Friday, October 23, 2009

Sungguh Umi Teruja...

Alhamdulillah

Yeyyy!!!Semalam Baby Miqdad sudah pandai berdiri sendiri tanpa bantuan. Inilah hikmah baby demam seminggu lepas ye. Rupa-rupanya nak meringankan badannya yang semangat tu. Seronok sungguh Umi dengan Abi. Sepatutnya Umi tak perlulah over excited kerana perkara ini bukannya "hebat sangat pun".. Tapi nak buat macam mana kan,naluri seorang ibu tu tak dapat dinafikan...sangat kuat dan tebal (sikit2 nak aje berbangga dengan anaknya). Apa-apa sahaja perkembangan anak-anak akan menjadi "headline" buat modal bercerita dengan kawan-kawan. Kalau dengan Abi dan keluarga lagilah sampai orang pun naik jemu mendengarnya...Balik-balik kisah anak dia jugak kan...

"Ala korang dulu pun macam tu juga kan masa anak2 kecil lagi..takpelah bagi can la kat umi pula...hehe"

Umi sangat teruja dengan setiap perkembangan anak-anak. Terasa macam sangat menarik dan tidak patut dilepaskan setiap detik itu. Bak kata orang, hargailah setiap detik yang berlalu kerana ia tidak akan berulang lagi. Kalau terlepas peluang menikmati setiap saat anak membesar terasa alamak rugi besarlah...Umi jenis yang "bonding" sangat dengan anak-anak. Kalau boleh setiap saat nak ku usung anak ku itu. Bayangkan lah sampai pergi kursus pun umi angkut anak sekali tau. Mesti orang lain menyampah kan...Tapi tidak lah hingga mengganggu kursus pula, baby dijaga seketika oleh makciknya.

"Macam lah orang lain takde anak kan?" Korang rasa macam melampau tak perbuatan umi ni? 

"Ala anak umi kan breast feeding, jadinya pantang ada peluang akan umi usung lah kesana sini" Selagi tidak mendapat arahan tidak dibenarkan/dilarang sama sekali membawa anak2 tetaplah akan kuusung anak ku itu. Degil sungguh umi ni kan...Umi takut sangat tidak sempat menghabiskan masa yang berkualiti bersama anak. Pas tu cepat nak rindu dengan baby kan.kan..Kita sebagai ibubapa janganlah selalu lepas tangan dalam hal menjaga anak2. Kalau "sibuk giler" sekali pun pandai-pandailah membahagikan masa untuk anak2 kita. Ini kerana setiap detik masa yang berlalu tidak akan berulang kembali. Malah tidak dapat dibeli hatta oleh segunung emas pun tidak mampu ditukar ganti. 

Berbalik cerita baby berdiri, frust lah umi tak sempat nak ambil gambarnya pulak. Takpe, takpe, lepas ni akan umi tayang juga kat sini ye..Rasa tak sabar pula nak mengikuti perkembangan Miqdad yang bakal menyusul nanti...hehe nantikan ye.

No comments: