(cover line le tu... )

Umi berenti jap ye, nanti sambung lagi. Tukang sedut lemak dah panggil...kan dah cakap tadi betul tak ? hehe

Baby sedih ni...

Hari ni saya sedih sangat. Bucu saya dah balik kampung. Petang tadi saya ikut Abi ngan Umi hantar Bucu kat stesen bas. Lepas ni saya takdelah kawan nak lompat2 dan jerit2 macam semalam tu. Bucu suka layan saya sebab tu saya sayang sangat kat dia. Kalau dia tengah buat "kerja sekolah" pun dia tak marah saya kacau dia tau. Saya suka mintak dukung, gomol2 dan tarik rambut Bucu. Bucu kata sakit tapi saya suka buat jugak. Ala bukan sakit sangat sebenarnya. Saya tarik manja2 je..(tapi rambut Bucu ada skit la kat dalam tangan saya). Lepas tu Bucu mesti layan saya dukung2, tu yang saya nak sebenarnya.

Umi kata bila malam je saya mesti jerit"Emmi...(panggil umi la tu)" kalau siangnya saya main lasak sangat dengan Bucu saya. Tapi takpe Bucu datang sekali sekala je kan Umi...Dia kan sibuk belajar masak2 nak jadi apa tu Umi? Ala yang macam kat tv pakai topi ngan baju putih sambil masak2 tu...Ahhh saya dah ingat jadi Chef terkenal kot. Nanti Bucu masak sedap2 untuk saya tau...

Saya dah nak tido ni. Baby kan kena tido awal Umi kata. Bucu nanti belajar rajin2 tau..bila ada masa datang lah rumah Umi. Nanti saya nak manja2 ngan Bucu lagi. Luv U Bucu...mmhuarghhh..

p/s: malam ni mesti saya terjaga tido sambil panggil "Emmi"...pasal tadi penat tolong Bucu buat kerja sekolah..hehe


          Ni gambar saya tengah buli Bucu mintak dukung...sian Bucu penat tapi tak marah pun.hehe

Luv
Miqdad

Friday, October 23, 2009

Sungguh Umi Teruja...

Alhamdulillah

Yeyyy!!!Semalam Baby Miqdad sudah pandai berdiri sendiri tanpa bantuan. Inilah hikmah baby demam seminggu lepas ye. Rupa-rupanya nak meringankan badannya yang semangat tu. Seronok sungguh Umi dengan Abi. Sepatutnya Umi tak perlulah over excited kerana perkara ini bukannya "hebat sangat pun".. Tapi nak buat macam mana kan,naluri seorang ibu tu tak dapat dinafikan...sangat kuat dan tebal (sikit2 nak aje berbangga dengan anaknya). Apa-apa sahaja perkembangan anak-anak akan menjadi "headline" buat modal bercerita dengan kawan-kawan. Kalau dengan Abi dan keluarga lagilah sampai orang pun naik jemu mendengarnya...Balik-balik kisah anak dia jugak kan...

"Ala korang dulu pun macam tu juga kan masa anak2 kecil lagi..takpelah bagi can la kat umi pula...hehe"

Umi sangat teruja dengan setiap perkembangan anak-anak. Terasa macam sangat menarik dan tidak patut dilepaskan setiap detik itu. Bak kata orang, hargailah setiap detik yang berlalu kerana ia tidak akan berulang lagi. Kalau terlepas peluang menikmati setiap saat anak membesar terasa alamak rugi besarlah...Umi jenis yang "bonding" sangat dengan anak-anak. Kalau boleh setiap saat nak ku usung anak ku itu. Bayangkan lah sampai pergi kursus pun umi angkut anak sekali tau. Mesti orang lain menyampah kan...Tapi tidak lah hingga mengganggu kursus pula, baby dijaga seketika oleh makciknya.

"Macam lah orang lain takde anak kan?" Korang rasa macam melampau tak perbuatan umi ni? 

"Ala anak umi kan breast feeding, jadinya pantang ada peluang akan umi usung lah kesana sini" Selagi tidak mendapat arahan tidak dibenarkan/dilarang sama sekali membawa anak2 tetaplah akan kuusung anak ku itu. Degil sungguh umi ni kan...Umi takut sangat tidak sempat menghabiskan masa yang berkualiti bersama anak. Pas tu cepat nak rindu dengan baby kan.kan..Kita sebagai ibubapa janganlah selalu lepas tangan dalam hal menjaga anak2. Kalau "sibuk giler" sekali pun pandai-pandailah membahagikan masa untuk anak2 kita. Ini kerana setiap detik masa yang berlalu tidak akan berulang kembali. Malah tidak dapat dibeli hatta oleh segunung emas pun tidak mampu ditukar ganti. 

Berbalik cerita baby berdiri, frust lah umi tak sempat nak ambil gambarnya pulak. Takpe, takpe, lepas ni akan umi tayang juga kat sini ye..Rasa tak sabar pula nak mengikuti perkembangan Miqdad yang bakal menyusul nanti...hehe nantikan ye.

Tuesday, October 20, 2009

serba baru

Alhamdulillah...
sampai2 je kat makmal ari ni tengok ada meja kerusi baru. wah!wah!wah! seronoknya umi ngalahkan budak dapat mainan baru gitu... tak lama lagi lengkaplah makmal ni ngan komputer baru lak.ishhhh...bila komputer nak mai lak ni? tak sabarnye rasa...

bersyukur sangat2 sebenarnya..
apa taknye dah 2 tahun tunggu peralatan dalam makmal ni ditukar baru. dah uzur bebenor..korang bayangkan dalam 40 pc 5 je bleh guna.tu pun idup segan mati tak mau...punyalah out of date pc ni 64mb ram ngan takde usb port, pendek kata dah uzur sangat la . pc baru nanti best ler skit pentium dual core 1gb ram ngan 80gb hd.
kepada sesape yang guna makmal ni nanti tolonggggggg lah jaga bebaik peralatan ni semua tau.bukan senang nak dapat tu...pepandai lah kita bersyukur dengan nikmat Nya.

Monday, October 19, 2009

Akhirnya.....

Alhamdulillah...
Akhirnya umi berjaya juga mewujudkan blog ni setelah sekian lama bertangguh2. Nanti blog ni lah yang akan jadi diari untuk umi berkongsi mcm2 cerita,meluahkan rasa masam manis kehidupan ni. Bila dah tua nanti bleh la kita jenguk balik kisah2 lama yg maybe umi dah tak ingat nak citer kembali. Apa yang baik jadi teladan,yang buruk pulak buat lah sempadan jauh2 ye...

Diari ni juga akan jadi ala-ala jurnal kehidupan baby tau....insyaAllah. Lagi satu, kalau umi pergi dulu mcm kakak2, baby bleh la refer diari ni tau(bila baby dah pandai baca ler). Kakak2 dulu umi tak sempat nak buat diari mcm ni pasal malas skit. Lepas kakak2 ke tempat yang terbaik baru umi menyesal pulak. Takpelah lah masih belum terlambat lagi kot...

Apa pun umi doakan yang terbaik buat baby tersayang. Semoga dilindungi Allah selalu hendaknya. Amin...

Luv
Umi
p/s: baby tengah tido tu, sweet dream baby