Friday, October 30, 2009

Garam dalam makanan bayi

Merujuk kepada entry sebelum ini...Akhirnya setelah Umi dok google2 baru dapat jawapan muktamad...Kesimpulannya X GARAM untuk makanan Miqdad ye...Sori ye baby kalau tak sedap skit...heheh. Demi kesihatan kena la korban skit kan....Maklumat ini didapati daripada laman web "Pusat Maklumat Rakyat". Sedutan soalan dan jawapannya....

Soalan: Berapa banyak garam yang selamat ditambahkan ke dalam sayur kukus lecek untuk bayi saya yang berusia tujuh bulan?

Jawapan:

" Garam berbahaya untuk bayi yang masih kecil, khususnya yang berusia di bawah empat bulan, kerana buah pinggang mereka masih belum matang dan tidak boleh mengumuhkan garam ke dalam air kencing. Diet yang mengandungi terlalu banyak garam boleh menyebabkan bayi mengalami pendehidratan yang, dalam keadaan yang terlampau, boleh menyebabkan kerosakan organ.

Bayi memang memerlukan garam dalam jumlah tertentu di dalam dietnya tetapi ia sudah dibekalkan oleh susu ibu atau susu formula dan selepas empat bulan, ia boleh didapati daripada makanan yang tidak diproses seperti nasi, buah-buahan dan sayuran. Jangan tambahkan garam ke dalam makanan bayi sewaktu atau selepas memasak makanan tersebut.

Anda juga perlu berhati-hati terhadap lain-lain perasa yang mengandungi garam, misalnya kicap, sos tomato, sos tiram dan sebagainya. Ia tidak perlu ditambahkan ke dalam makanan bayi sekurang-kurangnya sehingga bayi berusia 12 bulan. Jika anda menyediakan hidangan untuk seluruh ahli keluarga, ketepikan bahagian untuk bayi sebelum menambah garam. "
Soalan dijawab oleh Prof. Dr. Muhammad Abdul Jamil Mohd. Yassin.

Untuk rujukan bolehlah melayari laman web http://pmr.penerangan.gov.my/

No comments: