Thursday, December 16, 2010

Cinta Hati Baru

Umi sudah selamat melahirkan cinta hati baru kami 3 Disember lalu...tengah mood berpantang lagi ni...
Lepas ni Miqdad akan ada kawan bermain...semestinya akan riuh rendah lah rumah Umi dengan dua orang hero...Hero baru namanya Miqdam Mujahid baru berusia 14 hari...tapi abang Miqdad dah tak sabar asyik ajak baby main jer...nanti ada masa Umi upload gambarnya...

p/s: la ni entry pendek2 aje pasal makin sibuk

Sunday, October 24, 2010

Sibuk Memanjang

Kebelakangan ni tuan rumah sibuk jer memanjang...sampai tak sempat nak update blog...ni pun sekadar nak buang sawang-sawang kat dinding..hehehheh..Sibuk dengan aktiviti sekolah; budak-budak amik PMR pastu nak SPM pulak...lepas tu sibuk kursus la apa la...pendek kata sibuk memanjang..

Jumpa lagi...

Sunday, October 10, 2010

Mari Kita Berkebun

Mari kita menghijaukan alam dengan aktiviti berkebun...hari ni Miqdad nak menanam sayur tau..Lepas ni tak payah la Umi beli sayur kat pasar lagi...hehehe...ye ke ni?? Jangan hangat2 tahi ayam sudah....

p/s: tengok tu posing bukan main walaupun tak pakai baju

Sunday, October 3, 2010

Syukur Ya Allah!

Alhamdulillah kerana Allah masih memberi peluang Umi meneruskan kehidupan ini bersama orang2 tersayang...semalam 1.10.2010 birthday Umi yang ke 34 tahun...Takde celebrate special apa2 pun...just keluar makan ngan Abi dan Miqdad...Terasa dah tua Umi ni...Tapi banyak sangat lagi harapan dan impian yang belum terlaksana...Doa-doa lepas ni akan dimakbulkan Allah segalanya.

Walau macam manapun Umi sangat2 bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi pada Umi selama ini..memang banyak suka duka pahit manis dalam hidup kita...tapi semua itu hanyalah dugaan Allah untuk kita hadapi dalam kehidupan ini...kalau kita anggap mudah maka mudahlah jadinya....kalau semua anggap susah jadilah susah hidup ini...mana ada hidup yang bahagia gembira sahaja sepanjang masa...kat dalam syurga je boleh dapat kebahagiaan abadi...InsyaAllah...

Harapan Umi semoga Allah mengurniakan keberkatan dalam segala apa yang dilakukan...doa agar panjang umur, murah rezeki, keluarga bahagia selamanya, kesihatan yang baik, dan yang penting bertambah amalan buat bekalan akhirat yang abadi...yang pahit, kelat dan masam minta dijauhkan Allah...Jika ada (mesti akan ada...betul tak) kuatkanlah iman agar Umi dapat menempuh segala cabaran dan dugaan mendatang dengan berlapang dada...InsyaAllah

p/s: terasa rindu pulak kat Widad ngan Wirdani...dah besar dah anak2 umi ni...

Tuesday, September 28, 2010

Macam-macam citer...

Lamanya blog ini tak diupdate....tuan rumah tak larat dan tak berkesempatan...banyak sangat kekangannya...Ini pun curi-curi masa free kat tempat kerja...Miqdad pun makin banyak keletah yang nak dipantau...hee..heee

Dalam dok sibuk-sibuk, bulan puasa hari tu berjaya juga dengan misi memasak sendiri walaupun tak sempat nak upload gambar2 nya...seronoknya...Lepas tu beraya pulak kat kampung suami anak demam seminggu....huhuhuu....penat toksah cerita lah...nak jaga diri sendiri lagi...nak melayan kerenah Miqdad yang demam, batuk...menguji kesabaran sungguh...tup-tup Umi pulak demam pasal penat menjaga Miqdad agaknya...ala Allah nak uji sikit sebenarnya...tu pun dah nak kecoh Umi ni kan...

Cerita terkini! Kandungan Umi dah masuk 30 minggu....tak sabar rasanya nak tunggu baby ni lahir...Doakan semuanya akan berjalan lancar dan dipermudahkan...Dah nak balik ni...Kalau sempat Umi sambung citer esok la pulak yer...

Tuesday, August 24, 2010

Model Kasut Kulit

Memperkenalkan model kasut kulit terkini...Kasut ni sebenarnya beli untuk dipakai raya nanti...tapi model kecil sudah tidak sabar untuk bergaya...maka jadilah kasut bulan puasa...Ini dia...jeng..jeng..jeng...
 
p/s: Miqdad pilih sendiri tau...Umi berkenan yang lain tapi dia tetap nak juga yg ini.....

model kecil ini juga melaram dengan t-shirt baru yg kononnya utk raya juga... :)Miqdad siap cakap comel bila Umi tanya pasal baju tu...perangai ikut siapa ni haaaa...hehehe

Miqdad suka sangat tengok lampu kelip-kelip ni...tapi sebutannya lampu nip-nip..hehehe...jadi Umi pun belilah lampu ni utk dia tengok...Umi suka sangat bila Miqdad suruh on..on...

Tiap-tiap hari Miqdad mesti nak tengok moon, star..dia mesti buat ayat macam ni..."jom-jom ngok moon tar"...kalau mendung atau hujan macam mana nak nampak star dan moon tu kan...jadi solution nya kena lah Umi belikan pastu lekat kat wall...bila-bila masa pun dia boleh tengok...hehehe...kekadang siap suruh off lampu nak tengok star dan moon tu glowing in the dark...best sangat tau...hehehe macam-macam kerenah anakkku....sayang Miqdadddddd...

Monday, August 23, 2010

Little Red Riding Hood

Amaran!!! Cerita tiada kaitan dengan tajuk di atas...tajuk bukan main lagi tapi cerita melayu juga...Inilah rupa budak encem Umi melaram dengan baju barunya...

Bila Umi nak shoot gambar Miqdad suka berlakon macam-macam...ni konon-konon dia jadi baby...tengah merangkak... ; )

Umi kata smile! tengok dia buat apa???  Dijeritnya nak camera pula..."NAK-NAK"

Sekarang hobi saya suka sangat pakai jam...sampai tido pun pakai jam...nak mandi jer saya kena buang dulu...pastu pakai balik...tu pun sebab Umi bising...ye lah kang basah jam nangis cakap "yek" pulak...

Memasak pun tak tinggal tau jam saya ni...ala jam murah jer ni...saya dapat percuma masa beli overall hari tu...nanti Umi beli jam lain lagi yek...boleh la tukar-tukar selalu...

Ni pun favourite saya tau...makan serdak kek dlm loyang...nyummm..nyumm..cedapnya Umi...kalau macam ni selalu gemuk la saya...hihihi

Sunday, August 15, 2010

Menu 2 Ramadhan

Inilah menu berbuka kami untuk hari kedua Ramadhan... masak sempoi2 ajer...yang penting kena dengan selera tekak masing2 kan...hihihi...presentation hancus, tapi rasa tetap sedap ok...

daging masak kicap dengan kacang panjang...teringat cik e'n bila makan ni

sup petola + kentang + telur...ni miqdad suka sangat...
semangkuk dia habiskan siap dengan telur sebiji lagik...
dah kuat mkn sekarang ni...Alhamdulillah

sambal belacan cik ra yang kaw2...pedas tapi sedap

ni pula petik kat belakang rumah...caya ke??hehehe
pencuci mulut yang segar dan nyaman kat tekak yang dahaga
dan kehausan penat berpuasa di siang hari...

Ramadhan Datang Lagi

Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua...baru sempat nak wish  walaupun dah masuk hari kelima Ramadhan...Diharap kedatangan Ramadhan kali ini akan meningkatkan lagi amalan kita kepada Nya..Rajin-rajinkan diri menyertai sembahyang Tarawikh, membaca Al-Quran, bertadarus, berzikir, banyakkan bersedekah dan segala aktiviti yang dapat menambah saham akhirat kita...InsyaAllah...Setiap amalan baik dibulan puasa akan mendapat pahala berganda-ganda, melimpah ruah...Cubalah berazam untuk meninggalkan segala perkara yang mendatangkan dosa dan sia-sia ok...

Sepanjang bulan Ramadhan ini, Umi berazam untuk cuba memasak sebulan penuh lauk pauk berbuka puasa...kalau nak beli kuih-muih sikit-sikit kat bazar tu kira oklah kan...tak kiralah masak menu berat ke sempoi ke yang penting nak masak tak mau beli ok...bukannya apa...memasak untuk keluarga berbuka tu pun dah dikira amalan yang mendatangkan pahala kan...Selain dari jimat yang penting sedap dan berkhasiat walaupun ringkas...Kalau time malas makan telur goreng dan bilis pun ok apa..bersahur pula tak kisah lah leftover berbuka atau nasi goreng pun takpe...Alhamdulillah kenyang juga..heheheh..

Ini menu berbuka puasa hari pertama...nasi tomato, rendang cili api ayam, kacang  panjang goreng, bubur kacang durian dan teh o ais limau...saje nak tempek gambar buat naik semangat bila mood malas datang nanti...

ni la rendang ayam cili api special umi...
sedap pedas berapi tak yah mkn sambal belacan lagi...

kacang panjang goreng kicap ngan hati dan jagung muda...
asalnya nak buat acar mentah tapi takde bahan2nya ...ni jek yg ada

bubur kacang durian..buat 2 periuk utk abi bawa jamu moreh kat masjid...
utk ea takde durian pasal dia tak makan yg letak durian

Alhamdulillah selamat dah puasa hari pertama...nanti Umi update lagi ok (backdated pun takpelah kan)

Saturday, August 14, 2010

Kelebihan Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Sunday, August 8, 2010

Happy Happy Me

Hari ni Umi takde idea nak cerita panjang-panjang...cuma nak share gambar budak encem yang happy memanjang ni...Umi lagi lah happy bila Miqdad happy kan...

Amacam? sesuai tak kasut comel ni dengan saya yang encem...
Serba merah macam siapa ya....

Kalau tanya nak beli apa? mesti Miqdad jawab ais kerim...
favourite saya nih...

Bukan main lagi suka bergaya...tengok Abi pakai rayban,
dia pun nak jugak...hihihi

Sedapnya makan corn ni kan...eksyen jer lebih...
last2 kena hiris ngan pisau jugak...teeth saya tak banyak lagi la Umi...

Monday, July 26, 2010

Burung Kakak Tua Comel

Semenjak nak jadi abang ni...Miqdad makin manja dengan Umi...pagi-pagi mesti menangis bila tengok Umi nak ke sekolah...akhirnya Abi terpaksalah menghantar Umi setiap pagi...Bila dah sampai sekolah tak mau balik pulak...Aduhai! Kesian pula bila difikirkan...terpaksalah ambil masa nak pujuk dia sikit...Tengok Miqdad senyum baru lega rasa hati seorang ibu...Kalau tidak rasa ralat sangat...kadang-kadang terasa macam nak duduk rumah tak payah kerja langsung...barulah Miqdad  senyum sampai telinga...  ;-)
Umi cepatlah balik sekolah...Miqdad rindu dah ni...

Miqdad ni mesti mewarisi perangai Umi dan Abi yang suka bercakap...makin hari Umi rasa makin petah pula...mengalahkan cikgu...hehehe...kita cakap apa pun mesti dia akan ajuk....macam burung kakak tua pun ada...Comel dan lucu sekali...bila nak marah terus tak jadi pasal dia akan ulang apa kita bebelkan padanya...Yang penting jangan lah cakap bukan-bukan atau bahasa kasar...nanti dia akan ajuk juga...Miqdad...Miqdad....We luv u so much

Saturday, July 24, 2010

Hobi Miqdad

Kali ni Umi nak buat entry tentang hobi baru Miqdad pulak...cuba tengok rajin tak anak Umi praktis memasak...Dah besar nanti confirm pandai memasak macam Abi kan sayang...Siapa kata anak lelaki tak boleh memasak? Baik latih muda-muda ni...nanti senang bila dah besar boleh tolong Umi...

Kusyuk saya memasak tau...Umi amik gambar pun tak sedar...
Peralatan memasak diwarisi dari kakak Widad....

Inilah hasil memasak hari ini ye puan-puan...macam-macam
jenis lauk tu...penuh pinggan...hihihi

Bila tak memasak saya main dengan koleksi kereta,
kapal terbang, lori, bulldozer, jet, motosikal....

Huh! banyak betul koleksi mainan saya...ada yang
saya warisi daripada kakak dan ada  saya punya tau...

Monday, July 19, 2010

Al-Fatihah Buat Arwah Anak-anakku

Hari ini genap 3 tahun pemergian Widad dan Wirdani ke hadrat Ilahi....Terasa sebak, sedih, pilu di dalam hati...namun begitu kami kena tabah menghadapinya...kerana itu yang terbaik telah dijanjikan oleh-Nya...Dalam kesedihan kami tetap bersyukur sangat-sangat kerana mereka pasti sedang menikmati keindahan syurga yang tiada tolok bandingnya...yang pasti kami hanya mampu mendoakan agar dapat ditemukan di sana kelak bersama-sama selamanya...Amin


Semoga berbahagialah Widad dan Wirdani di syurga Allah buat selamanya...Umi, Abi, Miqdad dan semua rindu sangattttttt...

Monday, July 12, 2010

Projek Tengah Malam

Alhamdulillah...kenyang...Umi baru saja lepas makan...jangan terkejut pulak...makan nasi pukul 12.30 malam...Tiba-tiba aje terasa lapar sangat2, sampai sakit perut Umi dibuatnya...Kononnya malam ni tak nak la makan nasi, lepas dah bagi  Miqdad menyusu dan tidurkan  dia terasa lapar sangat2...nasi dan lauk-lauk semua ada lagi...Umi pun apa lagi makanlah tanpa rasa bersalah...Maklumlah semenjak mengandung ni cepat saja terasa lapar...ditambah pula dengan Miqdad tolong sedut lemak-lemak Umi....lagi lah kebulur...kekadang tengah menyusukan dia terasa perit betul tekak Umi ni...nak bangun tak boleh, capai air jer la, terus minum air kosong daripada botol sambil baring...hehehe

Kadang-kadang kalau malas makan nasi tengah-tengah malam Umi minum soya atau susu kotak ajer la...senang dan mengenyangkan juga kan...yang penting perut Umi tak sakit lagi...lepas tu boleh sambung tidur balik...sambil tu sesekali Miqdad bangun menyusu pula...tu pun buat lapar jugak tau...bila baca tajuk pun dah tau mesti tiap2 malam Umi kena bangun isi perut kan...Nak buat macam mana...kena rajin-rajinkan diri jer la bangun bila tersangat lah laparnya...Bila sudah makan kena lah duduk kejap sementara nak sambung tidur balik...orang kata biar makanan tu hadam dulu...

Friday, July 2, 2010

Pemakanan Semasa Menyusukan Bayi

Mengapakah Pengambilan Makanan Yang Seimbang Penting Semasa Menyusukan Bayi ?

Ini adalah kerana :
•Untuk membekalkan diet yang mencukupi bagi menggantikan simpanan tenaga yang berkurang semasa menyusu bayi
•Bagi menggalakkan pemberian dan penghasilan susu badan yang mencukupi untuk perkembangan bayi
•Bagi memperoleh kembali berat badan yang ideal ( iaitu mengurangkan berat badan yang meningkat semasa mengandung)
•Mengelakkan pengurusan pemakanan yang salah dan boleh memudaratkan diri sendiri dan bayi

Apakah Panduan Asas Pemakanan Semasa Saya Menyusukan Bayi?

Dengan pengambilan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia, panduan asas pemakanan perlu diikuti iaitu :

•Kepelbagaian - Hendaklah makan dari semua kumpulan makanan makronutrien dan mikronutrien
•Mengikut porsi - Digalakkan meningkatkan pengambilan makanan dari kumpulan makanan seperti sayur - sayuran, buah - buahan dan bijirin penuh.
•Kesederhanaan - Menghadkan pengambilan kuantiti makanan yang mengandungi tinggi lemak tepu, kolesterol, gula, garam dan alkohol.
•Aktiviti - Mengseimbangkan aktiviti fizikal dan pengambilan diet dalam seharian.

Berapa Banyakkah Penambahan Kuantiti Makanan Dalam Diet Sehari Perlu Di ambil?

Paras Piramid Makanan

Contoh Sumber Makanan Bagi Satu Hidangan
Paras 1: Bijirin, hasil bijirin dan roti

Saranan sukatan : 12 hidangan/sehari
Satu hidangan Bijirin :
•½ cawan nasi
•½ cawan mi/mihun/pasta
•½ tosai
•⅓ capati
•1 keping roti (putih/gandum)
•1 cawan bubur nasi kosong
•3 biskut tawar
•3 sudu makan oat (tidak dimasak)

Paras 2 : Buah dan Sayur

Saranan sukatan:3 - 4 hidangan/sehari
Satu hidangan Sayur : (3 - 4 hidangan) /sehari
•½ cawan sayur berdaun hijau (sudah dimasak)
•1 cawan sayur berdaun hijau atau ulam (belum dimasak)

Satu hidangan Buah : (3 - 4 hidangan) /sehari
•1/2 biji jambu, mangga
•1 biji pisang, epal, lai,pir, oren
•1 potong betik, nenas, tembikai
•3 biji kurma
•4 ulas nangka, cempedak 8 biji langsat, longan, anggur

Paras 3 : Ikan, Ayam, dan Daging
Saranan sukatan : 5 hidangan/sehari

Satu hidangan Ikan, Daging, Ayam::
•½ ketul peha ayam (saiz sederhana)
•½ ekor ikan kembung (saiz sederhana)
•2 ketul daging tanpa lemak (saiz kotak mancis)
•1 biji telur

Paras 4 : Susu dan Hasil Tenusu
Saranan sukatan : 3 hidangan/sehari

Satu hidangan Susu dan Produk Susu
•1 gelas susu (250 ml)
•4 sudu makan susu tepung
•1 cawan dadih
•1 keping keju

Paras 5: Minyak, Garam dan Gula
Saranan sukatan : Kurangkan

Apakah Kumpulan Makanan Yang Perlu Saya Makan Lebih Semasa Menyusukan Bayi?
Perlu meningkatkan pengambilan makanan yang bersumberkan bahan nutrien seperti :

Kalsium
Sumber : susu, produk kacang soya, keju, dadih dan sayuran hijau.
Pilihla produk yang diperkaya dengan kalsium.
Kalsium suplemen di sarankan bagi ibu yang kurang pengambilan diet

Vitamin A
Sumber : hati, sayur berdaun gelap, buah dan sayur berwarna oren

Vitamin B Kompleks
Sumber: ikan, daging tanpa lemak, susu dan hati
Suplemen perlu di sarankan bagi ibu mempunyai simpanan vitamin B komples yang rendah (terutamanya ibu yang mengamalkan vegetarian)

Vitamin C
Sumber :buah –buahan (oren, betik, kiwi)
Tambahan suplemen tidak perlu bagi ibu yang mengambil makanan seimbang mencukupi

Adakah Perlu Mengambil Suplemen (Makanan Tambahan) Dalam Diet ?

•Bagi ibu yang mengambil makanan mengikut saranan panduan pemakanan semasa laktasi, suplemen tidak diperlukan.
•Tetapi, terdapat ibu menyusu yang perlu mengambil nutrien tambahan (suplemen) bagi memenuhi keperluan nutrien khusus, jika pengambilan diet tidak mencukupi.
•Perlu diketahui, suplemen tidak boleh menggantikan hidangan makanan yang tetap.
•Supplemen boleh diambil menurut nasihat Doktor atau Pegawai Dietetik.

Bagaimana Pula Dengan Pengambilan Cecair Semasa Menyusukan Bayi?

•87 % daripada susu ibu adalah air
•Di sarankan 8 – 10 gelas air setiap hari dan di galakkan minum segelas air setiap kali menyusukan bayi.
•Anda juga boleh mengambil jus, susu, sup dan teh herba.
•Minum lebih air bila bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas.

Adakah Saya Perlu Berpantang Mengambil Makanan Selepas Bersalin?

•Antara makanan yang dikategorikan adalah mengikut persepsi kepercayaan masing –masing. Contoh seperti :
◦Makanan 'sejuk' -kangkung, taugeh, kobis, timun, betik,nangka
◦Makanan 'panas' - telur, ayam, daging, organ dalaman
◦Makanan 'berangin' - teh, sayuran berkanji
◦Makanan 'tajam' - nanas
◦Makanan beracun - makanan laut dan kebanyakan jenis ikan

•Tradisinya, para ibu akan mengelak mengambil makanan 'sejuk' dan digalakkan mengambil makanan 'panas' semasa berpantang.
•Kesimpulannya, berpantang ini adalah hanya mengikut kepercayaan. Ibu yang menyusu dinasihatkan jangan hanya mengambil makanan daripada satu kumpulan sahaja.
•Hendaklah pelbagaikan makanan seimbang terutama dari kumpulan buah dan sayur yang membekalkan serat, vitamin dan mineral yang penting bagi tubuh badan.

sumber : http://www.myhealth.gov.my/

Thursday, July 1, 2010

Pemakanan Semasa Mengandung

Mengapakah pengambilan makanan sihat penting semasa mengandung?

Tujuannya ialah :

•Untuk memastikan perkembangan janin yang sihat
•Untuk mengekalkan kesihatan ibu.
•Untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa mengandung
       ◦Jika anda kurang berat badan, anda perlu menambah diantara 12-18kg
       ◦Jika berat badan anda normal sebelum mengandung, anda perlu menambah diantara 11-16kg.
       ◦berat badan anda berlebihan, anda perlu menambah diantara 7-11kg.
       ◦Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20kg.

Semasa mengandung berapa banyakkah yang perlu saya ambil?

•6-11 hidangan nasi/bijiran atau roti
•3-5 hidangan sayur dan buah (sekurang-kurangnya satu yang kaya dengan vitamin C dan satu dalam  vitamin A)
•2-4 hidangan susu atau produk tenusu
•3-4 hidangan daging, ikan dan makanan protein lain termasuk kekacang
•6-8 gelas air, dan tidak lebih daripada satu cawan minuman ringan (coca-cola) atau secawan kopi atau teh sehari.

Apakah jenis makanan yang perlu saya makan lebih semasa mengandung?

1.Pilih makanan yang mempunyai tinggi bahan nutrien seperti :
           ◦Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang soya)
           ◦Zat besi (hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang jenis        kering (kacang peas)
           ◦Vitamin A (hati, susu, telur)
           ◦Vitamin B Kompleks ( hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
           ◦Vitamin C (jambu, betik dan limau)
           ◦Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang).
2.Ambil makanan tambahan (jika disarankan oleh Doktor atau Pakar Pemakanan.

Jika menghadapi masalah ini, apakah patut saya lakukan?

1.'Lactose intolerance'
◦Cuba produk susu dengan minuman yang mengandungi rendah laktosa
◦Lebihkan pengambilan ikan yang mempunyai tulang yang lembut dan boleh dimakan (sardin, ikan bilis)
◦Minum susu kacang soya dan produk kacang soya
◦Ambil lebih sayuran seperti bayam dan kailan yang mempunyai sumber kalsium yang baik.

2.Loya (Morning Sickness)
◦Makan pada waktu makan yang teratur.
◦Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
◦Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak atau bergoreng.
◦Minum banyak air.

3.Sakit ulu hati (Heartburn)
◦Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
◦Kunyah makanan dengan perlahan.
◦Elakkan berbaring sejurus selepas makan.

4.Sembelit (Constipation)
◦Minum banyak air.
◦Ambil makanan yang tinggi kandungan serat (bijiran, bijirin penuh, buah-buahan yang tinggi serat dan sayuran)

sumber : http://www.myhealth.gov.my/

Monday, June 28, 2010

KELEBIHAN DI BULAN REJAB

BULAN REJAB
Pada 14 Jun 2010 (Isnin) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Mari kita teliti apa keistimewaan di sebalik bulan Rejab itu.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt.

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Sabtu, 10 Julai 2010) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt.

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (14,15 dan 16 Jun 2010) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat.

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah.

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga.

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

p:s Rebutlah 5 perkara sblm datang 5 perkara

1. Waktu Muda sblm Tua
2. Waktu Sihat sblm Sakit
3. Waktu Lapang sblm Sibuk
4. Waktu Kaya sblm Miskin
5. Waktu Hidup sblm Mati

Insyaallah..mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala amalan baik kita.

Friday, June 25, 2010

Cat Baru Kenangan Lama

Hari ni Umi terajin sikit...masa ni Miqdad tengah tidur, Abi pula takde pergi Beseri...sambil2 tunggu sup ayam mendidih kat dapur tu, Umi pun godek2 la blog skit...rumah masih lama (blog ni la)tapi dah dihias dengan cat baru...tukar skit hiasan kot2 la lepas ni  angin rajin Umi tu datang balik kan...terasa sentimental pulak tengok design rak buku ni. Teringat kenangan dolu2...Umi gila sangat membaca...tak kira la apa...buku, majalah, komik, surat khabar, ensaiklopedia...segala benda yang ada tulisan Umi akan baca...hatta kertas balut belacan sekalipun.Tapi buku sekolah malas pula nak baca kan...kalau tidak dah jadi profesor dah Umi...heheheh...

Masa sekolah rendah dulu-dulu Umi jadi pustakawan...habis semua buku cerita dalam perpustakaan tu Umi baca. Memang fanatik giler dengan buku-buku ni. Koleksi kegemaran Umi tentulah Enid Blyton, Hardy Boys, Nancy Drew dan paling best dah tentu siri Bigglesworth oleh Kapten W.E John...Kalau  dah start baca buku2 ni Umi payah sikit lah nak berenti selagi tak khatam....puaslah nenek berleter suruh mandi, makan, tolong kat dapur dll. Dalam satu hari kurang2 boleh habis 2 buah buku...hahahah...giler betul Umi ni kan...La ni je Umi kurang membaca sikit, nak habiskan satu buku seminggu pun payah...Mana taknya, nak kena layan Miqdad main, kerja kat sekolah, kerja kat umah...macam2 lah alasan...heheeeh....Tapi takpelah Umi layan blog pula sekarang ni...tu pun kira membaca juga kan...Malas dah nak habiskan beratus sebulan beli buku dan majalah macam dulu2 tu...kira jimat lah ada internet ni kononnya...suratkhabar pun dah tak beli, baca online jer...huhuu

Pengalaman paling tak boleh dilupakan ialah Umi terjatuh dalam kebun getah arwah Paklang Hussin semasa on the way balik dari sekolah. Macam mana tak jatuh Umi baca buku sambil berjalan. Punya la teruk perangai masa tu...siap berdarah lagi mulut...tapi takut nenek marah Umi tak bagitau sesiapa pun...diam-diam jer balik rumah...nasib baik nenek tak nampak....hihihihi...Miqdad jangan la ikut perangai ni...bahaya tau...

Minat membaca ni dah jadi "penyakit keturunan" agaknya...semua keluarga Umi minat membaca buku. Adik beradik, anak buah semua pun minat membaca. Sekarang ni Umi tengok Miqdad pun dah suka membaca...siap dah boleh hafal sesetengah benda dalam kamus bergambarnya tu. Umi jer kadang2 yang tak larat layan bila dia dah start membaca...harap2 berkekalan la minat tu ye sayang...

Sunday, June 6, 2010

Malasnya Umi

Semenjak dua menjak ni Umi asyik rasa penat jer...pastu malas la pulak nak bergerak...Balik kerja jer terus rasa nak tidur tak nak bangun-bangun...Teruk betul kan penyakit ni...Kesian Miqdad pasal Umi dah jarang sangat bawa dia jalan-jalan kat taman, apatah lagi main kat playground macam dulu-dulu...Terasa macam Umi ni ibu yang teruk sangat tau... nasib baik la ada Cik Ra  layan dia main-main...Blog pun dah lama tak update, jarang-jarang Umi masukkan entry baru...Haiiiii....entahlah....

Rupa-rupanya penyakit malas ni berpunca daripada....

*

*

*

*

*

Jeng!jeng!jeng! Penyakit malas ini rupa-rupanya... hihihi...Nampaknya lamalah lagi penyakit ni nak sembuh ye...Alhamdulillah syukur pada Allah bagi rezeki  ni kat Umi...tak lama lagi Miqdad nak kena jadi abang la pulak... :) suka sangat Umi, Abi dan semua...

Abang Miqdad! Abang Miqdad! Macam pelik la pulak...selama ni dia dok panggil diri sendiri baby...lepas ni jadi big boy la kan...

Wednesday, May 26, 2010

Kek Coklat Moist Chef Diva

Hari guru baru-baru ni Umi dapat la tempahan 4 biji kek...cupcakes adalah dalam 100 + biji. Nak buat sorang tak larat pasal nak kena hias-hias sikit...Jadi minta lah bantuan chef diva dua orang ni..."chef Meme" dan "chef Cik Ra"...Nasib baik diorang sudi menolong...kalau tidak jenuh Umi nak bersilat dengan Miqdad kat dapur...Cik Ra tolong bakar kek, Meme pulak tolong menghias dengan aising...Umi pun tolong hias jugak...tapi cupcakes jer lah...Tak berapa berani lagi nak hias kek sendiri...Lepas tu bagilah upah kat chef-chef tu kan...Semua tempahan nak kek coklat moist...Jadi inilah hasilnya...taraaaa...
Comel tak hiasan Meme buat ni? kat tepi-tepi tu letak kepingan coklat corak-corak...sebenarnya nak buat kepingan besar, tapi coklat tu patah2 pulak...tempek lah apa yang jadi jer...

Kek ni tema biru sempena sambutan hari guru kat sekolah Umi...Rupa dan hiasan kek ok dah tapi tulisan jer masih perlu diperbaiki lagi...Mengeletar gitu kalau tak biasa menulis pakai aising...

 
Kek yang ni sedap pasal toping dengan aising coklat... tapi macam biasa kena baiki lagi tulisannya...

Kek ni pulak yang terakhir dihias...sudah kehabisan aising  masa ni...tu yang takde tulis apa2 pun ...heheh...comel tak siap tempek dengan biskut oreo lagi...

Kesian kek ni tulisannya senget sikit...nampak tak?? maklumlah ni kek yang pertama dihias oleh Meme...trial n error...haruslah jadi macam ni...walau apa pun rasanya tetap meletop...sedap gitu...

Terima kasih pada yang sudi order...lain kali boleh order lagi...terima kasih pada chef diva dua orang tu...

Saturday, May 22, 2010

Mandi Kolam Pakai Spek dan Earphone

Miqdad suka main air...tapi Umi tak berani nak bawa mandi kolam real lagi...pasal Umi pun tak pandai berenang...lagi satu tak selesalah nak mandi di tempat awam...yelah kita nak kena jaga aurat juga pastu nak kena berendam dalam air lagi...camner tuh?? Senang citer beli jer kolam mainan pastu bleh mandi kat umah hari-hari...Miqdad suka Umi pun sonang gitu...

Aksi mandi kolam ditemani Cik Ra...sukenya dia sampai tersengih2 nampak gigi...selagi tak kecut kulit kesejukan tak nak keluar dia dari kolam tuh...Macam ni bil air Umi melambung lah Miqdad ooiiiii...

Ni pulak berposing dengan spek baru beli....color purple lagi tu...sebenarnya dah lama dia sibuk nak spek Abi...susah juga cari spek kanak2 dah jumpa terus Umi beli...tersengih lagi nampaknya...

Ok tak saya posing macam ni Umi...Sibuk nak vakum juga...trettt...trettttt....sambil tu spek tak tinggal..hihiih...Mulut tu muncung panjang jer... bleh ikat riben meme kata...hehehe

Ni pula saya nak try pakai earphone Cik Ra...tapi telinga saya kecik sangat...asyik terkeluar jer...sian saya tau...Umi tolong belikan yang sesuai utk saya bleh tak??

Budak Belang Dan Anak Kucing

Inilah dia budak hencem stokin belang...minat betul dia dengan stoking warna warni nih...kalau jumpa jer mesti minta pakaikan...apa ke pesyen lah budak ni ha??? mesti turun perangai cik e'n ko ye nak...

Pastu la ni ada hobi baru pulak tau...membela 3 ekor anak kucing comel...sebenarnya dah lama Miqdad suka dengan kucing ni...cuma Umi malas nak membelanya...bukannya apa...sape lah yang rajin nak membasuh berak kencing kucing tu nanti...Pantang jumpa kucing mesti menjerit2 nak pegang, paling tidak pun dapat tengok jadilah...Oleh kerana kesian sangat kat dia Umi pun belilah anak-anak kucing comel ni jadikan pet dia...hihihi...comel tak?

 
Yang bestnya kitten ni semua boleh bunyi miauuuu...dan berjalan serta melentok liuk macam real kucing tau...lagi best Umi tak payah nak susah2 jaga ...hehehe...tak best nyer pulak berpuluh ringgit duit beli bateri kucing ni...makan bateri la pulak kucing nih....Pastu Umi buat trick sekor jer letak bateri, yang lain cakap rosak...Miqdad pun ok lah... :)

 
Punyalah sayang kat kucing dia sampai tidur pun peluk kucing ni...Kucing-kucing ni suma ada nama tau...Yoyo,Yuyu dan Yiyi..hahaha kelakar jek bunyi nyer...Yoyo tu nama kucing kakak dulu, yang lagi 2 ekor tu Umi namakan seiras bunyinya...senang nak ingat...Nasib baik lah kucing tu mainan jer, kalau tidak dah lama berparut kena cakar...apa taknya asyik diusung kesana sini, tarik ekor la macam macam lah dibuatnya kat kucing tu...Miqdad...Miqdad

Sunday, May 9, 2010

Cik Ra Part II

Sekarang ni bila Umi pergi work (ma wek) Miqdad tinggal kat umah ngan Cik Ra (eaa...eaa)...Abi (bah)takde kat umah la ni...keluar 2 bulan kat KL dan Kedah...Mula2 risau juga takut Miqdad tak boleh nak serasi tapi la ni...bukan main lagi skit2 eaa..eaa jer dia dok panggil...lebih dari serasi pulak...Best ler ada orang layan main ngan dia kan...Macam2 Cik Ra ajar Miqdad...siap baca buku,abc,alif ba ta mcm2 lagi...Macam mana Miqdad tak sayang kannnn..Rajin betul...Tima kasih yer Eaa..

Birthday Cik Ra hari tu Umi ngan Miqdad bawa Cik Ra makan KFC jer...pasal eaa suka giler makan ayam...Pastu Umi masak Char Kuew Teow special utk Cik Ra...sedapppp...last sekali kegemaran Cik Ra jugak ikan terubuk bakar....emmmmm...sedap hingga menjilat pinggan...Ehh lupa pulak nak wish Hepi Besday (sori lambat skit yer) semoga panjang umur murah rezeki dan bahagia selalu..yang penting jadi wanita solehah ok....muuuuuuuaaaaarghhhhh

manja2 dengan Miqdad

Miqdad ni posing jer lebih...makan nyer tidak..

konon-konon tengah kusyuk makan fries la tuh...

amik satu set kongsi bertiga pun tak abis makan...

yang ni abis makan...sampai tambah berpinggan-pinggan lagi ada la...

ni pulak all time feberet...terubuk bakar dlm oven+air asam semangkuk+sayur campur

Kadang-kadang Cik Ra bising2 kat Umi pasal rajin masak special...pastu makan pun banyak la...hehehe...bila la kita nak start diet ni??nanti lah yeeee...

p/s: perkataan dalam kurungan tu ayat2 miqdad baru belajar...

Friday, May 7, 2010

CHOCOLATE CHIPS MUFFINS

Resepi Muffin Coklat ni request oleh kawan Umi...Makcik Zaini...senang jer nak buat muffin pasal tak payah nak pukul bahan2 nya guna mixer...Cuma kacau dan gaul2 jer dengan senduk...pastu dah boleh bakar...jimat masa dan sedap pulak tu...Feberet Miqdad ni tau...Umi copy paste resepi dari blog chef tersohor Pn.Hanieliza


CHOCOLATE CHIPS MUFFINS

Bahan A
1 cawan butter [cairkan]
2 cawan susu segar
2 biji telur [pukul sedikit]
1 s/k esen vanilla

Bahan B
3 cawan tepung gandum ]
1/2 cawan serbuk koko ] ayak 2 kali
2 s/k baking powder ]
1/2 s/k soda bikarbonate ]
2 cawan gula perang

coklat chips secukupnya
kertas muffin

Cara
1. Panaskan oven pada suhu 190'C selama 10 - 15 minit.
2. Alaskan kertas muffin dalam mangkuk muffin atau loyang muffin.
3. Masukkan Bahan B dalam mangkuk dan gaulkan rata.
4. Masukkan pula Bahan A dalam mangkuk Bahan B dan kacau rata gunakan whisker atau senduk kayu.
5. Masukkan dalam kertas muffin sehingga 3/4 mangkuk kertas.
6. Taburkan coklat chips diatas adunan.
7. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan. 

Selamat Mencuba... 

Tuesday, May 4, 2010

Cuba Teka Ini Kaki Siapa?

Soalan hari ini ialah Cuba Teka Ini Kaki Siapa? Hehehe....Ini nak menguji minda anda setelah lama tidak bersiaran...lama dah tak update blog...Ishhhh........Sibuk sungguh la....nanti kita cerita lagi...banyak sangat nak di simpan sebagai kenangan dalam diary ni....take turn ok...

melangkah penuh gaya

*

*

*

*

*

*

*
agak-agak kaki siapa lah yang comel sangat tu...

tak muat tapi pulun nak pakai juga...terpaksa la kena lipat 2 3 kali...

*

*


*


*


*


*
 yeyyyy...betulllll....kaki Miqdad la yang comel sangat tu...

bergaya dengan stokin kakak Widad yang besar tak padan dengan kaki kecil nya itu...

Inilah hobi baru Miqdad tau...pakai stokin besar...terkejut bila Umi balik sekolah dia dok sibuk tayang stokin kakak....Mana tah dia jumpa...agak2 mesti masa sibuk dok punggah baju2 dalam almari tu...Bila Umi nak buka dia tak bagi pula...hemmmm...pakailah nak ooiiiiiii....janji kau bahagia....