Tuesday, March 22, 2011

Keputusan SPM 2010

Hari ni kami semua dok  berdebar-debar tunggu keputusan SPM 2010 yang akan diumumkan esok...betul tak? tak sabar ok...mengalahkan anak muridku pulak, hehehe...yang mak bapak mesti dok berdoa siang malam nak anaknya cemerlang, cikgu-cikgi apa kurangnya...tapi budak2 ni tak taulah apa perasaan diorang yek...ada yang semangat juga, tapi tak kurang yang tak amik kesah pun...macam mana lah keputusan anak2 muridku kali ni ye...doa2 bertambah cemerlang  dan pecah rekod sekolah pulak tahun ni...

Suasana macam biasalah...mesti kelam kabut lah kakitangan pendidikan esok hari yek...kena serbu dengan budak2 nak tengok result SPM diorang...nanti bolehlah kita ramai2 saksikan ada pelajar yang melompat gumbira, menangis, tersenyum, masam mencuka, kelat pahit suma ada.pendek kata macam2 ragam diorang la...apa yang penting jangan ada yang menyesal sebab result teruk pasal tak study dulu2 sudahlah...tapi kan part menyesal2 gerenti ada punya...tak percaya? esok boleh tungguuuuu...

Keputusan SPM juga boleh disemak menggunakan perkhidmatan sms. Senang gitu...tapi confirm servis mesti lambat macam siput...sila taipkan SPM SEMAK [no KP] [angka giliran] dan hantarkan ke 15888.. Contoh : SPM SEMAK 900104086077 BC001A040 dan hantarkan ke 15888.. Sumber : Laman Web Rasmi Lembaga Peperiksaan..

1 comment:

MamaTiaMia said...

salam ummimiqdad,terimakasih atas doa,tiamia dah hampir pulih sepenuhnya.wahhh guru yang bagus ni..sama berdebar macam murid2..harap2 semua anak2 yang ambik SPM berjaya kan..kalau yang terbaik alhmdulillah dan tahniah yang kurang berjaya cuba lagi,kadangg2 hidup lebih berjaya bila bermula dari sedikit kegagalan atau kekurangan:)